Pages

Saturday, December 27, 2014

DIBATALKAN - KEJOHANAN CATUR KILAT AMBANG 2015 @ 31 DISEMBER 2014

DIBATALKAN - Kejohanan Catur Kilat Ambang 2015 @ 31 Disember 2014

HARAP MAKLUM...atas nasihat Kerajaan Negeri Selangor & nasihat DACS Malaysia supaya program akhir tahun 2014 di negeri Selangor ditangguh/dibatalkan..Kejohanan Catur Kilat Ambang 2015 yang dijadualkan pada 31 Disember 2014..telah dibatalkan bagi menghormati musibah yang sedang berlaku di 6 negeri..

Kenyataan media

PROGRAM ‘MALAM AMAL SOLIDARITI BANJIR’ DIBATALKAN

26 Disember 2014

1. Program yang dijadualkan pada hari Ahad ini, 28 Disember 2014 di Taman Lagenda Suria, Hulu Langat anjuran bersama Yayasan Al-Moqni Malaysia, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) Malaysia,Dacs  Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Kajang  dibatalkan.

2. Menerima nasihat daripada Kerajaan Negeri Selangor berikutan bencana banjir yang berlaku di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak agar program berbentuk hiburan dibatalkan bagi menghormati musibah yang sedang berlaku di sana.

3. Bagi pihak penganjur, kami bersimpati dengan apa yang berlaku dan menghormati nasihat yang diberikan kerana ianya diadakan di Selangor dan dalam masa yang sama atas keperihatinan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat agar ianya dibatalkan.

4. Sekali lagi kami memohon maaf kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di atas inisiatif asal penganjuran program ini serta kepada semua yang berhasrat hadir bagi tujuan menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir yang diumumkan awal sebelum ini.

Terima kasih.

Salman Haji Saleh
Pengarah,
Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) Malaysia.
bagi pihak Penganjur Program.

KENYATAAN MEDIA


YAB. MOHAMED AZMIN BIN ALI
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

26 Disember 2014

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak. Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai  98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir ; 35,331 orang daripada 9,918 keluarga di Kelantan, 29,604 daripada 7,317 keluarga di Terengganu 28,578 daripada 7,244 keluarga di Pahang dan 5,083 orang daripada 1,246 keluarga di Perak.

Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor amat bersimpati dengan mangsa – mangsa banjir dan keluarga masing – masing yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun.

Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat. Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat  terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT.

Saya telah berbincang dengan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi meneliti langkah – langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri – negeri yang terlibat.

Saya juga telah menghubungi YB Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk bersama – sama Kerajaan Negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini.

Sebagai tanda simpati Kerajaan Negeri Selangor, MMKN telah meluluskan sejumlah RM 1 juta untuk Kerajaan Negeri Kelantan ; RM 100 ribu masing – masing untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Perak.

Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan peruntukan RM 200 ribu bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh YB Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.

Untuk program pasca bencana banjir, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja – kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.

Seluruh jentera PBT Negeri Selangor akan diturunkan untuk kerja – kerja pembersihan sebaik sahaja air semakin surut bagi tujuan pembersihan sampah sarap dan sisa pepejal akibat banjir bagi menjamin kebersihan dan keselamatan rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapatkan sokongan kewangan daripada anak – anak syarikat, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri dan syarikat – syarikat swasta di Negeri Selangor untuk membantu menyediakan peralatan persekolahan termasuk pemberian beg sekolah dan pakaian seragam untuk pelajar – pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.

Delegasi Kerajaan Negeri Selangor akan turun ke Negeri Kelantan pada hari ini juga untuk menyampaikan bantuan disamping mengunjungi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kuala Krai dan beberapa daerah lain.

MMKN juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 menjelang Tahun Baru 2015 sebagai tanda kasih dan simpati kepada semua rakyat yang mengalami bencana banjir dan menjimatkan perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember 2014 di I – City, Shah Alam atas prinsip yang sama.

Kerajaan Negeri Selangor menggesa agar Kerajaan Persekutuan meluluskan geran bantuan bencana alam secepat mungkin bagi membantu kerajaan – kerajaan negeri mengatasi bencana banjir serta meringankan beban yang dialami rakyat dalam tempoh yang getir ini.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah berbincang dengan JAIS supaya semua masjid di Negeri Selangor mengadakan solat hajat sejurus solat Jumaat bagi memohon pertolongan Allah SWT agar kesejahteraan daun keselamatan rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak terus dilindungi dan dipelihara.

MOHAMED AZMIN ALI

Wednesday, December 17, 2014

Daftar Cara ONLINE & EMEL & PETA ke Kejohana Catur 21 Disember ini

85 peserta sudah daftar ONLINE untuk Kejohanam Catur Piala Y.B. Amirudin Shari pada 21 Disember ini (Ahad) di Taman Batu Caves..sila layari www.stonemaster.info & www.cerdikcatur.blogspot.com ...kepada peserta yang HADAPI MASALAH daftar secara ONLINE ,anda boleh bagi maklumat penuh dan hantar slip bayaran ke cerdikcatur@yahoo.com

Peta ke tempat kejohanan ini, sila rujuk gambar di bawah..


Thursday, December 11, 2014

BENGKEL CATUR - KOMPLEKS 3C, MPSJ @13 DISEMBER 2014 (SABTU)

REMINDER - Sabtu ini ..Riang Ria Cuti Sekolah BENGKEL CATUR pada 13 Disember 2014  di Kompleks 3C, MPSJ..mulai jam 9 pagi hingga 12 tengahari..yuran hanya RM20 sahaja..sijil penyertaan, minum pagi dan nota ringkas akan disediakan

Fasilitator ialah Candidate Master (CM) Mohd Fadli bin Zakaria ....Tajuk bengkel ialah "MARI BELAJAR TAKTIK"..akan diajar cara belajar taktik catur dengan betul..Dalam topik ini..akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 9 pagi hingga 10 pagi - Taktik Beginner / 10 pagi hingga 11 pagi - Taktik Intermediate / 11 pagi hingga 12 tengahari - Taktik Advance..JUMPA ANDA DI SANA NANTI..maklumat lanjut,sila layari www.stonemaster.info/training


Monday, December 1, 2014

Kejohanan Catur PeBT MPS 2014 - Piala Y.B. Amirudin Shari



Kepada anda yang berminat untuk sertai kejohanan catur ini, sila daftar online di sini:
  • Borang Penyertaan Kejohanan Catur PeBT MPS 2014 Piala Y.B. Amirudin Shari

  •  -
  • TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 20 DISEMBER 2014

    Yuran Penyertaan

    Pelajar Sekolah=RM 10

    Pelajar IPT=RM 15

    Lain-lain=RM 20

    dibayar kepada 'CERDIK CATUR ENTERPRISE'

    No. Akaun Semasa MAYBANK : 5648 1000 6279

  • Upload a File
  • Jika anda tidak dapat upload bank-in slip di sini, mohon maklumkan butiran bayaran (tarikh dan masa bank-in) kepada En. Fadli di talian 014-2312370 / 016-3038892 dan e-mel juga SLIP bayaran kepada cerdikcatur@yahoo.com

    Sila simpan & bawa slip bayaran pada hari kejohanan sebagai bukti. Terima kasih.

  • Should be Empty:
Related Posts with Thumbnails