Pages

Showing posts with label Bazaar. Show all posts
Showing posts with label Bazaar. Show all posts

Monday, October 21, 2019

Jualan Peralatan Catur

Antara peralatan catur yang dijual: buah catur, papan catur, jam catur, buku catur, beg, uncang, demo board dan lain-lain...
Harga sangat berpatutan...sila klik di link SINI





Thursday, May 29, 2014

Bazaar catur di Gula Perlis Open Chess Challenge 2014


SM telah dijemput oleh pihak penganjur kejohanan iaitu Gula Perlis untuk membuka bazaar peralatan catur di kejohanan catur terbuka yang terbesar di Perlis ini yang telah diadakan pada 24 Mei yang lalu bersempena sambutan Keputeraan DYMM Raja Perlis yg ke-71.

SM bergambar bersama beg-beg yang sarat berisi peralatan catur sebaik saja tiba di Stesen Keretapi Arau dan menginap di Hotel Putra Palace, di mana kejohanan catur Gula Perlis Open Chess Challenge diadakan.  



Kena serbu...Sebaik saja SM letakkan barang-barang untuk jualan di atas meja, ramai yang serbu...

Laku macam goreng pisang panasss...


Pemandangan di dalam dewan pertandingan




Selepas hanya satu jam bazaar dibuka, hanya ini saja yang tinggal...

Makan tengahari di restoran dalam hotel.



Selepas tamat pertandingan catur, SM telah dijemput makan bersama di meja.VIP.. Yg sebelah tu, En Md Faudzi bin Rashid (Ketua Jabatan Pentadbiran/Perjawatan), YB Senator Tn. Hj. Abdul Shukor bin Sultan (penasihat kilang gula), Tn. Hj Ismail bin Samsu (pengurus besar kilang gula) dan En. Syaifulzamani bin Ismail....sedap betul nasi berani lauk kambing...hehe :)

Saturday, August 17, 2013

Bazaar Cerdik Catur di 33rd ASTRO Merdeka Rapid Open Chess Championship 2013


SM dan Team Cerdik Catur akan ‘berkampung’ di Cititel Midvalley untuk jualan bazaar peralatan catur sempena Kejohanan Catur Rapid Berpasukan ASTRO Malaysian Chess Festival 2013.



Thursday, May 31, 2012

STOK PERALATAN CATUR SAMPAI SEDIKIT DEMI SEDIKIT @ 31 MEI 2012

Dua kejohanan catur hebat akan dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise iaitu 1. Kejohanan Catur Bandaraya Petaling Jaya pada 23 hb Jun dan 24 hb Jun 2012 . 2. Kejohanan Catur Berpasukan KaSUGI pada 14 hb Julai dan 15 hb Julai 2012.

Sedikit demi sedikit, stok peralatan catur dah sampai untuk persediaan 2 kejohanan itu dan juga persediaan beberapa bengkel catur. Antara stok yang dah sampai ialah :

1. Papan catur keras LIPAT 4 (papan keras standard saiz antarabangsa), design baru. Dalam 2 minggu ni cuma ada 40 unit sahaja yang sampai. Jarang dapat kita jumpa yang lipat 4.

                 

2. Buah catur (extra queen). Ada 200 unit. Stok banyak.

                 

3. Papan demo catur (Jenis slot). Stok terhad. Ada 15 unit sahaja.

                 

4. Uncang (jenis classy). Stok ada 400 unit.

                 

5. Jam catur analog (jenama MOVE). Stok sediada.

                 

6. Jam catur digital (jenama DGT easy gametimer). Stok sediada.

                 

7. Jam catur digital (jenama DGT kramnik choice). Stok sediada.

                 

8. Jam catur digital (jenama DGT north america). Stok sediada.

                 

9. Jam catur digital (jenama DGT 2010). Stok sediada.

                 

10. Jam catur digital (jenama SILVER). Stok sediada.

 

   

Cerdik Catur Enterprise akan juga buat bazaar peralatan catur pada hari Ahad ini (3 Jun 2012) di Kejohanan Catur Lim Chong Memorial di ATCC, Tingkat 4, Wilayah Kompleks KL. Kepada anda yang nak beli atau saja nak lihat2 peralatan catur, boleh jumpa di sana.

 

Thursday, March 22, 2012

WOW !! LAWANYA !! New Arrival Papan Catur Saiz Petak 2 Inci x 2 Inci. Jangka Sampai 2 April 2012.

Lawanya papan catur saiz petak 2 inci x 2 inci. Ada 3 warna papan tuu iaitu warna coklat meru + coklat muda + warna putih. Jangka sampai 2 April 2012. Stok terhad. Sampai dalam 250 kuantiti sahaja. Siapa nak order sila buat tempahan awal. Boleh ambil selepas pada 2 April nanti. Harga ialah RM25 untuk buah solid (warna putih)+papan saiz petak 2 inci x 2 inci +uncang classy. RM28 untuk buah solid (warna kuning)+papan saiz petak 2 inci x 2inci + uncang classy. Papan sahaja ialah RM12 seunit.

Monday, August 30, 2010

Promosi Istimewa Sempena Pesta Catur Malaysia di Cititel Hotel Midvalley @ 28 Ogos-7 Sept 2010

Jangan lupa semua! Cerdik Catur Enterprise akan mengadakan Bazaar Jualan Peralatan Catur di Cititel Hotel, Midvalley bersempena Pesta Catur Malaysia yang sedang berlangsung sekarang.

Pastikan kamu tidak ketinggalan untuk dapatkan barangan seperti set catur, uncang buah catur, buku-buku catur, jam catur analog, jam catur digital dan lain-lain lagi di sana nanti!

JUMPA ANDA DI SANA!

Tuesday, July 13, 2010

New Arrival - Jam Catur Digital Brand DGT Easy Plus (Kramnik Choice)



Akhirnya lengkaplah sudah jenis peralatan catur yang dijual oleh CM Fadli setelah sampainya jam catur digital. Sejak bazar jualan peralatan catur yang mula diperkenalkan oleh CM Fadli awal tahun ini hingga sudah jadi bazar jualan peralatan catur yang ke-10 di kejohanan catur Ole-Ole di Seksyen 18, Shah alam, stok jam catur digital sangat kurang dipegang oleh CM Fadli. Banyak jam catur analog yang dijual.

Kini, mulai hari ini, stok jam catur digital dah sampai. Para peminat catur yang nak beli jam catur digital ini atau peralatan catur yang lain, jangan segan-segan nak bertanya harga dan barang yang dikehendaki.

Dengan sampainya stok jam catur digital yang bermutu tinggi ini (DGT Easy Plus) maka, lengkaplah sudah kesemua barangan peralatan catur yang dijual oleh CM Fadli. Sila hubungi 014-2312370 kalau berminat nak beli apa-apa jenis peralatan catur yang diperlukan.

Model 'si cilik' sedang memperagakan buku2 dan peralatan catur

Bermacam-macam jenis peralatan catur yang dijual oleh Cerdik Catur Enterprise dengan harga yang sangat berpatutan. Antaranya Uncang Clasy (Rm2.50), Uncang Easy (RM3.50), Uncang Smarty (coming soon), Score Chess Book (RM2), Papan Catur Vinly (Saiz petak - 2.25 inci, 2 inci dan 1.75 inci), Set Buah Catur Solid, Buku-Buku Catur yang menarik, dan Jam Catur Analog dan Jam Catur Digital (New Arrival).

Friday, July 2, 2010

Bazaar jualan peralatan catur ke-9 oleh Cerdik Catur Enterprise di Telok Gong



Ahad ini (4 Julai 2010) SM akan berada di Telok Gong sempena Kejohanan Catur PRO-AM (butirannya DI SINI). SM ke sana bukan sebagai penganjur atau pengendali kejohanan tetapi SM ke sana untuk turut sertai kejohanan tersebut di samping mengadakan bazaar jualan peralatan catur secara besar-besaran di sana nanti hehe. Satu ruang khas akan disediakan oleh pihak penganjur kepada team Cerdik Catur untuk jualan barangan peralatan catur. Pelbagai barangan seperti set catur, papan vinyl pelbagai saiz, jam catur, buku score sheet, uncang buah catur, buku-buku taktik, buku-buku Grand Master dan sebagainya akan dijual di sana. Buku catur edisi pertama dari Candidate Master (CM) Fadli sendiri yang berjudul 'How to Improve Your Chess' juga akan mula dijual selepas Hari Raya nanti.


En Azhar Mohd Said - salah seorang yang terlibat sebagai urusetia di dalam kejohanan catur Telok Gong PRO-AM ini. Walaupun tarikh pendaftaran telah ditutup (26 Jun) tapi kalau ada yang masih berminat untuk menyertai kejohanan ini, boleh hubungi StoneMaster Fadli di 014-2312370.


Related Posts with Thumbnails