Monday, October 21, 2019
Jualan Peralatan Catur
Thursday, May 29, 2014
Bazaar catur di Gula Perlis Open Chess Challenge 2014
Kena serbu...Sebaik saja SM letakkan barang-barang untuk jualan di atas meja, ramai yang serbu...
Friday, March 8, 2013
KE ARAH MENAIKKAN IMEJ JUALAN PERALATAN CATUR SECARA PROFESIONAL
Thursday, May 31, 2012
STOK PERALATAN CATUR SAMPAI SEDIKIT DEMI SEDIKIT @ 31 MEI 2012
Dua kejohanan catur hebat akan dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise iaitu 1. Kejohanan Catur Bandaraya Petaling Jaya pada 23 hb Jun dan 24 hb Jun 2012 . 2. Kejohanan Catur Berpasukan KaSUGI pada 14 hb Julai dan 15 hb Julai 2012.
Sedikit demi sedikit, stok peralatan catur dah sampai untuk persediaan 2 kejohanan itu dan juga persediaan beberapa bengkel catur. Antara stok yang dah sampai ialah :
1. Papan catur keras LIPAT 4 (papan keras standard saiz antarabangsa), design baru. Dalam 2 minggu ni cuma ada 40 unit sahaja yang sampai. Jarang dapat kita jumpa yang lipat 4.
2. Buah catur (extra queen). Ada 200 unit. Stok banyak.
3. Papan demo catur (Jenis slot). Stok terhad. Ada 15 unit sahaja.
4. Uncang (jenis classy). Stok ada 400 unit.
5. Jam catur analog (jenama MOVE). Stok sediada.
6. Jam catur digital (jenama DGT easy gametimer). Stok sediada.
7. Jam catur digital (jenama DGT kramnik choice). Stok sediada.
8. Jam catur digital (jenama DGT north america). Stok sediada.
9. Jam catur digital (jenama DGT 2010). Stok sediada.
10. Jam catur digital (jenama SILVER). Stok sediada.
Cerdik Catur Enterprise akan juga buat bazaar peralatan catur pada hari Ahad ini (3 Jun 2012) di Kejohanan Catur Lim Chong Memorial di ATCC, Tingkat 4, Wilayah Kompleks KL. Kepada anda yang nak beli atau saja nak lihat2 peralatan catur, boleh jumpa di sana.
Friday, April 1, 2011
Senarai harga peralatan catur (APRIL 2011)
Monday, August 30, 2010
Promosi Istimewa Sempena Pesta Catur Malaysia di Cititel Hotel Midvalley @ 28 Ogos-7 Sept 2010
Jangan lupa semua! Cerdik Catur Enterprise akan mengadakan Bazaar Jualan Peralatan Catur di Cititel Hotel, Midvalley bersempena Pesta Catur Malaysia yang sedang berlangsung sekarang. Pastikan kamu tidak ketinggalan untuk dapatkan barangan seperti set catur, uncang buah catur, buku-buku catur, jam catur analog, jam catur digital dan lain-lain lagi di sana nanti!
JUMPA ANDA DI SANA!Tuesday, July 13, 2010
New Arrival - Jam Catur Digital Brand DGT Easy Plus (Kramnik Choice)

Akhirnya lengkaplah sudah jenis peralatan catur yang dijual oleh CM Fadli setelah sampainya jam catur digital. Sejak bazar jualan peralatan catur yang mula diperkenalkan oleh CM Fadli awal tahun ini hingga sudah jadi bazar jualan peralatan catur yang ke-10 di kejohanan catur Ole-Ole di Seksyen 18, Shah alam, stok jam catur digital sangat kurang dipegang oleh CM Fadli. Banyak jam catur analog yang dijual.
Kini, mulai hari ini, stok jam catur digital dah sampai. Para peminat catur yang nak beli jam catur digital ini atau peralatan catur yang lain, jangan segan-segan nak bertanya harga dan barang yang dikehendaki.
Dengan sampainya stok jam catur digital yang bermutu tinggi ini (DGT Easy Plus) maka, lengkaplah sudah kesemua barangan peralatan catur yang dijual oleh CM Fadli. Sila hubungi 014-2312370 kalau berminat nak beli apa-apa jenis peralatan catur yang diperlukan.
Model 'si cilik' sedang memperagakan buku2 dan peralatan catur
Bermacam-macam jenis peralatan catur yang dijual oleh Cerdik Catur Enterprise dengan harga yang sangat berpatutan. Antaranya Uncang Clasy (Rm2.50), Uncang Easy (RM3.50), Uncang Smarty (coming soon), Score Chess Book (RM2), Papan Catur Vinly (Saiz petak - 2.25 inci, 2 inci dan 1.75 inci), Set Buah Catur Solid, Buku-Buku Catur yang menarik, dan Jam Catur Analog dan Jam Catur Digital (New Arrival).
Friday, July 2, 2010
Bazaar jualan peralatan catur ke-9 oleh Cerdik Catur Enterprise di Telok Gong

En Azhar Mohd Said - salah seorang yang terlibat sebagai urusetia di dalam kejohanan catur Telok Gong PRO-AM ini. Walaupun tarikh pendaftaran telah ditutup (26 Jun) tapi kalau ada yang masih berminat untuk menyertai kejohanan ini, boleh hubungi StoneMaster Fadli di 014-2312370.
Friday, March 5, 2010
Memperkenalkan...UNCANG ‘CLASSY’ dan ‘EASY’ Untuk Buah-Buah Catur
Bazar Jualan Peralatan Catur yang pertama dan yang ke-2 telah dijalankan dengan jayanya oleh Team Cerdik Catur Enterprise. Bazar jualan yang ke-3 akan diadakan pada 21 Mac 2010 semasa kejohanan Catur SMASEL 2010 liga pertama di Dato’ Arthur Tan Chess Centre (DATCC) Kuala Lumpur.
Antara produk peralatan catur yang dijual dan mendapat sambutan hangit hangat ialah UNCANG untuk simpan buah-buah catur. Harganya sangat murah dan terjamin kualitinya. Terdapat 2 jenis uncang yang ingin diperkenalkan oleh Cerdik Catur Enterprise. Uncang jenis ‘CLASSY’ dijual dengan harga cuma RM 2.50 sahaja. Uncang jenis ‘EASY’ pula dijual dengan harga RM3.50 sahaja.
Apakah beza kedua-dua jenis uncang tersebut? Yang bezanya ialah kualiti kain dan juga yang jenis ‘EASY’ pula ada poket khas untuk selitkan papan catur yang digulung sekali. Baru pertama kali diperkenalkan produk ini minggu lepas di bazar jualan yang ke-2 di Seremban dan sebanyak 35 unit uncang telah berjaya dijual. Terdapat juga pakej istimewa yang ditawarkan untuk produk ini. Kalau nak beli dengan PAKEJ A iaitu Set Buah Catur (solid) + Papan Catur (vinyl) + Uncang jenis ‘CLASSY’ = RM23 sahaja. Kalau beli PAKEJ B pula iaitu Set Buah Catur (solid) + Papan Catur (vinyl) + Uncang jenis ‘EASY’ = RM24 sahaja… Murah kan? :)
Untuk TEMPAHAN dan ' QUOTATION' untuk jumlah yang banyak kepada sek. ren/men, universiti dan pihak yang berminat, sila hubungi En. Mohd Fadli - 014-2312370 /emel - seme_event@yahoo.com
Inilah produk istimewa keluaran Cerdik Catur Enterprise iaitu uncang buah catur jenis ‘EASY’. Mudah untuk bawa buah catur dan papannya sekali ke mana-mana sahaja.
Uncang buah catur jenis ‘CLASSY’ yang boleh didapati dalam pelbagai warna yang menarik
Kesemua produk uncang ini dibuat daripada kain yang bermutu dan dijahit kemas dan rapi agar tidak mudah koyak.
Monday, January 25, 2010
Pesta Jualan Peralatan Catur oleh Cerdik Catur Enterprise yang pertama
Semalam di kejohanan catur di Jeram Kuala Selangor, Cerdik Catur Enterprise telah buat pertama kalinya, mempromosikan perniagaan jualan peralatan catur di kejohanan tersebut. Sambutan yang hangat telah diterima dari kalangan peserta dan pengunjung kejohanan /restoran tersebut. Sebanyak 3 unit jam catur, 29 set catur dan 20 unit papan catur vinyl berjaya dijual dengan jumlah kutipan jualan lebih kurang sebanyak RM1,200.
Selain itu, Cerdik Catur Enterprise juga telah berjaya edarkan borang kejohanan Stonemaster Amatur yang akan diadakan pada 21 Mac 2010. Sebanyak 70 borang tersebut telah diambil oleh para peserta kejohanan tersebut. Borang Bengkel Catur yang akan diadakan di Kompleks 3C Subang Jaya, juga telah laris diambil. Sebanyak 40 borang tersebut telah diambil.
Bazar Jualan Peralatan Catur yang ke-2 dijangka akan diadakan pada bulan Februari nanti. Tempatnya akan dimaklumkan kelak.






















