Pages

Sunday, June 22, 2014

Terbukti lagi...!!!


Dua kejohanan catur terbuka yang dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise dalam masa 2 bulan ini iaitu Rapid Chess Challenge SelangorKU yang diadakan pada 4 Mei 2014 di Shah Alam dan Kejohanan Catur Terbuka Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya 2014 yang diadakan pada 14 &15 Jun 2014 di Petaling Jaya berjaya mencapai sasaran dan mencatitkan jumlah penyertaan melebihi 200 peserta bagi setiap kejohanan..

Walaupun kedua-dua kejohanan ini mempunyai konsep yang berbeza iaitu satu bermain di tempat terbuka (dalam khemah) dan satu lagi bermain di dalam dewan berhawa dingin, tetapi objektif dan sasaran peserta untuk sertai kedua-dua kejohanan yang berbeza konsep ini tercapai dengan cemerlangnya..bagi pihak Cerdik Catur Enterprise, kami mengucapkan ribuan terima kasih..

Sekiranya perancangan berjalan dengan lancar, para peminat catur di negeri Selangor dan tanahair akan sekali lagi dapat beradu minda di Shah Alam pada bulan Ogos ini dimana satu lagi kejohanan catur yang hebat..mungkin yang TERBESAR di negeri Selangor dari segi hadiah wang tunai tahun 2014.. akan diadakan..sama-sama kita tunggu maklumat dari pihak penganjur/penaja..dan kita mungkin juga akan beradu minda dalam catur kilat akhir bulan Ogos ini iaitu 30 atau 31 Ogos sekiranya satu lagi pihak penganjur/penaja meluluskan program aktiviti catur ini..

Friday, June 20, 2014

Kejohanan Catur Terbuka Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya 2014 - Meriah dan sangat lancar!


Sejumlah 206 peserta telah menyertai kejohanan ini yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kategori Peringkat Umur Bawah 12 tahun dan Bawah 17 tahun yang telah diadakan pada 14 Jun manakala Kategori Terbuka pula telah diadakan pada 15 Jun 2014. Kejohanan ini telah berlangsung dengan meriah dan sangat lancar di mana pusingan pertama telah bermula tepat pada pukul 10 pagi dan acara penutup serta penyampaian hadiah telah bemula tepat pada pukul 5 petang seperti yang dijadualkan.



Berikut adalah senarai nama pemenang hadiah bagi setiap kategori

 


Keputusan penuh Kejohanan Catur Terbuka Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya Yang Ke-4 boleh rujuk di link disediakan:

1) KATEGORI TERBUKA (85 peserta)

2) KATEGORI BAWAH 17 TAHUN (51 peserta)

3) KATEGORI BAWAH 12 TAHUN (70 peserta)

Berikut adalah antara beberapa gambar menarik yang diambil semasa berlangsungnya acara tersebut.




































Untuk melihat galeri gambar di flickr, sila KLIK SINI ->- FLICK 

 

Related Posts with Thumbnails