Pages

Monday, April 30, 2012

Sambutan Hangat di Kejohanan Raja Catur KSN 2012!

Kejohanan Raja Catur Kompleks Sukan Negara 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 April 2012 bertempat di foyer Stadium Juara Bukit Kiara. Seramai 128 peserta telah mengambil bahagian di dalam kejohanan catur yang julung kali dianjurkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia ini di mana Cerdik Catur Enterprise telah dilantik untuk bersama mengendalikan kejohanan yang cukup meriah ini.

Pencarian Raja Catur KSN tahun ini berakhir apabila Muhd Syakir Syazmeer Azhar dari Selangor telah dinobatkan sebagai Raja Catur KSN yang pertama. Beliau yang baru berusia 17 tahun telah menunjukkan prestasi permainan catur yang hebat sekali dan mendapat markah tertinggi (6.5/7) di kejohanan ini. Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa berlangsungnya acara ini.

Set catur jenama SHAHS yang digunakan ini ditaja oleh Syarikat Permainan Malaysia (SPM)



Kamaluddin Yusof VS Izza Hasrina di papan pertama pusingan ke-2





Kelihatan antara beberapa 'muka baru' dalam pertandingan catur



Para urusetia kejohanan sedang sibuk di meja hadapan

Perkhidmatan St.John Ambulans turut disediakan untuk membantu jika ada sebarang kemalangan atau kecemasan.



 
CM Fadli selaku ketua arbitor sedang memerhatikan permainan para peserta

Nasib baik para peserta tak hangit...huhuuu


Walaupun silau terkena panahan sinaran matahari petang tetapi para peserta tetap menunggu dengan sabar acara penutup dan penyampaian hadiah.

Thursday, April 19, 2012

Kompleks Sukan Negara cari RAJA CATUR masuk artikel di Harian Metro hari ini 19 April 2012 (Khamis)

ksn2 
 Candidate Master Fadli (5 dari kanan) turut mempromosikan aktiviti sukan catur di Perbadanan Stadium Malaysia semasa sidang akhbar semalam.
 

WOW !! HEBAT !! HADIAH KESELURUHAN TERKINI RAJA CATUR CECAH RM2,000 !!!

WOW!! HEBAT!! Hadiah-hadiah keseluruhan berupa wang tunai dan lain-lain hadiah seperti hamper, medal, jersey, set catur jenama SHAH bernilai RM45 (harga pasaran) dan sijil bagi Kejohanan RAJA CATUR Kompleks Sukan Negara (29 April 2012) sudah cecah lebih RM2,000. Dan kejohanan ini juga adalah 'National Rated Event'. Anda mungkin boleh dapat rating kebangsaan kalau belum ada rating, anda mungkin juga boleh naikkan rating anda dan juga mungkin turunkan rating anda.
Tahniah/syabas kepada pihak penganjur ialtu Perbadanan Stadium Malaysia kerana berjaya mencari penaja-penaja menyumbangkan hadiah tambahan bagi kejohanan ini.
Adalah dinasihatkan kepada para peserta yang ingin sertai kejohanan ini, sila daftar awal kerana tempat terhad untuk 100 penyertaan terawal sahaja. Maklumat lanjut, sila layari
www.stadium.gov.my
Tempat Pertama Wang Tunai RM 200;
1 unit Piala Iringan;
1 unit medal;
1 unit hamper;
1 helai Jersey
1 set catur;
Sijil.
Tempat Kedua Wang Tunai RM 100;
1 unit medal;
1 unit hamper;
1 helai Jersey
1 set catur;
Sijil.
Tempat Ketiga Wang Tunai RM 90;
1 unit medal;
1 unit hamper;
1 helai Jersey
1 set catur;
Sijil.
Tempat Ke empat Wang Tunai RM 80;
1 helai Jersey
1 set catur;
Sijil.
Tempat Kelima Wang Tunai RM 70;
1 helai Jersey
1 set catur;
Sijil.
Tempat Ke enam Wang Tunai RM 60;
1 set catur;
Sijil.
Tempat Ketujuh Wang Tunai RM 50;
1 set catur;
Sijil.
Tempat Kelapan Wang Tunai RM 50;
1 set catur;
Sijil.
Terbaik Semi Pro
N.R: 1601-1700
1 set catur;
1 helai Jersey;
Trofi;
Sijil.
Terbaik Amatur
N.R: 1501-1600
1 set catur;
1 helai Jersey;
Trofi;
Sijil.
Terbaik Novis
N.R: 1-1400
1 set catur;
1 helai Jersey;
Trofi;
Sijil.
Terbaik “Unrated”
N.R: Tiada
1 set catur;
1 helai Jersey;
Trofi;
Sijil.
Terbaik Wanita 1 set catur;
1 helai Jersey;
Trofi;
Sijil.
Terbaik Veteran (45 tahun ke atas) 1 set catur;
1 helai Jersey;
Trofi;
Sijil.
Terbaik Pelajar IPT
(2 orang)
1 set catur;
Piala Pusingan (1 orang shj);
Telefon bimbit Blue Barry I 6800 (1 orang shj)
1 helai Jersey;
Trofi;
Sijil.
Terbaik Pelajar Sekolah Menengah
(2 orang)
1 set catur;
1 helai Jersey;
Trofi;
Sijil.
Terbaik Pelajar Sekolah Rendah
(2 orang)
1 set catur;
1 helai Jersey;
Trofi;
Sijil.

Monday, April 16, 2012

Preparation For CM Fadli Chess Challenge@28 April 2012 (Saturday) at Stonemaster Home Chess Training Centre (Candidate Master Fadli VS Solomon Nyurang Juk)

 

          StoneMaster Home Chess Training Centre

 

Pada 28 April 2012, jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari , akan bermulanya CM Fadli Chess Challenge. Kali ini Candidate Master Fadli (International FIDE Rating – 2024 / National Rating – 1815) akan bermain putih menentang Solomon Nyurang Juk (International FIDE Rating -  1760 / National Rating - 1609) yang akan bermain hitam. Ia akan diadakan di StoneMaster Home Chess Training Centre iaitu di apartmen kediaman SM di Bandar Baru Sentul, KL. Kawalan masa ialah 1 jam 30 minit seorang dengan masa tambahan 30 saat bagi setiap pergerakan. CM Fadli Chess Challenge ialah 1 lagi konsep aktiviti latihan catur yang diperkenalkan oleh CM Fadli untuk memperbanyakan lagi permainan dan melatihkan diri kita mengunakan kawalan masa kejohanan catur FIDE rated. Selepas tamat permainan, 10-20 minit akan digunakan untuk analisa permainan ini dan permainan ini akan dimuatkan di laman web catur iaitu www.stonemaster.info dan www.cerdikcatur.blogspot.com. Yuran penyertaan bagi sertai CM Fadli Chess Challenge ialah RM30 bagi setiap perlawanan.

cmfadliiimage

           Candidate Master Fadli                 Solomon Nyurang Juk

 

 

                   Bilik ‘mini library’ dan depan ruang tamu apartmen SM sentiasa kemas kalau tiada    

                  apa2 persediaan kejohanan catur atau bengkel catur dalam minggu itu,hehehe

Wednesday, April 11, 2012

Gambar-gambar di sekitar 11th Klang Parade Chess Championship 2012 (Open Category)

Kejohanan Catur Klang Parade Kali ke-11 Kategori Terbuka ini telah berlangsung pada 8 April 2012 dengan lancarnya. Seramai 86 peserta telah mengambil bahagian di dalam Kategori Terbuka ini dimana menjadikan jumlah keseluruhan penyertaan (Kategori Peringkat Umur dan Terbuka) adalah seramai 218 peserta.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika berlangsungnya kejohanan tersebut.

Kawasan pertandingan telah sedia disusun rapi sementara menantikan para peserta mendaftarkan diri.











Dr. Faizal VS Chan Sheng Yip




Jax Tham VS Kaber Azzad


 
SM sedang sibuk menandatangani sijil-sijil penyertaan dan sijil-sijil pemenang.



Pusingan penentu Juara - Muhd Syakir Shazmeer VS Yusop Sahibol





Tuan Hj. Ibrahim Abu Bakar sedang menyampaikan sepatah dua kata ketika majlis penutup dan penyampaian hadiah yang diadakan tepat pada pukul 5.30 petang Ahad, 8 April 2012.

Untuk melihat keputusan penuh kejohanan ini, sila KLIK SINI.

Related Posts with Thumbnails