Pages

Showing posts with label ADUN BANGI. Show all posts
Showing posts with label ADUN BANGI. Show all posts

Thursday, January 11, 2018

Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi 2018 Kali Ke-5


Pertandingan Catur PIALA ADUN BANGI 2018 KALI KE-5 pada 11 Februari 2018. Anjuran Pejabat ADUN Bangi..hadiah sungguh menarik..jumlah hadiah keseluruhan ialah RM 3,000.00 (wang tunai + piala + medal)..sijil penyertaan disediakan kepada semua peserta. Yuran penyertaan pula...MESRA RAKYAT..sangat murah iaitu hanya RM 15.00. Sila rujuk LAMPIRAN A untuk cara daftar dan syarat kelayakan.

Tuesday, October 21, 2014

Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi Ke-2


Jom catur Ahad ni...Yang berminat untuk sertai aktiviti ini, sila daftar online DI SINI (KLIK)
 

Sunday, December 29, 2013

KEPUTUSAN PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI 2013



Kamaluddin Yusof dan Puteri Munajjah Az-Zahraa Azhar yang masing-masing mendapat mata penuh telah menjadi juara bagi kategori masing-masing di Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi 2013 yang diadakan di Dewan Putra Kajang pada 28 Disember 2013. Pihak penaja telah bermurah hati untuk menambah hadiah wang tunai bagi Hadiah Khas Kategori Terbuka iaitu daripada RM 40 kepada RM 50 seorang.

ADUN BANGI OPEN WINNERS 
Keputusan penuh Kategori Terbuka boleh lihat di sini--> ADUN BANGI TERBUKA

IMG_0175 
En. Kamaluddin Yusof menerima piala dan hadiah wang tunai yang disampaikan oleh En. Dohari-Pegawai Sukan Pejabat ADUN Bangi & En. Rosli Yusof-Timbalan Ketua Pemuda DACS Serdang.

IMG_0156 
Puteri Munajjah Az-Zahraa Azhar menerima hadiah wang tunai RM 100 beserta medal atas kemenangannya.
ADUN BANGI U12 WINNERS 
Keputusan penuh kategori bawah 12 tahun boleh dilihat di sini--> ADUN BANGI BAWAH 12TAHUN

Friday, December 27, 2013

SILA SEMAK NAMA ANDA - PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI

Sila semak nama ANDA untuk Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi yang akan diadakan pada 28 Disember ini (Sabtu)..
http://chess-results.com/tnr120045.aspx?lan=1&zeilen=99999

Tuesday, December 24, 2013

23/12/13 JAM 11.50 PM - UPDATE TERKINI

23/12/13 JAM 11.50PM - UPDATE TERKINI PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI @28 DISEMBER 2013 -

A) 155 PESERTA DAFTAR AWAL - Setakat  ini  hanya 70 peserta yang buat bayaran yuran penyertaan. Mohon peserta buat bayaran yuran awal selewatnya 25 Disember untuk memudahkan pihak Cerdik Catur membuat pairing awal dan mempercepatkan pengurusan pendaftaran pada hari kejohanan.

B ) 156-165 PESERTA DARI PIHAK ADUN BANGI - Dimaklumkan selewatnya 25 Disember jam12 malam, berapa peserta dari 10 tempat yang dikhaskan kepada pihak ADUN Bangi akan sertainya.

C)166-175 WAITING LIST -Sekiranya ada peserta dari 155 peserta yang daftar nama awal tapi tidak buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember ini, nama mereka akan dikeluarkan dan pihak Cerdik Catur akan menghubungi peserta yang WAITING LIST menjemput mereka sertainya.

D) Dinasihatkan semua peserta yang sudah buat bayaran supaya maklumkan serta merta kepada CM Fadli untuk update nama dan bayaran untuk elakkan nama anda dikeluarkan/tertinggal.

E) Menunggu maklum balas daripada pihak penganjur sekiranya boleh ada tambahan meja dan kerusi kerana sebelumnya pihak penganjur hanya tetapkan 150 penyertaan sahaja. Total jumlah nama setakat ini ialah 175 nama.

F) Senarai nama peserta akan dikemaskinikan semula pada 25 Disember 2013 (Rabu) ini jam 8 pagi di semua laman web/blog Cerdik Catur untuk peserta SEMAK nama mereka..

G) Dimuatkan gambar 10 nama dalam WAITING LIST

JUMPA ANDA PADA 28 DISEMBER INI..
waiting list bangi

Sunday, December 22, 2013

UPDATE TERKINI PENDAFTARAN KEJOHANAN CATUR PIALA ADUN BANGI @ 28 DISEMBER 2013 (SABTU)

UPDATE TERKINI PENDAFTARAN KEJOHANAN CATUR PIALA ADUN BANGI @ 28 DISEMBER 2013 (SABTU)

Sila semak nama ANDA di link yang diberikan disini - https://drive.google.com/file/d/0Bzf0p3TkJ3ngenhnTjN1VGQzUUk/edit?usp=sharing

Sekiranya ada pembetulan, sila maklumkan kepada CM Fadli (014-2312370/016-3038892/cerdikcatur@yahoo.com)

Kepada peserta yang hanya daftar nama tanpa buat bayaran yuran penyertaan, sila emel atau wassapp salinan slip bayaran selewatnya 25 Disember ini. Peserta dalam senarai WAITING LIST, hanya boleh dibenarkan sertai sekiranya ada 155 peserta yang daftar awal, tidak membuat pembayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember ini atau tarik diri.

Dinasihatkan para peserta layari www.stonemaster.info/www.cerdikcatur.blogspot.com/www.caturbangi.blogspot.com untuk maklumat terkini aktiviti catur pada 28 disember ini dan juga pada 31 Disember ini iaitu Kejohanan Catur Kilat Lembaran 2014 yang akan diadakan pada jam 10.00 malam hingga 2.00 pagi .31 Disember, hari Selasa di Dewan Merbau, Seksyen 17, Shah Alam.

155 PESERTA SUDAH DAFTAR NAMA SERTAI PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI

155 peserta sudah daftar Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi yang akan diadakan pada 28 Disember ini..Pendaftaran selepas ini iaitu nama yang ke-156 dan ke atas, peserta tersebut akan disenaraikan dalam WAITING LIST. Sekiranya ada peserta yang sudah daftar awal 155 yang pertama tetapi tidak buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember 2013 (Rabu)..peserta yang dalam WAITING LIST akan dimasukkan dalam senarai utama 155 peserta menggantikan mana-mana peserta dalam senarai 155 terawal yang daftar tapi tidak buat bayaran yuran. Pihak penganjur hanya terhadkan 150 peserta sahaja untuk pertandingan catur kali ini.

Pendaftaran melebihi 100 peserta untuk kejohanan catur ini sudah dijangkakan dan diramalkan kerana beberapa sebab :

1) Semua 3 kejohanan catur terakhir yang diiktiraf sebagai CCR Rapid Rated Event yang diadakan di negeri Selangor cecah melebihi 200 peserta iaitu

a) Battle Chess II (daftar nama 480 peserta, yang dibenarkan sertai ialah 415 peserta)

b) Kejohanan Catur Rekreasi Alam Sekitar FRIM (daftar nama 275 peserta, yang dibenarkan sertai ialah 247 peserta)

c) Kejohanan Catur Terbuka Piala YDP MPSJ (daftar nama 320 peserta, yang dibenarkan sertai ialah 252 peserta)

2) Komuniti Cerdik Catur cecah 1 ribu peserta yang sudah ada CCR ID No. dan dijangka cecah 2 ribu Komuniti Cerdik Catur yang akan ada CCR ID No. akhir tahun 2014. Disebabkan Komuniti Cerdik Catur makin bertambah ramai, pihak kami menjangkakan ada pertandingan catur menarik tahun depan yang diiktiraf sebagai CCR Rapid Rated Event akan berjaya cecah 500 peserta.

Terima kasih di atas sokongan ANDA sertai aktiviti yang dikendalikan oleh Cerdik Catur.

Esok, pihak Cerdik Catur akan muatkan senarai 155 terawal yang daftar nama di www.stonemaster.info, www.cerdikcatur.blogspot.com dan www.caturbangi.blogspot.com. 155 peserta yang sudah daftar awal, dinasihatkan supaya buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 25 Disember ini. Selepas buat bayaran kepada CERDIK CATUR ENTERPRISE, maybank akaun no. 5648 1000 6279, sila emel (cerdikcatur@yahoo.com) atau wassapp CM Fadli (014-2312370) salinan slip bayaran yuran penyertaan. Sekiranya ANDA menghadapi masalah hendak emel atau wassapp salinan slip bayaran, sila maklumkan tarikh dan masa bank in, dan bawa slip bayaran tersebut pada hari pertandingan nanti.

Sunday, December 15, 2013

80 PESERTA SUDAH DAFTAR CATUR BANGI

PENDAFTARAN KEJOHANAN CATUR TERBUKA PIALA ADUN BANGI 2013@28 DISEMBER (SABTU)

Setakat ini 15 Dis jam 8.30 pagi, 80 peserta sudah daftar nama..penyertaan TERHAD kepada 150 peserta sahaja. Sila daftar nama dan buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 26 Disember ini..anda digalakkan daftar secara ONLINE di www.caturbangi.blogspot.com. Hadiah WANG TUNAI berjumlah RM 1,960 dan lain-lain hadiah juga disediakan kepada pemenang seperti medal, piala pusingan, hamper,hadiah misteri dan sijil penyertaan juga disediakan..

THIS IS A CCR RATED EVENT..sebanyak RM 5 ribu juga disediakan kepada peserta yang berjaya capai sasaran CCR 1600, CCR 1800 dan CCR 2000..
Bagi ZON TENGAH/KESELURUHAN..5 peserta pertama cecah CCR 1600, CCR 1800 dan CCR 2000 akan menerima SKIM GALAKAN berjumlah RM 100..bagi ZON SELATAN & UTARA..5 peserta pertama cecah CCR 1600, CCR 1800 dan CCR 2000 juga akan menerima RM 50 seorang..

Komunuti Cerdik Catur yang ada CCR ID No. setakat ini sudah melebihi 1 ribu peserta dan dijangka cecah 2 ribu peserta tahun 2014. Jom sertai Komuniti Cerdik Catur yang TERBESAR di Malaysia.. HEBAT !!!

cerdikcatur rating logo2

Friday, December 13, 2013

LOKASI PERTANDINGAN CATUR PIALA ADUN BANGI 2013

Lokasi Pertandingan Catur Piala ADUN Bangi pada 28 Disember 2013 (Sabtu)..seperti dimaklumkan oleh pihak penganjur kepada pihak Cerdik Catur.

Thursday, December 12, 2013

LAGI TAMBAHAN HADIAH DAN FLAYER BARU..3 MEDAL TERBAIK U8 & U10 DAN TERBAIK SWASTA

Dimuatkan flayer baru untuk Pertandingan Catur Terbuka Piala ADUN Bangi 2013 pada 28 Disember ini. Selain tambahan 3 medal untuk Top 3 Bawah 8 Tahun dan Top 3 Bawah 10 tahun, sudah sampai masanya ditambahkan lagi satu hadiah terbaik Kakitangan Swasta dalam kategori Terbuka. Untuk layak memenangi hadiah terbaik Kakitangan Swasta, anda hanya perlu bawa sekali sahaja 1 salinan pas kerja atau 1 salinan surat majikan atau bawa 1 name card..untuk simpanan pihak cerdik catur dan boleh digunakan selama 1 tahun sehingga akhir tahun depan 2014.



Tuesday, December 10, 2013

UPDATE 10 DIS - PENDAFTARAN PERTANDINGAN CATUR TERBUKA PIALA ADUN BANGI

Pertandingan Catur Terbuka Piala ADUN Bangi @ 28 Disember 2013 (Sabtu) -

60 peserta sudah daftar secara ONLINE di www.caturbangi.blogspot.com
Terima kasih kerana daftar secara online..ini memudahkan kerja pengurusan pendaftaran pemain dan mengurangkan kesilapan pihak penganjur yang mungkin terlepas pandang nama anda sekiranya daftar melalui sms dan emel.

Pihak kami telah melanggan pendaftaran secara online selama setahun dengan bayaran RM300++ yang boleh menampung pendaftaran nama sehingga 2 ribu nama setiap bulan tanpa ada apa-apa masalah untuk mana-mana pertandingan catur yang pihak kami wujudkan pendaftaran cara online.

Sila daftar awal, pendaftaran nama dan bayaran hanya diterima sehingga 26 Disember 2013 (Khamis)..Sekiranya pembayaran dibuat selepas 26 Disember 2013, DENDA RM10 dikenakan tertakluk juga masih ada lagi kekosongan tempat. Kali ini, pihak penganjur hanya menetapkan 150 tempat kekosongan sahaja. Jom ramai-ramai kita meriahkan aktiviti catur di bangi.


Related Posts with Thumbnails