Pages

Sunday, December 23, 2012

Kejohanan Catur Amatur Kompleks 3C 2012–gambar dan keputusan

Kejohanan Catur Amatur Kompleks 3C 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu 22 Disember yang lalu. Seperti tahun lalu, sambutan tetap mantap iaitu seramai 160 peserta telah mengambil bahagian di dalam kejohanan yang telah diadakan untuk kali ke-2 di Kompleks 3C ini. Berikut adalah beberapa gambar suasana ketika berlangsungnya kejohanan tersebut.

 

Keputusan penuh kejohanan ini boleh dilihat di chess-results.com (KLIK SINI)

Thursday, December 20, 2012

REMINDER : 140-150 PESERTA SUDAH DAFTAR KEJOHANAN CATUR KOMPLEKS 3C, MPSJ@ 22 DISEMBER 2012 (SABTU)

REMINDER : 140-150 peserta sudah daftar Kejohanan Catur Kompleks 3C, MPSJ yang akan diadakan pada 22 Disember 2012 (Sabtu) di Kompleks 3C, Bandar Sunway. Nama-nama peserta yang sudah daftar dan buat bayaran akan dimuatkan di www.stonemaster.info jam 10 malam ini. ANDA dinasihatkan supaya SEMAK nama dan butiran lengkap anda di senarai nama tersebut. Sekiranya ada kesilapan, sila sms kepada CM Fadli (014-2312370) untuk pembetulan.

Kepada yang berminat sertai kejohanan ini, anda masih boleh daftar lagi. Tarikh tutup pendaftaran nama dan bayaran yuran penyertaan ialah pada jam 6 petang (Jumaat) 21 Disember 2012. Sekiranya nama dan bayaran yuran penyertaan dibuat selepas tarikh dan masa tersebut, DENDA RM 5 dikenakan kerana lewat daftar (tertakluk kepada kekosongan tempat). 

Pihak kami akan cuba keluarkan pairing pusingan pertama pada hari esok (Jumaat) antara jam 11-12 malam sekiranya tiada masalah teknikal. Peserta yang lambat daftar iaitu daftar selepas jam 6 petang (Jumaat), force pairing/pairing secara manual di pusingan pertama akan dilakukan kepada peserta-peserta tersebut.

Sunday, December 16, 2012

PETA LOKASI KEJOHANAN CATUR KOMPLEKS 3C DI BANDAR SUNWAY PADA 22 DISEMBER 2012 (SABTU)

Dimuatkan peta lokasi Kejohanan Catur Kompleks 3C yang akan diadakan pada 22 Disember 2012 di Bandar Sunway. Diharap tidak ada peserta yang tersesat jalan nanti semasa mencari tempat kejohanan ini.

 

Friday, November 30, 2012

KEJOHANAN CATUR TERBUKA KOMPLEKS 3C, MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA @ 22 DISEMBER 2012 (SABTU)

Pada 22 Disember 2012 (Sabtu) nanti, satu kejohanan catur yang menarik akan diadakan di Kompleks 3C, Majlis Perbandaran Subang Jaya. Lokasi Kompleks tersebut terletak berdekatan dengan Sunway Pyramid. Juara akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 500.00 WOW !!!. Dimuatkan borang kejohanan seperti dibawah untuk rujukan para peserta yang berminat. Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta.

Yuran penyertaan ialah Pelajar Sekolah – RM15 / IPT – RM20 / Lain2 – RM25. Diskaun RM5 kepada peserta yang telah sertai Pertandingan Catur Karnival Sukan Untuk Semua pada 25 November yang lalu.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 Disember 2012 (Khamis). Pendaftaran nama dan bayaran yuran penyertaan selepas 20 Disember akan dikenakan DENDA RM5 (Tertakluk kepada kekosongan tempat). Pairing akan dikeluarkan pada 21 Disember 2012 jam 10 malam iaitu sehari sebelum kejohanan bermula. Walaubagaimanapun, bergantung kepada tiadanya masalah nama-nama peserta yang didaftar seperti tidak lengkap, butiran salah dan sebagainya. Sekiranya pairing pusingan pertama tidak dapat dikeluarkan pada 21 Disember 2012 jam 10 malam , maka pairing pusingan pertama akan dikeluarkan pada sebelah pagi sebelum mula pertandingan.

FLYER KEJOHANAN 

Jangan ketinggalan !!! Peserta yang mendaftar secara ’online’ menggunakan borang ini akan mendapat diskaun yuran penyertaan RM1

Monday, November 26, 2012

Keputusan Pertandingan Catur Karnival Sukan Untuk Semua 2012

Hebat dan meriah !!! Pertandingan catur ini telah mendapat sambutan yang begitu luar biasa sekali dengan penyertaan seramai 280 orang yang meliputi pelbagai peringkat umur, sekaligus mencatatkan rekod baru bagi jumlah peserta paling ramai untuk kejohanan catur terbuka (satu kategori) di Malaysia, memecahkan rekod Kejohanan Catur Amatur StoneMaster yang diadakan pada bulan September lepas ! Tahniah dan syabas !

Cerdik Catur Enterprise kini terbukti sebagai organisasi catur PALING CEMERLANG dan PALING AKTIF dan PALING BERJAYA di Malaysia dari segi jumlah sambutan penyertaan peserta di mana semua 8 kejohanan catur terbuka tahun ini yang melibatkan Cerdik Catur Enterprise dari segi kendalian/promosi catat penyertaan atas 100 peserta dan juga mencatatkan rekod luar biasa di mana 4 kejohanan catur terbuka berturut-turut catat penyertaan melebihi 200 peserta. 

Rekod juga tercipta apabila gadis cilik yang baru berusia 11 tahun, Puteri Munajjah Az-Zahraa binti Azhar telah muncul juara di dalam pertandingan catur ini dengan mendapat mata penuh (8/8) dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 500 beserta piala iringan dan medal.

Berikut adalah nama-nama pemenang hadiah di kejohanan tersebut.


Sila rujuk www.stonemaster.info (KLIK SINI) bagi mengetahui keputusan penuh Pertandingan Catur Karnival Sukan Untuk Semua yang telah diadakan pada hari Ahad (25/11/12) di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam. Acara tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Selangor dan dikendalikan bersama oleh Cerdik Catur Enterprise.

Thursday, November 15, 2012

UPDATE BORANG P @ 14/11/12 PENDAFTARAN PERTANDINGAN CATUR KARNIVAL SUKAN UNTUK SEMUA 2012

UPDATE BORANG P @ 14/11/12. Seramai 120 peserta sudah daftar nama setakat ini bagi pertandingan catur karnival sukan untuk semua 2012 yang akan diadakan pada 25 November ini di Shah Alam. Kepada peserta yang ingin daftar,sila bagi maklumat penuh seperti nama penuh, tarikh lahir, n.rating, kategori hadiah dan juga maklumat bayaran yuran kalau sudah buat bayaran. Sila rujuk juga www.stonemaster.info dan link di facebook iaitu http://www.facebook.com/events/481319175224520/ . Yuran catur - RM5 untuk pelajar sekolah/oku ; RM10 untuk lain-lain. Sila maklumkan kepada pihak kami sekiranya ada kesilapan mengenai maklumat anda mengenai kelayakan hadiah, tarikh lahir, bayaran yuran dan etc....

Friday, November 9, 2012

UPDATE BORANG P @ 9 /11/12. PENDAFTARAN PESERTA PERTANDINGAN CATUR KARNIVAL SUKAN UNTUK SEMUA 2012

UPDATE BORANG P @ 9/11/12. Kepada peserta yang ingin daftar,sila bagi maklumat penuh seperti nama penuh, tarikh lahir, n.rating, kategori hadiah dan juga maklumat bayaran yuran kalau sudah buat bayaran. Sila rujuk juga www.stonemaster.info untuk maklumat terkini.

Sila maklumkan kepada pihak kami sekiranya ada kesilapan mengenai maklumat anda mengenai kelayakan hadiah, tarikh lahir, bayaran yuran dan etc....

 

Monday, November 5, 2012

Pertandingan Catur Karnival Sukan Untuk Semua 2012 @ 25 November 2012 (Ahad)

Ini adalah buat kali ke-2 Cerdik Catur Enterprise akan mengendalikan kejohanan catur yang hebat untuk peminat-peminat catur di Shah Alam. Pada bulan puasa yang lalu, seramai hampir 300 peserta telah mengambil di kejohanan catur yang dinamakan 'Battle Chess SelangorKU'. Dan buat kali ke-2 ini, kejohanan catur yang dinamakan sebagai 'Pertandingan Catur Karnival Sukan Untuk Semua 2012' pula akan diadakan. Kejohanan kali ini akan dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia Dan Sukan Selangor dan akan dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise.

Selain daripada permainan catur, permainan lain yang turut diadakan pada 25 November nanti ialah Dam Aji, Dart dan Karom.

Apa yang menarik tentang kedua-dua kejohanan ini ialah dari segi hadiah-hadiah yang ditawarkan seperti jumlah hadiah wang tunai yang banyak, piala iringan, pingat, cabutan bertuah, sijil penyertaan, etc...dan di samping yuran penyertaan yang sangat rendah sekali iaitu RM5 untuk pelajar sekolah/OKU dan hanya RM10 untuk yang lain-lain. Jarang sekali kita boleh jumpa penganjur catur kenakan yuran penyertaan yang begitu rendah sekali dengan hadiah yang lumayan. Hampir semua kejohanan catur yang diadakan di Malaysia adalah kebanyakannya untuk kategori TERBUKA sahaja. Diharap dengan adanya kejohanan catur kategori khas seperti AMATUR ini, maka kategori ini dapat dinaikkan taraf sebagai kategori AMATUR yang mempunyai peminatnya/pengikutnya sendiri dengan tawaran hadiah2 yang menarik seperti hadiah wang tunai, piala iringan, pingat, sijil penyertaan dan juga adalah kejohanan rating kebangsaan/national rating.

Jom ramai-ramai kita sertai kejohanan ini. Cara pendaftaran, sila rujuk borang yang dilampirkan di bawah ini. Nama-nama peserta yang sudah daftar dan buat bayaran akan dimuatkan di laman web catur www.stonemaster.info mulai esok. Anda adalah dinasihatkan sentiasa semak nama anda dan kategori anda adalah betul dan kalau tidak lengkap sila emel (cerdikcatur@yahoo.com) atau sms (014-2312370) pihak kami untuk diperbetulkan.

PETA KE KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR - Boleh naiki KTM dan henti di KTM Padang Jawa. Dari KTM Padang Jawa (A), boleh naik teksi ke Kompleks (B) tersebut. Jarak antara KTM Padang Jawa dan Kompleks ialah dalam 4.5 KM.

Kalau ada pengangkutan seperti kereta atau motorsikal, boleh ikut lebuhraya persekutuan/federal highway dan masuk ke kanan. Kalau ke kanan akan jumpa Persiaran Kayangan dan kalau ke kiri akan ke Padang Jawa. Boleh kelihatan juga UITM di sebelah kanan bila masuk jalan Persiaran Kayangan. Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor terletak disebelah kiri. Sila rujuk peta yang dimuatkan di sini.




CARA PENDAFTARAN :

Sila SMS atau EMEL atau nyatakan di komen facebook event kejohanan ini

1. Nama penuh 2. Tarikh lahir 3. Kategori (Nyatakan kategori seperti K. Kerajaan atau Anak Selangor atau pelajar sek ren/men) 4. Tarikh & Masa Bank-In (No. akaun - sila rujuk borang di bawah sekali, sila simpan resit/copy bank slip untuk rujukan pihak kami sekiranya perlu sahaja, semasa pendaftaran pada 25 November nanti) 5. Nyatakan juga national rating/rating kebangsaan anda (sekiranya ada atau anda ingat-pihak kami akan semak juga dan perbetulkan sekiranya anda tidak ingat rating anda). Pihak kami akan gunakan national rating keluaran bulan Oktober 2012 untuk kelayakan/susunan awal pemain di kejohanan ini. Nama anda dan butiran tambahan anda yang lengkap sahaja akan dimasukkan di borang nama-nama pendaftaran dan akan dimuatkan di laman web catur ini untuk rujukan pemain-pemain. Sila semak nama anda dari masa ke semasa di laman web catur ini dan sekiranya ada pembetulan, sila hubungi kami.

BORANG PENDAFTARAN SENARAI NAMA PESERTA

- UPDATE PADA 31 OKTOBER 2012 1 NOVEMBER 2012 4 NOVEMBER 2012

















Related Posts with Thumbnails