Pages

Wednesday, March 24, 2010

Kejohanan Catur StoneMaster Amateur Special Edition Limited (SMASEL) - 2nd leg (25 April 2010) MAKIN HEBAT!

Kejohanan Catur StoneMaster Amatur Special Edition Limited (SMASEL) – liga kedua pada 25 April 2010 ini MAKIN HEBAT !!!

Kali ini, StoneMaster telah bermurah hati menambah beberapa hadiah baru untuk kategori terbaik. Antaranya :- Terbaik Guru (juga kategori tambahan di liga pertama), 3 terbaik sekolah rendah, 3 terbaik sekolah menengah (di liga pertama, hanya 1 hadiah terbaik kategori ini disediakan), Terbaik IPT Wanita (hadiah baru) dan 3 terbaik pasukan sekolah menengah (kategori terbaru khas). Di samping itu, yuran penyertaan bagi pelajar2 sekolah menengah juga telah diturunkan kepada RM 20 sahaja!

2nd leg SMASEL ini akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane (PKSC). Keselesaan para peserta juga terjamin dengan adanya sarapan dan makanan tengahari yang disediakan PERCUMA! :D

Minuman air sejuk (mineral) juga disediakan PERCUMA sepanjang masa kejohanan berlangsung.

Para peserta juga akan dijamu dengan KEK sempena sambutan Harijadi StoneMaster yang ke-41 !

Jadi apa yang ditunggu lagi….jom lah daftar





Muat turun borang kejohanan di sini->

Monday, March 22, 2010

Kejohanan Catur StoneMaster Amatur Special Edition Limited (1st leg) @ 21 Mac 2010

Kejohanan Catur StoneMaster Amateur Special Edition Limited (SMASEL) -1st leg telah berjaya diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane (PKSC) Kuala Lumpur pada 21 Mac 2010. Kejohanan berkonsep istimewa ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana seramai 125 peserta telah mengambil bahagian di dalam kejohanan amatur ini.

Senarai nama pemenang-pemenang hadiah di SMASEL (1st leg) 2010
 1. Mohammad Fazli bin Sarin (RM 350)

2. Syed Abdul Rahman Syed Mohamad (RM 200)

3. Tuan Mohd Suhairi (RM 100)

4. Mohd Hafez Hilmi Harun (RM 90)

5. Razali Hamzah (Ng6) (RM 80)

6. Rayyan Teh (RM 70)

7. Wong Tat Yap (RM 70)

8. Tiong Kung Ming (RM 60)

9. Shaun Quake Zhun Zian (RM 60)
 10.Ting Shih Chieh @ Alfred (RM 60)


HADIAH KATEGORI TERBAIK (RM 50 SETIAP SATU)

Best IPT1 - Tang Wei Chiat
Best IPT2 - Mohd Faizal Hafizie
Best IPT3 - Adrian Choo Chee Yong
Best IPT4 - Wan Mohd Arif Shafiq
Best Lady - Amira Syahmina Zullkafli
Best Veteran - Zullkafli Mat Daud
Best Teacher - Mohd Rezal Che Man
Best Secondary - Yat Guo Jie (yatz)
Best Primary - Mohd Faizal Roslan




TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA PESERTA-PESERTA YANG TELAH MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI...JUMPA ANDA SEMULA DI SMASEL (2ND LEG) PADA 25 APRIL 2010 NANTI!


Friday, March 5, 2010

Memperkenalkan...UNCANG ‘CLASSY’ dan ‘EASY’ Untuk Buah-Buah Catur

Bazar Jualan Peralatan Catur yang pertama dan yang ke-2 telah dijalankan dengan jayanya oleh Team Cerdik Catur Enterprise. Bazar jualan yang ke-3 akan diadakan pada 21 Mac 2010 semasa kejohanan Catur SMASEL 2010 liga pertama di Dato’ Arthur Tan Chess Centre (DATCC) Kuala Lumpur.

Antara produk peralatan catur yang dijual dan mendapat sambutan hangit hangat ialah UNCANG untuk simpan buah-buah catur. Harganya sangat murah dan terjamin kualitinya. Terdapat 2 jenis uncang yang ingin diperkenalkan oleh Cerdik Catur Enterprise. Uncang jenis ‘CLASSY’ dijual dengan harga cuma RM 2.50 sahaja. Uncang jenis ‘EASY’ pula dijual dengan harga RM3.50 sahaja.

Apakah beza kedua-dua jenis uncang tersebut? Yang bezanya ialah kualiti kain dan juga yang jenis ‘EASY’ pula ada poket khas untuk selitkan papan catur yang digulung sekali. Baru pertama kali diperkenalkan produk ini minggu lepas di bazar jualan yang ke-2 di Seremban dan sebanyak 35 unit uncang telah berjaya dijual. Terdapat juga pakej istimewa yang ditawarkan untuk produk ini. Kalau nak beli dengan PAKEJ A iaitu Set Buah Catur (solid) + Papan Catur (vinyl) + Uncang jenis ‘CLASSY’ = RM23 sahaja. Kalau beli PAKEJ B pula iaitu Set Buah Catur (solid) + Papan Catur (vinyl) + Uncang jenis ‘EASY’ = RM24 sahaja… Murah kan? :)

Untuk TEMPAHAN dan ' QUOTATION' untuk jumlah yang banyak kepada sek. ren/men, universiti dan pihak yang berminat, sila hubungi En. Mohd Fadli - 014-2312370 /emel - seme_event@yahoo.com

DSC09847 easy pouch

Inilah produk istimewa keluaran Cerdik Catur Enterprise iaitu uncang buah catur jenis ‘EASY’. Mudah untuk bawa buah catur dan papannya sekali ke mana-mana sahaja.

easy pouch DSC09854

classy type Uncang buah catur jenis ‘CLASSY’ yang boleh didapati dalam pelbagai warna yang menarik

DSC09851 DSC09852 DSC09853

DSC09861

Kesemua produk uncang ini dibuat daripada kain yang bermutu dan dijahit kemas dan rapi agar tidak mudah koyak.


Related Posts with Thumbnails