Pages

Monday, January 25, 2010

Pesta Jualan Peralatan Catur oleh Cerdik Catur Enterprise yang pertama

Semalam di kejohanan catur di Jeram Kuala Selangor, Cerdik Catur Enterprise telah buat pertama kalinya, mempromosikan perniagaan jualan peralatan catur di kejohanan tersebut. Sambutan yang hangat telah diterima dari kalangan peserta dan pengunjung kejohanan /restoran tersebut. Sebanyak 3 unit jam catur, 29 set catur dan 20 unit papan catur vinyl berjaya dijual dengan jumlah kutipan jualan lebih kurang sebanyak RM1,200.

Selain itu, Cerdik Catur Enterprise juga telah berjaya edarkan borang kejohanan Stonemaster Amatur yang akan diadakan pada 21 Mac 2010. Sebanyak 70 borang tersebut telah diambil oleh para peserta kejohanan tersebut. Borang Bengkel Catur yang akan diadakan di Kompleks 3C Subang Jaya, juga telah laris diambil. Sebanyak 40 borang tersebut telah diambil.

Bazar Jualan Peralatan Catur yang ke-2 dijangka akan diadakan pada bulan Februari nanti. Tempatnya akan dimaklumkan kelak.


Wednesday, January 13, 2010

How To Improve Your Chess – Bengkel Catur Bersama Coach Fadli @ 18 Mac 2010

Saban minggu, bermacam-macam aktiviti kejohanan catur dah dirancang dan diadakan untuk peminat-peminat catur tanah air. Dalam seronok-seronok masuk pertandingan catur untuk menang hadiah, kita juga perlu timba dan kongsi sedikit ilmu untuk tingkatkan skill atau kemahiran dan taktik bermain catur. Dah ramai juga yang tanya bila SM nak buat kursus/bengkel catur. Jadi, sempena musim cuti sekolah bulan Mac ini, jangan lepaskan peluang untuk hadiri Bengkel Catur “How to improve your Chess” yang dianjurkan oleh Kompleks 3C, Taman Bandar Sunway, Petaling Jaya di mana bengkel catur ini akan dikendalikan sendiri oleh SM..!

bengkel catur 3C

Lokasi aktiviti Bengkel Catur 3C:

Di sinilah Bengkel Catur ini akan dijalankan. Kompleks 3C….bukan Kompleks 3K (harap jangan keliru ye )

Google maps link: http://maps.google.com/maps/ms?ie=UTF8&oe=UTF8&msa=0&msid=116687689076491110895.00046a778ea6546964758


Gambar Kompleks 3C (Children Creativity Centre). Gambar diambil dari Laman Web MPSJ (Klik Imej)

SILA KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN BENGKEL CATUR

Resume Jurulatih Catur (Chess Coach) - Mohd Fadli Zakaria


MOHD FADLI BIN ZAKARIA A.K.A. StoneMaster A.K.A. Coach Fadli

Email : stonemaster_fadli@yahoo.com ;

seme_event@yahoo.com

Tel : 014-2312370 (hp)

Stonemaster AKA SM AKA Coach Fadli ingin menawarkan perkhidmatan latihan catur kepada individu dan kumpulan yang berminat.

Latar belakang Stonemaster :-

Bakat beliau dalam bidang catur terserlah semenjak di bangku sekolah lagi. Pada tahun 1986 iaitu ketika beliau baru berusia 16 tahun, beliau telah dilantik sebagai presiden kelab catur Sekolah Menengah Dato Jaafar, Johor Bahru. Bakat beliau juga terserlah dalam kepimpinan pelajar apabila menjadi ketua pengawas sekolah SDJ pada tahun yang sama. Pada tahun 1986 juga, beliau telah menjadi Naib Johan di Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor (MSSJ) acara individu dan dipilih mewakili MSS negeri Johor ke kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Kota Bahru, Kelantan.

Penglibatan beliau dalam pembangunan sukan catur bermula di bandar Shah Alam pada tahun 1990. Beliau adalah salah seorang penggerak kepada aktiviti sukan catur untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar catur. Hasil daripada aktiviti sukan catur tersebut, telah lahir beberapa pemain catur wanita dari bandar Shah Alam yang telah menjadi Juara Kebangsaan Wanita (NWM) beberapa tahun berikutnya.

Sebagai pemain, beliau pernah mencapai International FIDE rating setinggi 2250 pada tahun 1995. Dengan rating tersebut, beliau pernah menduduki 5 tempat teratas pemain catur aktif yang mempunyai rating antarabangsa tertinggi di Malaysia.

Dari segi kebolehan beliau melatih pemain catur, beliau mempunyai akademi latihan catur dan beberapa pelajarnya berjaya mencatitkan pencapaian yang membanggakan di peringkat remaja kebangsaan. Beliau pernah dilantik sebagai jurulatih jemputan kontinjen catur MSSM Negeri Sembilan pada bulan Mei 2007. Beliau juga telah dilantik sebagai jurulatih oleh Kelab Catur Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selama 5 bulan (Jan-Mei 2007) bagi persediaan ke kejohanan catur Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di USM, Pulau Pinang. Beliau juga telah dilantik sebagai jurulatih catur selama 1 tahun (Jan-Dec 2008) oleh Sports and Recreational Centre IIUM. Beliau juga telah dilantik sebagai jurulatih catur kebangsaan Paralimpik oleh Majlis Sukan Negara(MSN) ke kejohanan Asean di Korat, Thailand pada 17 Januari hingga 27 Januari 2008.

Beliau juga berkebolehan menjalankan aktiviti sukan catur. Antara kejohanan catur yang beliau pernah jalankan ialah kejohanan catur Unrated Stonemaster (2006), Kejohanan catur Amatur Stonemaster (2007) dan Kejohanan catur Pro/Amatur Stonemaster (2008). Pada tahun 2009 pula, beliau aktif menjalankan sessi bengkel/klinik catur serta seminar di serata Semenanjung Malaysia.

Beliau juga memiliki dan merupakan webmaster kepada laman blog catur yang terkenal iaitu www.stonemaster.info, www.stonemaster.info/kelab , www.stonemaster.info/training . Laman blog catur tersebut kini merupakan antara beberapa laman blog catur yang paling dikenali pemain dan peminat catur di seluruh Malaysia.


==============================================

1981

- Pada tahun 1981 (umur 12 tahun), beliau telah menyertai kejohanan catur tertutup yang dianjurkan oleh sekolahnya iaitu Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1 (STAR 1) Johor Bahru dan beliau berjaya menjuarai kejohanan catur tersebut.

1986
- Pada tahun 1986 (umur 16 tahun), beliau telah dilantik sebagai presiden Kelab Catur Sekolah Menegah Dato Jaafar (SDJ), Johor Bahru. Pada tahun yang sama, beliau telah menjadi Naib Johan di Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor (MSSJ) acara individu dan dipilih mewakili MSS negeri Johor ke kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Kota Bahru, Kelantan.

1990 -1992

- Merupakan salah seorang penggerak kepada pembangunan aktiviti sukan catur di bandar Shah Alam yang bermula pada tahun 1990. Hasil daripada aktiviti catur di Shah Alam, beberapa tahun kemudiannya, beberapa pemain catur wanita yang berasal dari Shah Alam telah berjaya menjadi Juara Kebangsaan Wanita dengan memperolehi title NWM.

1990-1995

- Merupakan jurulatih yang memperkenalkan seminar catur di auditorium di Selangor yang dihadiri oleh lebih 300 peserta dalam satu seminar pada awal tahun 90an.

- Mempunyai anak murid catur seramai lebih 500 orang di negeri Selangor, kawasan Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang pada awal tahun 90an.

1995

- Berjaya memperolehi International FIDE Rating setinggi 2250. Dengan FIDE Rating tersebut, beliau merupakan salah seorang daripada 4 sahaja pemain MELAYU di Malaysia yang pernah cecah International FIDE Rating 2250 hingga kini.

2003

- Mewakili dan membantu Pasukan Catur Kuala Lumpur memenangi kategori Pasukan Catur Terbaik Malaysia di kejohanan catur berpasukan Kebangsaan Merdeka 2003.

2006

- Menganjurkan 2 Kejohanan Catur Terbuka Stonemaster (For non-fide rated players) di Kuala Lumpur pada bulan Mei dan September 2006.

2007

- Melatih adik Nurul Aina Akma Rohizan selama 5 bulan iaitu dari bulan Dec 2006 hingga April 2007. Pencapaian terbaik adik Nurul Aina di bawah bimbingan beliau pada masa itu ialah menjuarai kejohanan catur National Age Group bawah 8 tahun (perempuan) peringkat preliminary pada bulan Mac 2007 dengan kemenangan 7 dari 7 perlawanan dengan menewaskan kesemua pemain terbaik catur negara perempuan bawah 8 tahun.

- Dilantik oleh Kelab Catur Universiti Pendidikan Idris (UPSI) selama 6 bulan (Jan-Jun 07) untuk melatih pasukan catur UPSI bagi persediaan ke Kejohanan Catur Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di USM, Pulau Pinang pada bulan Mei 2007. Pasukan Catur UPSI buat pertama kali dalam sejarah sukan itu berjaya memperolehi pingat gangsa.

- Pernah dilantik sebagai jurulatih jemputan untuk kontinjen Catur MSSM Negeri Sembilan pada bulan Mei 2007 selama 3 hari di Port Dickson, Negeri Sembilan.

- Pernah dijemput oleh SMK Desa Cempaka, Nilai Negeri Sembilan untuk mengendalikan Kem Bakat Catur di sekolah tersebut pada bulan Mei 2007.

- Menganjurkan 2 Kejohanan Catur Amatur Stonemaster pada bulan April dan November 2007. Kejohanan Catur Amatur pada bulan November telah mencatatkan sejarah penyertaan yang paling ramai (156 peserta) bagi kejohanan catur satu kategori (Kategori Terbuka).

- Mewakili Negara di kejohanan catur antara Malaysia lawan Singapura pada 14 hingga 16 December 2007 di Singapura.

2008

- Menganjurkan Kejohanan Catur PRO/Amatur Stonemaster di Kuala Lumpur pada Jan 2008.

- Telah dilantik oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai salah seorang jurulatih catur Kebangsaan Paralimpik ke kejohanan catur Paragames Asean di Korat, Thailand pada bulan Januari 2008. Buat pertama kali dalam sejarah sukan catur itu, Pasukan Catur Paralimpik Malaysia telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas di kejohanan tersebut.

- Telah dilantik dan ditawarkan kontrak selama 6 bulan oleh Perbadanan Putrajaya untuk mengendalikan klinik catur di Perpustakaan Presint 8 dan Presint 16, Putrajaya pada bulan Mei hingga November 2008.

- Telah dilantik dan ditawarkan kontrak 1 tahun mulai Jan-Dec 2008 oleh Sports and Recreational Centre IIUM melatih pasukan catur UIAM .

Antara pencapaian terbaik pasukan catur UIAM ini pada tahun 2008 di bawah bimbingan saya:-

a. Pasukan catur IPT terbaik di Kejohanan Catur Berpasukan Pesta USM.

b. Pasukan catur IPT terbaik di Kejohanan Catur Berpasukan UM di Kolej ke-9.

c. Buat pertama kali dalam sejarah pasukan Catur UIAM ini, pingat perak dan gangsa bagi kategori lelaki dan wanita (Individu) berjaya dimenangi oleh pasukan catur UIAM di kejohanan Catur Majlis Sukan Universiti (MASUM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu Sabah pada bulan Mei 2008.

d. Pasukan catur IPT terbaik di Kejohanan Catur Berpasukan Merdeka pada bulan Ogos 2008.

e. Pasukan catur Universiti Terbaik Malaysia di Kejohanan Catur World Inter-Varsity (GACC) di Universiti Malaya (UM) pada awal bulan Disember 2008.

- Telah dipanggil menjalankan beberapa sessi aktiviti klinik catur di Bandar Bukit Puchong pada bulan Disember 2008.

2009

- Telah dilantik sebagai jurulatih catur bagi Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban mulai Januari 2009.

- Telah dilantik Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 (SKPA2) sebagai jurulatih catur mulai Januari 2009. Buat pertama kali dalam sejarah sekolah itu, salah seorang pemain caturnya berjaya mewakili daerah ke kejohanan catur MSSS pada bulan Februari 2009.

- Telah dilantik dan disambungkan kontrak 1 tahun mulai Jan-Dec 2009 oleh Sports and Recreational Centre IIUM melatih pasukan catur IIUM.

- Telah dijemput untuk mengendalikan bengkel latihan catur di SMK Syed Petra 2, Kuala Krai, Kelantan pada bulan Januari 2009. Seramai lebih 150 peserta seluruh daerah Kelantan telah hadir di bengkel tersebut.

- Telah dilantik dan ditawarkan kontrak oleh Sekolah Kebangsaan Kapar, Klang sebagai jurulatih catur mulai Mei 2009.

- Telah menjalankan banyak aktiviti klinik catur dan kendalikan kejohanan catur bermula Januari 2009 hingga bulan Mac 2009 seperti 1. Klinik Catur + Mini Tourney Sessi pertama, 2. Kejohanan catur MINI For All, 3. Kejohanan Catur UNITAR AMATUR , 4. Klinik Catur + Mini Tourney Sessi ke-2 dan Kejohanan Catur Terbuka Individu UiTM Shah Alam.

- Telah berjaya memperkenalkan Kursus Kejurulatihan Catur 2009 (Tahap 1 dan Tahap 2) yang akan mula dijalankan di setiap negeri di Semenanjung Malaysia mulai bulan April 2009 bermula di Negeri Sembilan (6 April 2009) dan di negeri Kelantan (17 & 18 April 2009).

- Telah membantu pasukan catur IIUM (kategori lelaki) mendapat pingat perak di kejohanan catur Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang diadakan di UUM, Sintok, Kedah pada 17 Mei hingga 22 Mei 2009. Ini adalah kali ke-2 berturut-turut pasukan catur IIUM mendapat pingat perak di bawah bimbingan beliau.

- Telah dijemput oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai untuk mengadakan Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) yang telah diadakan pada 10 dan 11 Julai 2009 di SMK Syed Petra 2, Kuala Krai, Kelantan dan dihadiri oleh guru-guru catur dari seluruh negeri Kelantan.

- Telah berjaya memperkenalkan Bengkel Kecemerlangan Catur yang mula diljalankan di Kuala Lumpur pada 26 Julai 2009.

- Telah dijemput oleh SK Seksyen 9, Shah Alam pada 14 Oktober 2009 untuk mengendalikan bengkel catur kepada pelajar sekolah tersebut.

- Telah menjalankan latihan catur secara intensif di IIUM selama seminggu sebagai persediaan ke Kejohanan Catur Rakan Muda World Inter-Varsity (GACC) di Universiti Malaya (UM) dan telah membantu Pasukan Catur IIUM menduduki tempat ke-3 di kejohanan tersebut pada bulan November 2009.

- Telah berjaya mengilhamkan dan memperkenalkan Program Cerdik Catur Jarak Jauh (PCCJJ) yang akan dilancarkan di seluruh Malaysia mulai 2010.


Email : seme_event@yahoo.com ; stonemaster_fadli@yahoo.com

Tel : 014-2312370 (hp)

Related Posts with Thumbnails