Pages

Saturday, March 26, 2011

Juara-Juara di Klang Parade Chess Championship 2011

Rasa-rasanya apa persamaan antara ketiga-tiga juara KPCC 2011?

Kejohanan Catur Klang Parade 2011 (KPCC 2011) telah berjaya diadakan dengan meriahnya pada 19-20 Mac yang lalu. Cerdik Catur Ent. telah turut terlibat mengendalikan kejohanan tersebut. Sejumlah 65 peserta telah mengambil bahagian di dalam Kategori Peringkat Umur 18 dan 12 tahun manakala 93 peserta di dalam Kategori Terbuka.


Jasur Madjidov - Juara Kategori Terbuka KPCC 2011 menerima trofi ,wang tunai RM 200 dan sijil yang disampaikan oleh Dato' Mohd Nadzli Othman.

Kam Jing Tze - Juara Kategori Umur Bawah 18 tahun menerima trofi, wang tunai RM 100 beserta sijil.

Leong Zhi Chen - Juara Kategori Umur Bawah 12 tahun menerima trofi, wang tunai RM60 serta sijil.


Ketiga-tiga juara tersebut telah mendapat markah penuh (6/6) di dalam pertandingan ini!

Keputusan penuh pertandingan catur ini boleh dilihat di link-link berikut:

OPEN CATEGORY

AGE-GROUP CATEGORY
 
Kerjasama mantap...StoneMaster Fadli bersama Hamid Majid di KPCC 2011
Lain-lain gambar menarik boleh klik --> KPCC 2011


Saturday, March 5, 2011

Klang Parade Chess Championships @ 19 dan 20 Mac 2011

Masanya tiba lagi! Sekali lagi untuk tahun yang ke-10, Klang Parade akan menganjurkan ‘Klang Parade Chess Championship 2011′ atau lebih mudah dipanggil dengan nama ‘KPCC 2011‘ yang terbahagi kepada 3 kategori. Kejohanan Catur Rapid Peringkat Umur (Bawah 12 dan 18 tahun) pada 19 Mac (Sabtu) manakala Kategori Terbuka pula akan diadakan pada 20 Mac (Ahad) 2011.
Format kejohanan adalah 6 pusingan Swiss Sistem, 25 minit seorang.  Pihak Cerdik Catur Enterprise juga akan mengadakan bazaar jualan peratan catur ke-16 di sana nanti. Jadi, jangan ketinggalan…jom kita sama-sama main catur sambil membeli-belah di Klang Parade!

Sila buat pra-daftar awal!  Borang kejohanan yang telah lengkap diisi boleh di faks ke 33437313 (Siti Nor Faiza) atau emel ke cerdikcatur@yahoo.com


Petikan iklan KPCC 2011 dari theSTAR online (4 March 2011):
Klang Parade open: The Klang Parade shopping mall, Datuk Arthur Tan Chess Centre and Cerdik Chess Enterprise are jointly organising the 10th Klang Parade open chess tournament at the shopping mall in Jalan Meru, Klang, on March 19 and 20. The tournament on March 19 is for players under the age of 18, while the event on March 20 is an open competition. Entry fees for the age group tournament are RM10 (players under 12) and RM15 (players under 18). For the open event, the entry fees are RM10 (players under 12) and RM15 (all other players). Contact Siti Nor Faiza (03-334 37889 office hours) or Mohd Fadli Zakaria (014-231 2370 or cerdikcatur@yahoo.com) for details.

Related Posts with Thumbnails