Pages

Wednesday, December 30, 2009

2009 Tinggal Kenangan, 2010 Penuh Cabaran

Pejam celik, tinggal satu hari lagi sebelum tibanya 2010. Tentu bermacam2 peristiwa dan pelbagai kenangan pahit & manis telah dilalui sepanjang tahun yang lalu. Di sini SM suka untuk fokuskan dan berkongsi pandangan serta azam tahun baru ke arah meningkatkan pembangunan sukan catur Malaysia.

Kesimpulan yang dapat diambil dari aktiviti catur yang dikendalikan oleh StoneMaster di sepanjang tahun 2009 sungguh membanggakan. Dalam menghidupkan aktiviti permainan catur ini sendiri, SM telah membahagikannya kepada 4 bahagian untuk laksanakannya dengan berkesan iaitu:

1. Pembelajaran Catur

2. Mengadakan kejohanan catur

3. Penjualan peralatan catur

4. Networking


PERTAMA. Pembelajaran catur.

SM menganggap bahawa misi ini berjaya dijalankan dengan jayanya di sepanjang tahun 2009. SM telah dijemput oleh individu, kumpulan, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk kendalikan aktiviti catur tersebut. Kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 dan Tahap 2 yang pertama di Malaysia (menggunakan konsep pembelajaran catur cara StoneMaster) juga berjaya SM wujudkan dan telah dijalankan dengan jayanya.

Nampak mudah dan senang bila kita buat aktiviti catur ini. Tiap-tiap bulan kita dengar dan baca cerita dari blog training stonemaster.info mengenai aktiviti mingguan yang sentiasa SM jalankan. Tapi bila kita huraikan secara terperinci di sini, memang ramai akan mula tertanya-tanya dan mungkin akan kata seperti ini "BIAR BETUL" . Banyaknya projek pembangunan catur yang dijalankan oleh StoneMaster pada tahun 2009. Jawapan SM iaitu "TAU XPE" hehe.

Pada tahun 2010 pula, beberapa projek pembelajaran catur telah SM siapkan kertas kerjanya untuk dilaksanakan peringkat demi peringkat di beberapa negeri dan SM jangkakan akan mula dijalankan pada bulan Februari 2010.

Berikut adalah perancangan projek pembelajaran catur bagi tahun 2010.

  1. Meneruskan kesinambungan pembelajaran catur cara individu, kumpulan, di sekolah rendah, menengah dan universiti.
  2. Melantik beberapa tenaga pengajar catur yang mahir dalam memperkembangkan projek pembelajaran catur ini ke negeri-negeri yang lain.
  3. Mengadakan kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 dan 2 (Khas kepada guru2 dan ibubapa)
  4. Mengadakan Bengkel Cerdik Catur 2010 -Konsep latihan baru yang SM kendalikan.
  5. Pelancaran Program Cerdik Catur Jarak Jauh (PCCJJ). Program ini diilhamkan oleh Stonemaster dan adalah yang pertama kali akan dijalankan di Malaysia serta dijangka akan mendapat sambutan hangat. Sama-sama kita tunggu pelancarannya.
  6. Tumpuan pembangunan catur bagi satu-satu daerah seperti Shah Alam/Lembah Klang, Kuala Krai dan sebagainya.

KEDUA. Mengadakan kejohanan catur.

Untuk tahun 2009, SM hanya sempat anjurkan beberapa kejohanan Catur MINI. Aktiviti kejohanan atau pertandingan catur ini tidak banyak SM jalankan pada tahun 2009. Apa tidaknya. 6 hingga 8 bulan negara kita telah dibelenggu dengan wabak virus H1N1. Ditambahkan lagi dengan masalah ekonomi dunia yang paling teruk di Amerika sampai semua gerun adakah negara kita akan terjebak sama. 2 perkara ni memang menjadi ukuran dan pertimbangan SM untuk menjalankan aktiviti kejohanan catur ini. Lagi satu masalah ialah banyak sangat dah aktiviti kejohanan catur. Tengok saja di Kalendar Kelab Stonemaster...boleh dikatakan tiap2 minggu ada saja kejohanan catur dianjurkan oleh pelbagai pihak. Jadi bukan mudah nak dapat tarikh yang paling sesuai nak anjur kejohanan catur. Untuk elakkan masalah pertindihan tarikh ini berlaku, maka SM telah kurangkan atau tidak buat apa-apa perancangan dalam menjalankan aktiviti kejohanan catur pada 6 bulan terakhir tahun 2009. Tetapi pada tahun 2010 pula, SM sudah rancang akan kendalikan beberapa kejohanan catur yang hebat dan lebih besar. Sama-sama kita tunggu apakah kejohanan tersebut.

Mungkin tempias kegawatan ekonomi dunia dah mula terasa di negara ini. Kejohanan catur di peringkat MSSM telah dibatalkan penganjurannya pada tahun 2010. Walaubagaimanapun, kejohanan catur di peringkat MSS Daerah dan MSS Negeri masih lagi diteruskan seperti biasa. Pada pendapat peribadi SM, pembatalan permainan catur di peringkat MSSM tidak mendatangkan masalah teruk kepada pembangunan catur di Malaysia dan SM jangkakan pada tahun 2010 ini, senario kejohanan catur di Malaysia akan lebih meriah dengan penglibatan lebih banyak pihak yang berminat menganjurkan pelbagai konsep kejohanan catur sama ada secara Terbuka atau mengikut Kategori Umur di Malaysia ini.

Friday, December 25, 2009

LOGO Cerdik Catur Enterprise


Simple jee LOGO yang StoneMaster reka ni. Beberapa makna boleh kita fahamkan apabila tengok lama2 sikit logo nii. Imej utamanya adalah Rook (Castle). Kenapa pilih Rook dan bukan Queen ke? King ke ? Rook atau Tir (dalam bahasa melayu) tuu kalau kita tengok nampak GAGAH, KUAT dan KEBAL macam superman. Pergerakan Rook pula adalah secara selari (vertical dan horizontal), pertahanan yang sangat kuat kalau 2 Rook diletakkan dlm file yang sama. Nampak Rook terbelah dua? Boleh juga maksud, permainan catur ini hanya dimainkan oleh 2 orang. Bukan seorang, bukan 3 atau 4 orang.

Boleh juga kita definasikan Rook terbelah dua ni maksud lain. Kalau pandangan mr casanova, dia mungkin akan nampak macam "Bunga Bukan Sekuntum" hehehe.. Kelihatan di bawah Rook terbelah dua ni iaitu papan catur. Bawah papan catur itu pula tertulis nama syarikat itu iaitu Cerdik Catur Enterprise.

Kalau para peminat catur ternampak logo ini, ingat-ingatlah orang yang bikinnya iaitu StoneMaster. :)

Thursday, December 24, 2009

Selamat Datang ke Cerdik Catur Enterprise



What a successful year for StoneMaster bagi tahun 2009. Boleh dikatakan tiap-tiap hari sejak Oktober 2008 hingga sekarang asyik dengan aktiviti catur. 99% banyak kepada pembangunan catur iaitu mengajar catur cara individu, kumpulan, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Tapi tahun nii juga tak banyak SM menganjur kejohanan catur. Rasa boleh dikira dengan jari. Dijangkakan 3 bulan pertama tahun 2010, SM akan menganjurkan beberapa kejohanan catur seperti mana SM menganjurkan banyak aktiviti tersebut pada tahun 2007 dan pada tahun 2008.

7 hari lagi dah nak masuk tahun 2010, SM dah prepare untuk banyak aktiviti catur untuk tahun 2010. Syarikat catur iaitu Cerdik Catur Enterprise dan blognya sudah pun SM bina iaitu www.cerdikcatur.blogspot.com. Name Card SM yang ada gambar SM yang hansem tuu pun SM dah siap. Jengok2lah blog tuu sentiasa kerana blog tersebut akan sentiasa dikemaskinikan seperti blog lain yang SM bina iaitu www.5hobiku.blogspot.com dan juga www.smvssm.blogspot.com.


Friday, December 18, 2009

Wakil Catur Remaja Negeri Kelantan

potong kek DSC09525

Ehhh…besday sapa lak nie…..

Tengahari tadi sempat SM gi beli kek dan minuman oren untuk diberikan kepada Cikgu Nik dan anak2 buahnya yang datang jauh dari Kelantan untuk mengambil bahagian di dalam Kejohanan Catur Remaja Kebangsaan yang sedang diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane, KL.

wakil dr kelantan

Inilah sebahagian wakil PPD Kuala Krai yang diketuai oleh Ust Abd Jalil Che Kob (Pengerusi Teknik Catur MSSK Kuala Krai) dan Cikgu Nik Azrihan. 12 pemain (7 lelaki and 5 perempuan) yang datang adalah dari kalangan pemain projek ‘Kuala Krai Biso Telajok 2010’. Lapan org dari SMK Sultan Yahya Petra 2, dua org dari SK Sultan Yahya Petra 2, seorang dari MRSM Kuala Krai dan seorang dari SK Sg. Mengkuang.

Jangan terkeliru...Kek tuu diberikan sebagai tanda selamat datang ke Kuala Lumpur dan selamat berjaya kepada mereka dalam penyertaan kejohanan ini. Semoga mereka juga berjaya mencapai sasaran untuk menjadi johan keseluruhan bagi Kejohanan MSSM Negeri Kelantan tahun 2010 nanti.


Tuesday, December 8, 2009

Next Mission - SHAH ALAM (Bengkel Cerdik Catur Shah Alam)

Akhir December ni, dah genap 2 tahun SM menjadi jurulatih catur IIUM. Kemungkinan besar Coach Fadli akan tamatkan kontrak jurulatih catur. Plan nak handle pula projek pembangunan catur secara besar besaran di Shah Alam. Sudah beberapa kali, Tuan Haji Ibrahim Abu Bakar iaitu Timbalan Presiden Persekutuan Catur Malaysia telah mencadangkan kepada SM supaya bangunkan semula Shah Alam sebagai bandar catur seperti zaman era 90-an dulu.

Memang SM tertarik nak jalankan projek pembangunan catur ni. Kertas kerja bagi pembangunan catur Shah Alam telah SM siapkan. Cuma tunggu masa nak mula jee. Aktiviti pertama yang confirm SM akan buat ialah Bengkel Cerdik Catur Shah Alam yang akan bermula awal bulan Februari 2010. Bengkel ini dianggap Tahap Intermediate dan bukan beginner. Tidak sesuai kepada peserta yang tidak tahu nak gerakkan sebarang buah catur dan tidak sesuai yang baru nak kenal permainan catur. Jika terdapat permintaan, sessi yang berasingan akan dibuat untuk mereka2 yang baru nak mengenal catur. Bengkel ini merangkupi 4 sessi semuanya dan diadakan pada setiap hari Ahad di bulan Februari tersebut. Setiap sesi memakan masa 3 jam. Minuman disediakan. Nota, cd, cenderahati dan Sijil Penyertaan akan diberikan kepada setiap para peserta. Yurannya adalah hanya RM70 untuk 4 sessi .Tempat diadakan bengkel catur tersebut ialah di Shah Alam.



Untuk Pra Daftar, sila hubungi En. Mohd Fadli bin Zakaria (0142312370) atau emel (seme_event@yahoo.com).



Monday, December 7, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah - 7 Disember 2009


Sudah dalam perancangan StoneMaster iaitu mulai tahun 2010, satu syarikat catur yang baru akan SM daftar untuk jalankan aktiviti catur. Oleh itu pada 7 Disember 2009, SM telah tubuhkan syarikat Cerdik Catur Enterprise. Sama-sama kita tunggu apakah aktiviti catur yang syarikat ini akan jalankan pada tahun 2010.


Related Posts with Thumbnails