Pages

Wednesday, September 11, 2013

Borang Pendaftaran Online Cabaran Cerdik Catur AMATUR 2013/14

Bagi anda yang berminat (dan memenuhi syarat) untuk menyertai pertandingan catur yang akan diadakan pada 12 Oktober ini, sila isikan borang pendaftaran seperti di bawah:




ANDA boleh juga download borang penyertaan Cabaran Cerdik Catur Amatur dengan klik DOWNLOAD

Monday, September 9, 2013

KERTAS CADANGAN LULUS..PIALA YDP MPSJ TAHUN 2013

KERTAS CADANGAN LULUS – KEJOHANAN CATUR TERBUKA PIALA YDP MPSJ TAHUN 2013 @ 7 Disember 2013 (Sabtu) Berita gembira..tadi pagi dapat panggilan daripada pihak berkenaan bahawa kertas cadangan untuk aktiviti catur – KEJOHANAN CATUR TERBUKA PIALA YDP MPSJ TAHUN 2013 sudah lulus..Hadiah lumayan wang tunai berjumlah RM5 ribu ++ dan lain-lain hadiah menarik akan disediakan kepada peserta dan pemenang..tunggu minggu ini atau minggu depan..borangnya akan dimuatkan di www.stonemaster.info dan www.cerdikcatur.blogspot.com

Pertandingan catur TERBESAR di Subang Jaya bagi tahun 2013 dari segi hadiah wang tunai dan lain-lain hadiah menarik..


 

LOKASI - CABARAN CERDIK CATUR AMATUR 2013/14

Lokasi pertandingan Cabaran Cerdik Catur Amatur 2013/14 pada 12 Oktober ini di Shah Alam ialah...

Tempat bertaraf eksklusif di Shah Alam iaitu KELAB SHAH ALAM. Pendaftaran secara ONLINE akan bermula esok di www.stonemaster.info dan www.cerdikcatur.blogspot.com. Sila daftar nama dan buat bayaran awal. Tempat sangat TERHAD iaitu hanya 130 peserta sahaja..Kepada peserta yang sudah daftar, sila baca nanti peraturan kecil/besar yang mesti dipatuhi yang telah ditetapkan oleh pihak Kelab Shah Alam..

Kemudahan riadah dalam Kelab Shah Alam hanya boleh digunakan oleh ahli Kelab Shah Alam. Sekiranya hendak menggunakan kemudahan lain seperti kolam renang,tenis,badminton dan etc..kena melalui ahli Kelab Shah Alam dengan bayaran tertentu. Nak jadi ahli Kelab Shah Alam, bukan murah.Tak silap SM dalam RM7 ribu..untuk kepastian kena rujuk Kelab Shah Alam.

Tapi kita ke sana nak main catur. Tempat di area melawati link (pemandangan swiming pool). Voucher diskaun makanan disediakan nanti kepada para peserta sahaja kalau nak makan di Kelab Shah Alam. Kalau tiada vouches diskaun, harga makanan lebih 30%. Dengan voucher makanan itu, boleh dapat makanan seperti nasi goreng bawah RM10 .

Makanan luar tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam kelab. Waktu tengahari nanti, anda ada pilihan makan sahaja di restoran kelab tersebut menggunakan voucher diskaun makanan atau keluar dari kelab naik kereta dalam 5-10 minit ke TESCO berdekatan makan di sana.


PERCUMA - BUFFET DINNER DI HOTEL BERTARAF 5 BINTANG DI KL !!

Sapa nak makan malam/buffet dinner PERCUMA di hotel bertaraf 5 bintang/5 star di KL ? Harga buffet dinner ialah RM 78 seorang..Bagi jee 1 voucher dapat makan malam free...hehehe..

Untuk dapat makan PERCUMA, anda hanya perlu menjadi peserta cabutan bertuah pertandingan Cabaran Cerdik Catur Amatur pada 12 Oktober ini..peserta bertuah akan terima 1 voucher percuma makan buffet dinner di Seri Pacific Hotel, KL. Sebab ada 2 voucher, 2 peserta bertuah akan dapat setiap seorang 1 voucher makan malam PERCUMA..anda boleh lepak sambil sental apa2 makanan kat Zende Restoran Seri Pacific Hotel KL dari jam 6.30 pm hingga 10 malam..yum yum..
 
Related Posts with Thumbnails