Pages

Wednesday, April 28, 2010

Main catur sambil bersantai

Sekali lagi, Cerdik Catur Enterprise akan mengendalikan kejohanan catur pada 15 Mei 2010. Sebelum ini Cerdik Catur Enterprise telah terlibat dalam mengendalikan kejohanan catur 1st Leg SMASEL pada 31 Mac 2010, telah terlibat dalam pengendalian kejohanan catur di Klang Parade pada 3 dan 4 April 2010, telah terlibat dalam penganjuran Kejohanan Catur Piala MPP Zon Selatan 2010 di Kota Kemuning, Shah Alam pada 18 April 2010 dan akhir sekali, yang terbaru telah menganjurkan kejohanan catur 2nd leg SMASEL pada 25 April 2010.

Kali ini pada 15 Mei pula, Cerdik Catur Enterprise dengan KERJASAMA Restoran Selera Nelayan akan menganjurkan Kejohanan Catur StoneMaster De Laguna Park open/Junior Chess Championship 2010 di Laguna Park, Port Klang.

Apa yang menarik tentang kejohanan ini? Kalau anda hendak merasai udara laut yang nyaman, menghilangkan stress/tekanan disebabkan setiap hari dengan pekerjaan dan hendak melupakan sekejap kerja-kerja harian yang bertimbun-timbun, maka di sinilah tempatnya. Ada laut yang indah dan udara yang begitu nyaman dan tiupan angin yang kuat sekali. Tahun lepas Candidate Master (CM) Fadli telah ambil bahagian di kejohanan yang sama dan berjaya mendapat tempat ke-3. Kali ini, CM Fadli tidak main tetapi akan terlibat sebagai penganjur bersama Restoran Selera Nelayan. Untuk melihat berita dan gambar-gambar sekitar Kejohanan Terbuka Port Klang yang diadakan di Restoran Selera Nelayan pada tahun lepas (2009), sila klik DI SINI.

Jom ramai-ramai kita ke sana pada 15 Mei ini dan meriahkan lagi kejohanan ini. Jumpa anda di sana!

sm laguna park versi melayu

KLIK IMEJ UNTUK KELIHATAN LEBIH JELAS

Related Posts with Thumbnails