Pages

Showing posts with label MBPJ. Show all posts
Showing posts with label MBPJ. Show all posts

Monday, June 15, 2026

KEJOHANAN CATUR TERBUKA PIALA DATUK BANDAR PETALING JAYA 2026 (13 Jun 2026)

 LAPORAN RASMI

KEJOHANAN CATUR TERBUKA PIALA DATUK BANDAR PETALING JAYA 2026

1.0 PENGENALAN

Kejohanan Catur Terbuka Piala Datuk Bandar Petaling Jaya 2026 telah berjaya dianjurkan pada hari Sabtu, 13 Jun 2026 bertempat di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), No.1 Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya, Selangor.

Program berlangsung bermula jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta dan pengagihan cenderamata. Pertandingan diteruskan sehingga selesai pusingan terakhir sebelum Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Bandar Petaling Jaya pada jam 5.00 petang.

Selain pertandingan catur, program turut dimeriahkan dengan sesi Cabutan Bertuah yang diadakan pada jam 12.00 tengah hari sebelum bermulanya Pusingan Keempat serta Cabutan Bertuah Utama selepas majlis penyampaian hadiah.


2.0 OBJEKTIF KEJOHANAN

1. Menggalakkan perkembangan sukan catur dalam kalangan masyarakat.

2. Mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan catur.

3. Menyediakan platform pertandingan yang kompetitif kepada pemain pelbagai peringkat umur.

4. Mengeratkan hubungan antara komuniti catur dari seluruh negara.

5. Mempromosikan Petaling Jaya sebagai pusat penganjuran kejohanan catur bertaraf kebangsaan.


3.0 PENCAPAIAN DAN FAKTA MENARIK

Kejohanan ini merupakan kali ke-3 berturut-turut diadakan di lokasi yang sama iaitu Dewan Bankuet MBPJ dan telah mencatatkan kejayaan yang amat memberangsangkan dengan penyertaan seramai 501 orang peserta dari seluruh negara.

Antara pencapaian utama kejohanan ialah:

• Berjaya mencapai sasaran 500 peserta.
• Penyertaan daripada sekurang-kurangnya 10 negeri dan wilayah.
• Hampir 90% peserta datang dari Lembah Klang.
• Kategori Bawah 14 Tahun dan Bawah 11 Tahun menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan penyertaan.
• Penyertaan wanita melebihi 100 orang peserta.
• SRAI Taman Keramat muncul sebagai kontinjen sekolah terbesar.
• Menjadi antara kejohanan catur terbuka terbesar di Lembah Klang bagi tahun 2026.


4.0 ANALISIS PENYERTAAN

4.1 Penyertaan Mengikut Negeri

Negeri

Bilangan

Selangor

348

Wilayah Persekutuan

100

Pahang

13

Negeri Sembilan

9

Perak

9

Johor

7

Melaka

5

Kedah

3

Kelantan

3

Pulau Pinang

1

Jumlah

501

Selangor merupakan penyumbang terbesar dengan 348 peserta atau 69.5% daripada keseluruhan penyertaan. Jika digabungkan dengan Wilayah Persekutuan, kedua-dua kawasan ini menyumbang hampir 90% daripada jumlah peserta.

4.2 Penyertaan Mengikut Kategori

Kategori

Bilangan

Bawah 14 Tahun (B14)

124

Bawah 11 Tahun (B11)

129

Terbuka

92

Bawah 08 Tahun (B08)

49

IPT

59

Bawah 17 Tahun (B17)

48

 

 

Jumlah

501

Kategori Bawah 11 Tahun merupakan kategori paling popular dengan 129 peserta, diikuti kategori Bawah 14 Tahun dengan 124 peserta.

4.3 Penyertaan Mengikut Jantina

Jantina

Bilangan

Lelaki

397

Perempuan

104

 

 

Jumlah

501

Penyertaan wanita melepasi angka 100 orang, menunjukkan perkembangan positif penglibatan pemain wanita dalam sukan catur.


5.0 KEPUTUSAN KEJOHANAN

Kejohanan telah mempertandingkan enam kategori utama iaitu:

1. Terbuka

2. IPT

3. Bawah 17 Tahun

4. Bawah 14 Tahun

5. Bawah 11 Tahun

6. Bawah 08 Tahun

Keputusan penuh bagi semua kategori dilampirkan dalam Lampiran Keputusan Rasmi Kejohanan.

Rujuk link di chess-results >> https://s2.chess-results.com/tnr1433709.aspx?lan=1&art=79&turdet=YES&SNode=S0&tno=1433709&zeilen=99999

 


6.0 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN

Kejohanan telah dikendalikan oleh pasukan pengurusan dan pengadil yang berpengalaman bagi memastikan perjalanan pertandingan berjalan lancar, teratur dan mematuhi Undang-undang Catur FIDE.

Tugas utama melibatkan:

• Pendaftaran peserta.
• Pengurusan keputusan dan pairing.
• Pengurusan dewan pertandingan.
• Pengendalian cabutan bertuah.
• Penyelarasan majlis penutup dan penyampaian hadiah.
• Kawalan teknikal pertandingan.


7.0 GAMBAR

Boleh lihat gambar-gambar menarik di link2 berikut:

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=libpkpj&set=a.1434317475385895

t.me/caturmbpj

 


8.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Kejohanan Catur Terbuka Piala Datuk Bandar Petaling Jaya 2026 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti catur seluruh negara.

Penyertaan seramai 501 orang peserta membuktikan kejohanan ini mempunyai daya tarikan yang tinggi dan berpotensi untuk terus berkembang sebagai salah satu kejohanan catur utama di Malaysia.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), para penaja, pegawai pertandingan, sukarelawan, ibu bapa, guru-guru serta semua peserta yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran kejohanan ini.

 

Disediakan oleh,

Johaari bin Ismail
FIDE Arbiter (FA) – FIDE ID 5763991
Tournament Director & Chief Arbiter
Cerdik Catur Enterprise

 



 

Wednesday, August 8, 2018

KEJOHANAN CATUR PIALA DATUK BANDAR PETALING JAYA 2018 (27 OKTOBER 2018)

Pertandingan catur ini terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja. Terhad untuk 300 peserta terawal mendaftar secara online. 


Sunday, May 26, 2013

Selepas PUTRAJAYA ke PETALING JAYA pula...

Cerdik Catur Enterprise – Selepas PUTRAJAYA ke PETALING JAYA pula…..

Revoc Chess Genius Open Challenge berjaya diadakan pada 25 Mei 2013 di PUTRAJAYA. Terima kasih kepada para peserta yang menjayakan aktiviti ini. Beberapa susulan program aktviti catur bagi area Putrajaya dan kawasan berhampiran sudah dikenal pasti untuk jalankan aktiviti catur selepas berbincang dengan beberapa penganjur/penaja yang berjumpa dengan CM Fadli semalam.

Selepas ini, pertandingan catur yang hebat yang akan dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise ialah 3rd MBPJ Open Chess Championship @ 29-30 Jun 2013 (29 Jun- U12 & U18 / 30 Jun- Terbuka). Anjuran bersama Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dan MBPJ. Hadiah wang tunai berjumlah RM 4 ribu ++ dan lain-lain hadiah disediakan kepada para pemenang.

This is a Cerdik Catur Rated Event

Maklumat lanjut, sila layari www.stonemaster.info
 

Tuesday, May 15, 2012

2 KEJOHANAN CATUR HEBAT !! TERBESAR !! HADIAH LUMAYAN !!! MENANTI ANDA PADA BULAN JUN DAN JULAI INI

2 kejohanan catur HEBAT !!! TERBESAR !!! HADIAH LUMAYAN !!! menanti peminat-peminat catur tanahair. Pada 23 dan 24 hb Jun 2012, kejohanan catur TERBESAR di Petaling Jaya (acara individu). Nama kejohanan : Kejohanan Catur Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 3 kategori acara individu iaitu pada 23hb Jun kategori bawah 12 dan bawah 18 tahun. Pada 24 Jun, kategori TERBUKA. Hadiah WANG TUNAI berjumlah RM 4,000 berserta piala pusingan, trofi, hamper dan sijil. Kejohanan ini ditaja sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

MBPJ CHESS 2012

 

Pada 14 dan 15 Julai 2012 pula, Kejohanan Catur Berpasukan TERBESAR di Malaysia dengan hadiah WANG TUNAI berjumlah RM 41,500 beserta piala pusingan dan medal dan sijil. WOW!!!. Nama kejohanan : Kejohanan Catur Berpasukan KaSUGI 2012. Kejohanan ini ditaja sepenuhnya oleh KaSUGI Prima Sdn Bhd.

 

Kedua-dua kejohanan ini akan dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise. Maklumat lanjut, sila sentiasa layari www.stonemaster.info untuk maklumat terkini.

 

"CATUR MEMBINA MINDA CERDAS"

Cerdik Catur Enterprise

Saturday, July 23, 2011

Keputusan MBPJ Age-Group Chess Championship 2011


Berikut adalah keputusan penuh bagi Kejohanan Catur Kategori Remaja Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang telah diadakan di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya pada 23 Julai 2011. Para peserta dibahagikan kepada kategori bawah 12 dan 18 tahun di mana mereka bermain sebanyak 5 pusingan Swiss dengan kawalan masa 25 minit setiap seorang. Kejohanan ini berlangsung dengan sangat lancar di mana majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada esok hari (24 Julai 2011) selepas berakhirnya acara Kejohanan Catur Terbuka MBPJ.

MBPJ AGE-GROUP CHESS CHAMPIONSHIP 2011 (U18)







Organizer(s) : Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya & Cerdik Catur Enterprise
Tournament Director : Candidate Master Mohd Fadli Zakaria


Chief or supervising arbiter : Mohd Faisal Zakaria



Town : Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya


Rating-Ø : 1244



Date : 2011/07/23










Final Ranking










Rank SNo. Name Rtg FED Pts BH.
1 1 Chan Sheng Yip 1725 MAL 5 15
2 4 Toh Yew Leong 1236 MAL 4 16
3 9 Benjamin Foh Chi Wei 0 MAL 4 13
4 12 Hew Kai Jun 0 MAL 3½ 10
5 3 Lee Qing Feng 1327 MAL 3 16½
6 8 Benedict Leong Mann Keong 0 MAL 3 16
7 2 Anis Fariha Saleh 1602 MAL 3 15½
8 20 Muhammad Ishak b M Ibrahim 0 MAL 3 14
9 16 Muhamad Syafiq b Ismail 0 MAL 3 12½
10 14 Kieren Low Chitra Karan 0 MAL 3 11½
11 10 Chai Cheng Yip 0 MAL 3 10
12 25 Lai Wei Jian 0 MAL 3 8½
13 24 Nurin Afifi 0 MAL 2 13½
14 7 Asadullah Qamar 0 MAL 2 12½
15 11 Ethan Ganes 0 MAL 2 12½
16 6 Arshad Muhammad Abd Malik 0 MAL 2 10½
17 17 Muhammad Amar b Ramzy 0 MAL 2 9
18 18 Muhammad Hamizi b Abdul Hadi 0 MAL 1½ 12
19 15 Mohamad Alif Aiman b Mohd Rom 0 MAL 1½ 12
20 23 Nur Amir b Paril Mohammed 0 MAL 1½ 9½
21 13 Ishaq Annas b Ahmad Masduki 0 MAL 1 15
22 5 Ang Jeng Nien 0 MAL 0 7
23 21 Muhd Fikry b Kamarulzaman 0 MAL 0 4
24 22 Nur Afiqah bt Azharan 0 MAL 0 3
25 19 Muhammad Ihsan Abd Muiz 0 MAL 0 2


Chan Sheng Yip yang mendapat mata penuh (5/5) menepati ramalan menjuarai Kategori Bawah 18 tahun manakala Yee Jian Yang yang berusia 10 tahun yang turut mendapat mata penuh telah menjadi juara kategori U12 di pertandingan ini.

MBPJ AGE-GROUP (U12) CHESS CHAMPIONSHIP 2011







Organizer(s) : Perpustakaan Komuniti PJ & Cerdik Catur Enterprise


Tournament Director : Candidate Master Mohd Fadli Zakaria


Chief or supervising arbiter : Mohd Faisal Zakaria



Town : Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya



Rating-Ø : 1237



Date : 2011/07/23










Final Ranking










Rank SNo. Name Rtg FED Pts BH.
1 1 Yee Jian Yang 1502 MAL 5 15½
2 3 Fahim Al-Faqeh Saleh 1253 MAL 4 16
3 7 Khairul Daniel Haiqal Khairul Azam 0 MAL 3½ 15½
4 2 Jagathees Guna Balan 1471 MAL 3½ 11½
5 11 Muhammad Azim b Mohd Ismail 0 MAL 3 12½
6 16 Ting Li Jie 0 MAL 3 12
7 5 Gan Ming Shen 0 MAL 3 12
8 9 Lee Zwoyang Ryan 0 MAL 2½ 15
9 8 Lee Zwohann Austen 0 MAL 2½ 13½
10 6 Hamzah Khas b Purwaji 0 MAL 2½ 13
11 12 Muhammad Hasif Hadri 0 MAL 2 13
12 17 Vicknesh Chelvam Jegathesh 0 MAL 2 12
13 14 Nishan Narayanan 0 MAL 2 9
14 4 Arthur Chang 0 MAL 1½ 11½
15 15 Thinaesh s/o Manoharan 0 MAL 1 10½
16 10 Muhammad Aizzat b M.Hishamuddin 0 MAL 0 10
17 13 Muhammad Hazyan b Hamdan 0 MAL 0 3







Gambar-gambar menarik semasa berlangsungnya kejohanan ini boleh dilihat di www.stonemaster.info

Related Posts with Thumbnails