LAPORAN RASMI
KEJOHANAN CATUR TERBUKA PIALA DATUK BANDAR PETALING JAYA 2026
1.0 PENGENALAN
Kejohanan Catur Terbuka Piala Datuk Bandar Petaling Jaya 2026 telah berjaya dianjurkan pada hari Sabtu, 13 Jun 2026 bertempat di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), No.1 Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya, Selangor.
Program berlangsung bermula jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta dan pengagihan cenderamata. Pertandingan diteruskan sehingga selesai pusingan terakhir sebelum Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Bandar Petaling Jaya pada jam 5.00 petang.
Selain pertandingan catur, program turut dimeriahkan dengan sesi Cabutan Bertuah yang diadakan pada jam 12.00 tengah hari sebelum bermulanya Pusingan Keempat serta Cabutan Bertuah Utama selepas majlis penyampaian hadiah.
2.0 OBJEKTIF KEJOHANAN
1. Menggalakkan perkembangan sukan catur dalam kalangan masyarakat.
2. Mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan catur.
3. Menyediakan platform pertandingan yang kompetitif kepada pemain pelbagai peringkat umur.
4. Mengeratkan hubungan antara komuniti catur dari seluruh negara.
5. Mempromosikan Petaling Jaya sebagai pusat penganjuran kejohanan catur bertaraf kebangsaan.
3.0 PENCAPAIAN DAN FAKTA MENARIK
Kejohanan ini merupakan kali ke-3 berturut-turut diadakan di lokasi yang sama iaitu Dewan Bankuet MBPJ dan telah mencatatkan kejayaan yang amat memberangsangkan dengan penyertaan seramai 501 orang peserta dari seluruh negara.
Antara pencapaian utama kejohanan ialah:
• Berjaya mencapai sasaran 500 peserta.
• Penyertaan daripada sekurang-kurangnya 10 negeri dan wilayah.
• Hampir 90% peserta datang dari Lembah Klang.
• Kategori Bawah 14 Tahun dan Bawah 11 Tahun menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan penyertaan.
• Penyertaan wanita melebihi 100 orang peserta.
• SRAI Taman Keramat muncul sebagai kontinjen sekolah terbesar.
• Menjadi antara kejohanan catur terbuka terbesar di Lembah Klang bagi tahun 2026.
4.0 ANALISIS PENYERTAAN
4.1 Penyertaan Mengikut Negeri
Negeri | Bilangan |
Selangor | 348 |
Wilayah Persekutuan | 100 |
Pahang | 13 |
Negeri Sembilan | 9 |
Perak | 9 |
Johor | 7 |
Melaka | 5 |
Kedah | 3 |
Kelantan | 3 |
Pulau Pinang | 1 |
Jumlah | 501 |
Selangor merupakan penyumbang terbesar dengan 348 peserta atau 69.5% daripada keseluruhan penyertaan. Jika digabungkan dengan Wilayah Persekutuan, kedua-dua kawasan ini menyumbang hampir 90% daripada jumlah peserta.
4.2 Penyertaan Mengikut Kategori
Kategori | Bilangan |
Bawah 14 Tahun (B14) | 124 |
Bawah 11 Tahun (B11) | 129 |
Terbuka | 92 |
Bawah 08 Tahun (B08) | 49 |
IPT | 59 |
Bawah 17 Tahun (B17) | 48 |
|
|
Jumlah | 501 |
Kategori Bawah 11 Tahun merupakan kategori paling popular dengan 129 peserta, diikuti kategori Bawah 14 Tahun dengan 124 peserta.
4.3 Penyertaan Mengikut Jantina
Jantina | Bilangan |
Lelaki | 397 |
Perempuan | 104 |
|
|
Jumlah | 501 |
Penyertaan wanita melepasi angka 100 orang, menunjukkan perkembangan positif penglibatan pemain wanita dalam sukan catur.
5.0 KEPUTUSAN KEJOHANAN
Kejohanan telah mempertandingkan enam kategori utama iaitu:
1. Terbuka
2. IPT
3. Bawah 17 Tahun
4. Bawah 14 Tahun
5. Bawah 11 Tahun
6. Bawah 08 Tahun
Keputusan penuh bagi semua kategori dilampirkan dalam Lampiran Keputusan Rasmi Kejohanan.
Rujuk link di chess-results >> https://s2.chess-results.com/tnr1433709.aspx?lan=1&art=79&turdet=YES&SNode=S0&tno=1433709&zeilen=99999
6.0 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN
Kejohanan telah dikendalikan oleh pasukan pengurusan dan pengadil yang berpengalaman bagi memastikan perjalanan pertandingan berjalan lancar, teratur dan mematuhi Undang-undang Catur FIDE.
Tugas utama melibatkan:
• Pendaftaran peserta.
• Pengurusan keputusan dan pairing.
• Pengurusan dewan pertandingan.
• Pengendalian cabutan bertuah.
• Penyelarasan majlis penutup dan penyampaian hadiah.
• Kawalan teknikal pertandingan.
7.0 GAMBAR
Boleh lihat gambar-gambar menarik di link2 berikut:
https://www.facebook.com/media/set/?vanity=libpkpj&set=a.1434317475385895
8.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, Kejohanan Catur Terbuka Piala Datuk Bandar Petaling Jaya 2026 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti catur seluruh negara.
Penyertaan seramai 501 orang peserta membuktikan kejohanan ini mempunyai daya tarikan yang tinggi dan berpotensi untuk terus berkembang sebagai salah satu kejohanan catur utama di Malaysia.
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), para penaja, pegawai pertandingan, sukarelawan, ibu bapa, guru-guru serta semua peserta yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran kejohanan ini.
Disediakan oleh,
Johaari bin Ismail
FIDE Arbiter (FA) – FIDE ID 5763991
Tournament Director & Chief Arbiter
Cerdik Catur Enterprise

