Pages

Showing posts with label blitz. Show all posts
Showing posts with label blitz. Show all posts

Monday, November 6, 2017

1st Chess Blitz Fighter AMANAH 2017


Anda BOSAN hujung minggu ini?? Sebab tiada kejohanan catur untuk DEWASA minggu ini..minggu ini penuh dengan kejohanan catur untuk BUDAK-BUDAK sahaja..tapi anda TIDAK berminat nak main catur sehari suntuk..dari pagi sampai petang..nanti pening kepala..

Minggu ini pada 11 & 12 November ini ..tidak ada aktiviti catur di kalangan peserta kategori Terbuka di negeri Selangor...jom ramai -ramai kita kumpul di Seksyen 13.. Shah Alam..sertai event menarik ini...JUARA akan bawa pulang RM 200.00...hadiah keseluruhan RM 900.00 (Wang Tunai+ Lain-Lain) menanti ANDA..yuran penyertaan SECEPUT jee iaitu RM 20.00..main 10 pusingan..kawalan masa 8 minit seorang..main SEPARUH HARI jee..semua peserta peringkat umur kawasan Shah Alam dan berhampiran digalakkan sertai aktiviti ini.TEMPAT TERHAD 60 peserta sahaja.
Yang berminat sertai aktiviti ini, sila daftar dengan cara Wasap SM DI SINI.

Wednesday, July 16, 2014

Memartabatkan & membudayakan sukan catur kilat di negeri Selangor

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kejohanan catur kilat iaitu PeBT MBSA, Department of Arts, Culture & Sports (DACS) dan juga Belia Ehsan Selangor dan juga pihak SelangorKU..Ramadhan Chess Blitz Fighter SelangorKU telah diadakan pada cuti umum Nuzul Quran 15 Julai 2014 (Selasa) bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 2.30 petang. Kejohanan kali ini diadakan di Dewan Merbau, Seksyen 17 Shah Alam, Selangor.

Seramai 54 orang peserta dari pelbagai peringkat umur telah menyertai aktiviti ini..Pertandingan dijalankan mengikut format 14 pusingan Swiss dengan kawalan masa 5 minit seorang. Di Malaysia, konsep permainan catur seperti 5 minit seorang ini sangat digemari oleh kebanyakan peminat catur dan mempunyai pengikutnya sendiri tetapi jarang sekali diadakan..walaupun negeri Selangor mempunyai persatuan catur negeri dan juga beberapa penggerak/pengiat catur lain di negeri Selangor, tapi malangnya dan sedihnya, ia tidak mendapat perhatian malah diabaikan langsung..dan pada pendapat peribadi CM Fadli..mungkin 'mereka' asyik syok sendiri dengan 'National Rating' mereka ..kerana boleh mendapatkan pendapatan lumayan hasil daripada mengenakan cukai2 NR seperti RM2 sekepala dan juga levi2 baru seperti RM300 setiap kejohanan...

Di Malaysia, kejohanan catur kilat ini boleh dikira dengan jari jumlah diadakan sejak 3 tahun kebelakangan ini..maka di sini seperti biasa, Cerdik Catur Enterprise sekali lagi tampil dengan idea2 dan usaha untuk mewujudkan satu lagi komuniti catur baru yang gemar bermain catur kilat..antara usaha yang sedang dijalankan ialah dengan KERAP membuat kejohanan catur kilat, sentiasa berusaha mendapatkan DANA dari pihak penganjur/penaja dan yang TERBAIKnya sekarang ialah kini Komuniti Cerdik Catur Kilat sudah ada RATING CATUR KILAT iaitu CCR Blitz sendiri..setakat ini, seramai 263 peserta sudah ada dalam senarai CCR Blitz..HEBAT !!!..dan lagi MENARIKNYA pula, Komuniti Catur Kilat mempunyai laman blog caturnya sendiri..wow! wow! sila layari www.caturblitz.blogspot.com. 

Yuran penyertaan catur kilat juga sentiasa dikekalkan kepada kadar harga yang murah..bukan seperti beberapa pengiat catur lain yang dah mula naikkan yuran penyertaan catur sampai ke tahap yang membimbangkan iaitu RM30 hingga RM60 seorang dengan alasan kos pengendalian mahal dan terpaksa menggunakan duit yuran untuk pemberian hadiah2 dan caj pengendalian tanpa mereka usaha mendapatkan penaja2 untuk mendapatkan DANA untuk aktiviti seperti ini..

Diharap bulan hadapan ini iaitu bulan Ogos, sekiranya mendapat kelulusan daripada pihak penganjur Komuniti Catur Kilat dan ada tarikh baru yang sesuai akan dapat berkumpul sekali lagi untuk beradu minda untuk aktiviti catur kilat ini..

Sekali lagi, diucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Muriza Hazrul yang begitu berminat dan sentiasa membantu pihak Cerdik Catur untuk pastikan aktiviti catur yang diadakan di Negeri Selangor berjalan dengan lancar dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu pengurusan aktiviti catur setiap tahun di negeri Selangor...
Ini kalilah !!!..



  
Untuk membaca dan melihat gambar2 menarik semasa acara Ramadan Chess Blitz ini diadakan, sila klik di SINI  

 


Wednesday, January 1, 2014

Kejohanan Catur Kilat Lembaran 2014 - Gambar & Keputusan

Menyambut tahun baru 2014 dengan bermain catur kilat di Seksyen 17 Shah Alam!! Acara yang dianjurkan oleh Cerdik Catur Enterprise ini telah mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan iaitu seramai 64 peserta dari pelbagai peringkat umur. Kesemua peserta bermain sebanyak 12 pusingan dengan kawalan masa 5 minit seorang dengan tawaran hadiah yang berupa pelbagai barangan...!! 

   

KLIK SINI UNTUK MELIHAT KEPUTUSAN PENUHNYA --> CATUR KILAT LEMBARAN 2014

Monday, April 29, 2013

Senarai Pemenang Hadiah Pertandingan Catur Kilat Sempena Revolusi Merdeka Anak Muda Paya Jaras


Keputusan penuh pertandingan ini boleh dilihat di www.stonemaster.info (KLIK SINI)

Sunday, April 21, 2013

Monday, March 4, 2013

Aksi-aksi menarik di Blitz Chess Challenge SELANGORKU 2013

Blitz Chess Challenge SelangorKU telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Mac 2013 di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Kota Damansara.. Seramai 47 peserta telah mengambil bahagian di mana kesemua peserta bermain sebanyak 16 pusingan dengan kawalan masa 5 minit seorang sehingga tamat. Acara catur kilat ini dianjurkan oleh Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MBPJ sempena Karnival Belia Petaling Jaya di mana Cerdik Catur Enterprise telah dilantik untuk mengendalikan acara ini. Hadiah wang tunai berjumlah RM 1,200 telah diberikan kepada 17 pemenang sebaik sahaja acara tamat pada pukul 4 petang.

SAM_6417SAM_6419SAM_6421SAM_6418

Aksi-aksi peserta bermain catur kilat di Kota Damansara

SAM_6422SAM_6420SAM_6427SAM_6428sijil penyertaanSAM_6430

Sijil penyertaan turut disediakan kepada peserta.

SAM_6431SAM_6432

Para peserta turut disediakan makanan tengahari percuma

SAM_6435SAM_6442

Air juga turut disediakan, aiskrim pun ada…semuanya PERCUMA Smile

SAM_6436SAM_6437

CM Fadli sedang melayan pelanggan di bazaar mini jualan peralatan catur.

SAM_6443SAM_6456

Berikut adalah gambar-gambar pemenang hadiah (Tempat 10 teratas)

SAM_6457SAM_6467

Wong Jianwen (Johan) , Ahmad Fadzil Nayan (Ke-2)

SAM_6459SAM_6460

Kamaluddin Yusof (Ke-3), Muhd Syazwan Zulkifli (Ke-4)

SAM_6461SAM_6462

Abdul Shukor A Rajah (Ke-5), Mohd Tayah Wahab (Ke-6)

SAM_6463SAM_6464

Abd Razak Saidin (Ke-7), Do Hoang Lam (Ke-8)

SAM_6465SAM_6466

Foo Chee Kin (Ke-9), Mustafa Said (Ke-10)

Keputusan penuh boleh lihat di www.chess-results.com (KLIK SINI)

Related Posts with Thumbnails