Pages

Sunday, October 17, 2010

Penyampaian hadiah Insofar Open 2010


Petang tadi, semasa SM singgah sebentar di DATCC untuk melihat adik SM beraksi di sana, SM telah dijemput oleh penganjur Kejohanan Terbuka Insofar,En.Zaki Yeop untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Seramai 27 peserta telah mengambil bahagian di dalam Insofar Rapid Open Chess ini yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM1000. Menurut penganjur, para peserta yang bertanding juga layak untuk menyertai peringkat suku akhir Kejohanan Insofar Elite yang akan diadakan pada 14 November nanti.

Tuesday, October 5, 2010

Laporan bergambar di sekitar Kejohanan Catur Terbuka Ampang Aidilfitri 2010

 

Kejohanan Catur Terbuka Ampang Aidilfitri anjuran bersama Chess Club @ Ampang dan Cerdik Catur Enterprise telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Oktober 2010 (Sabtu) yang lalu. Lokasi kejohanan adalah di Galeri tingkat 4, Menara MPAJ, Pandan Indah Kuala Lumpur.

SAM_0531  SAM_0532

6 hari sebelum bermulanya kejohanan ini, hanya terdapat lebih kurang 40 nama sahaja yang pra-daftar. Walaubagaimanapun 2 hari berikutnya, semakin ramai yang mula mendaftar nama tapi sehari sebelum kejohanan bermula, sudah 12 orang terpaksa menarik diri kerana tidak dapat hadir. Hampir 20 orang yang mendaftar tidak muncul tapi akhirnya, tercapai juga target bilangan peserta di mana seramai 115 peserta telah datang mengambil bahagian di dalam kejohanan yang meriah ini.

SAM_0535  SAM_0534

Peserta di kejohanan ini bermain di dalam satu kategori sahaja (Kategori Terbuka) mengikut sistem Swiss 7 pusingan dengan kawalan masa 25 minit setiap seorang.

SAM_0536

Seeding permulaan para peserta disusun berdasarkan Rating Kebangsaan terbaru (keluaran Oktober 2010). Hanya terdapat 4 meja yang ‘upset’ di pusingan pertama.

SAM_0533

Pusingan pertama-Ian Udani (NR 2171) bertemu adik Fahim Al-Faqeh Saleh (NR 1172). Ian Udani berjaya menduduki tempat ke-3 setelah menang kesemua 6 game dan kecundang di tangan seorang pemain Sabah, Abd Shukor Arajah di pusingan ke-4.

Di papan ke-2 pula kelihatan seorang penuntut UiTM, Amirul Rahimi Shamsudin (NR 1165) VS Kamaludin Yusof (NR 1985). Kamaludin tidak dapat melayakkan diri untuk menang tempat teratas di kejohanan kali ini setelah beliau ‘tunduk’ kpd Zarul Shafiq dan Syed Abd Rahman di dua pusingan terakhir. 

SAM_0538

Mat Zaki Yeop VS Muhd Nabil Azman Hisham. Muhd Nabil tidak berjaya menduduki tempat ke-10 teratas tapi beliau menjadi peserta terbaik kategori pelajar sekolah menengah dengan memperolehi 5/7 mata. Kelihatan di sebelah mereka adalah Fadzil Nayan VS Mohd Razil Zaini.

SAM_0539

Muhd Syakir Shazmeer (baju petak) –NR 1878 telah menunjukkan tahap permainan yang cemerlang (prestasi 2094) dan muncul juara dengan rekod tanpa tewas. Beliau seri dengan Zarul Shafiq di pusingan terakhir. Muhd Syakir juga telah turut menjadi juara bagi Cabaran Cerdik Catur Terbuka yang diadakan pada 8 Ogos lalu.

SAM_0540

Kelihatan peserta terbaik wanita di kejohanan ini, Camillia Johari dan peserta terbaik veteran, A.Jalal Md Shah (kekal bertopi)..

SAM_0545   SAM_0548 

Memang berbaloi betul bila semua peserta turut dijamu dengan sarapan dan makan tengahari Nasi Beriyani Special yang sedap. Semuanya disediakan percuma untuk peserta dan juga ibu bapa yang mengiringi anak2 mereka.

 SAM_0542

Cikgu Nik Mohd Azrihan (kanan) yang datang dari Kuala Krai, Kelantan berjaya mendapat ‘duit raya’ setelah terpilih sebagai peserta terbaik Guru Sekolah di kejohanan ini.

SAM_0551

Salah satu tarikan di sini adalah adanya bazaar jualan peralatan catur yang ke-13 oleh Cerdik Catur Enterprise

SAM_0537  SAM_0552 

Pelbagai barangan termasuk topi dan baju T-shirt turut dijual dengan harga yang berpatutan. Set catur serta buku-buku catur turut laris dibeli oleh peminat dan pengunjung yang datang.

SAM_0544

Salah seorang peserta dari Majlis Daerah Kuala Selangor, Mohd Zahari Jemain bersama adik Sri Raam Gunalingam yang berusia 7 tahun dan baru didedahkan kepada pertandingan catur terbuka.

SAM_0543   SAM_0541

SAM_0554

 

Pengarah Kejohanan, En.Abd Hakim Noordin nampaknya sedang sibuk menandatangani sijil penyertaan dan sijil untuk para pemenang.

 

 

SAM_0559 

 

 

Kelihatan Candidate Master Mohd Fadli Zakaria A.K.A. StoneMaster sedang memberi ucapan di Majlis penutup dan penyampaian hadiah yang berlangsung kira-kira pukul 6 petang.

SAM_0560SAM_0561

Sunday, October 3, 2010

Senarai nama dan gambar-gambar pemenang hadiah di Kejohanan Catur Terbuka Ampang Aidilfitri

SENARAI PEMENANG HADIAH DI KEJOHANAN CATUR TERBUKA AMPANG AIDILFITRI 2010

KEDUDUKAN

HADIAH

NAMA

Juara

RM 500

Muhd Syakir Shazmeer

Naib juara

RM 250

Zarul Shafiq b.Zullkafli

Ke-3

RM 200

Ian Udani

Ke-4

RM 175

Muhd Irfan Haqqim

Ke-5

RM 150

Abd Shukor Arajah

Ke-6

RM 125

Syed Abdul Rahman

Ke-7

RM 100

Ahmad Fadzil Nayan

Ke-8

RM 75

Ismail Ahmad

Ke-9

RM 60

Norazman Ismail

Ke-10

RM 50

Roshan Ajeet Singh

Pemain Terbaik Kategori

Veteran

RM 35

A.Jalal Md Shah

Kakitangan kerajaan

RM 35

Ahmad Kamal b.Rustam Affendi

Guru sekolah

RM 35

Nik Mohd Azrihan

Pelajar IPT

RM 35

Wan Ahmad Farid Wan Abd Rahman

Wanita

RM 35

Camillia Johari

Penduduk MPAJ

RM 35

Iskandar Rashid

Kakitangan MPAJ

RM 35

Ramdan Husin

Sek.Menengah 1

RM 35

Muhd Nabil Azman Hisham

Sek.Menengah 2

RM 35

Fikri Saleh

Sek.Menengah 3

RM 35

Tariq Ziad Abd Razak

Sek.Rendah 1

RM 35

Mohd Faizal Roslan

Sek.Rendah 2

RM 35

Puteri Rifqah Fahada Azhar

Sek.Rendah 3

RM 35

Nur Najiha Azman Hisham

Keputusan penuh kejohanan catur ini boleh dilihat di www.stonemaster.info (KLIK SINI)

SAM_0603 SAM_0602

Puteri Rifqah Fahada Azhar, Mohd Faizal Roslan

SAM_0601 SAM_0600

Tariq Ziad Abd Razak, Fikri Saleh

SAM_0599 SAM_0598

Ramdan Husin, Iskandar Rashid

SAM_0597 SAM_0596

Camillia Johari, Wan Ahmad Farid Wan Abd Rahman

SAM_0595 SAM_0594

Cikgu Nik Mohd Azrihan, Ahmad Kamal bin Rustam Affendi

SAM_0593 SAM_0592

A.Jalal Md.Shah, Roshan Ajeet Singh

SAM_0591 SAM_0590

Norazman Ismail, Ismail Ahmad

SAM_0589 SAM_0604

Ahmad Fadzil Nayan, Syed Abdul Rahman

SAM_0587 SAM_0586

Abd Shukor Arajah, Muhd Irfan Haqqim Azhar

SAM_0580 SAM_0585

Ian Udani, Zarul Shafiq Zullkafli

SAM_0582  Juara Kejohanan Catur Terbuka Ampang Aidilfitri 2010-Muhd Syakir Shazmeer bin Azhar menerima sijil kemenangan dan hadiah RM500 yang disampaikan oleh Pengarah Kejohanan iaitu En.Abd Hakim Noordin.

Tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang telah turut sama menjayakan acara kejohanan catur kali ini.

Jamuan Percuma Ketika Bercatur di MPAJ

Ini dia nasi beriyani Special yang dihidangkan sebagai jamuan tengahari kepada para peserta Kejohanan Catur Terbuka Ampang Aidilfitri semalam. Memang sedap dan 'special' nasi beriani MPAJ ni...

Di sebelah paginya pula, para peserta turut disajikan dengan sarapan percuma. Bila perut dah diisi, barulah ada semangat sikit nak main catur kan ...

Mihun goreng yang sempat di 'tapau' hehe

Related Posts with Thumbnails