Pages

Thursday, May 29, 2014

Bazaar catur di Gula Perlis Open Chess Challenge 2014


SM telah dijemput oleh pihak penganjur kejohanan iaitu Gula Perlis untuk membuka bazaar peralatan catur di kejohanan catur terbuka yang terbesar di Perlis ini yang telah diadakan pada 24 Mei yang lalu bersempena sambutan Keputeraan DYMM Raja Perlis yg ke-71.

SM bergambar bersama beg-beg yang sarat berisi peralatan catur sebaik saja tiba di Stesen Keretapi Arau dan menginap di Hotel Putra Palace, di mana kejohanan catur Gula Perlis Open Chess Challenge diadakan.  



Kena serbu...Sebaik saja SM letakkan barang-barang untuk jualan di atas meja, ramai yang serbu...

Laku macam goreng pisang panasss...


Pemandangan di dalam dewan pertandingan




Selepas hanya satu jam bazaar dibuka, hanya ini saja yang tinggal...

Makan tengahari di restoran dalam hotel.



Selepas tamat pertandingan catur, SM telah dijemput makan bersama di meja.VIP.. Yg sebelah tu, En Md Faudzi bin Rashid (Ketua Jabatan Pentadbiran/Perjawatan), YB Senator Tn. Hj. Abdul Shukor bin Sultan (penasihat kilang gula), Tn. Hj Ismail bin Samsu (pengurus besar kilang gula) dan En. Syaifulzamani bin Ismail....sedap betul nasi berani lauk kambing...hehe :)

Monday, May 26, 2014

Karnival Sukan MAIWP 2014












Sekali lagi Cerdik Catur Enterprise telah dilantik untuk mengendalikan acara catur bagi Karnival Sukan MAIWP 2014 (KASUMA 2) yang berlangsung pada 26 Mei 2014 di dewan seminar Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Lima pasukan telah bertanding di mana setiap pasukan diwakili oleh 3 orang peserta. Pasukan PICOMS (Pusrawi International College of Medical Sciences) muncul juara setelah mendapat mata tertinggi.





Sunday, May 18, 2014

Karnival Sukan FELCRA IX 2014

Lapan pasukan telah beradu minda di Karnival Sukan Felcra 2014 pada 16 Mei lalu yang diadakan di Kolej Zaaba UKM.
 



 

Kejohanan Indoor Games Inter Cawangan & Sukan Rakyat Terbuka Hasil 2014

Cerdik catur telah dilantik mengendalikan acara catur sempena Kejohanan Indoor Games Inter Cawangan & Sukan Rakyat Terbuka Hasil 2014 yang diadakan di Dewan Hasil Kompleks Kerajaan Jln Duta pada 17 Mei lalu.




 

Monday, May 12, 2014

BORANG DAFTAR ONLINE – KEJOHANAN CATUR TERBUKA PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA KE-4

Kepada yang berminat untuk sertai kejohanan ini, sila isikan borang penyertaan berikut:
  • BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN CATUR TERBUKA PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA KE-4

  • -
  • -
  • * SILA KEMUKAKAN BUKTI ANDA LAYAK UNTUK HADIAH KHAS TERSEBUT

  • TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 11 JUN 2014.
    Pendaftaran nama / bayaran yuran selepas tarikh tutup akan dikenakan denda RM 10 (tertakluk kepada kekosongan tempat)

    Yuran Penyertaan : Kategori U17 & U12=RM 20, Kategori Terbuka=RM 25
    dibayar kepada 'CERDIK CATUR ENTERPRISE' No. Akaun Semasa MAYBANK : 5648-1000-6279

  • Jika anda tidak dapat upload bank-in slip di sini, mohon maklumkan butiran bayaran (tarikh dan masa bank-in) kepada En. Fadli di talian 014-2312370 / 016-3038892 dan e-mel juga SLIP bayaran kepada cerdikcatur@yahoo.com

    Sila simpan & bawa slip bayaran pada hari kejohanan sebagai bukti. Terima kasih.

  • Should be Empty:

Monday, May 5, 2014

Keputusan dan gambar-gambar di sekitar Rapid Challenge SelangorKU 2014


Seramai 200 peserta dari pelbagai peringkat umur telah beradu minda di pertandingan catur Rapid Challenge SelangorKU 2014 yang diadakan sempena sambutan Hari Sukan Antarabangsa peringkat Negeri Selangor pada Ahad 4 Mei lepas. Para peserta bermain di dalam 3 kategori berasingan iaitu bawah 10 tahun, bawah 12 tahun dan kategori Terbuka menggunakan format permainan sistem swiss dengan kawalan masa 20 minit seorang.


Bagi Kategori Terbuka, selepas kiraan mata pemutus seri, Ahmad Fadzil Nayan telah diisytiharkan sebagai juara di mana beliau telah membawa pulang hadiah wang tunai RM 700 beserta piala dan medal.

 Untuk melihat keputusan penuh setiap kategori, sila klik di link berikut:













































Related Posts with Thumbnails