Pages

Tuesday, September 28, 2010

PETA KE MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ)


Kepada para peserta yang ingin menyertai Kejohanan Catur Terbuka Ampang Aidilfitri 2010 pada 2 Oktober 2010 (SABTU) tetapi tidak tahu di mana, disediakan peta di atas untuk rujukan.




Friday, September 17, 2010

Lagu Reach nyanyian Gloria Estefan Lagu Tema Olimpik Terbaik ??

Ramai peminat dan pengkritik berpendapat bahawa lagu 'Reach' nyanyian Gloria Estefan adalah lagu tema rasmi Olimpik 1996 yang terbaik hingga kini. Lagu ini banyak juga memberi inspirasi dan kejayaan yang di luar dugaan kepada sesiapa yang mendengarnya. Banyak cerita telah didengar seperti apabila lagu ini dimainkan dan dinyanyikan kepada sesuatu pasukan, pasukan itu berjaya menjadi johan atau mencatitkan keputusan di luar dugaan.

SM ingin mengambil kesempatan ini untuk tujukan lagu 'reach' ini dan mengucapkan selamat berjaya kepada pasukan catur negara yang akan berentap di kejohanan catur Olimpik di Rusia September ini. Akhir kata, selamat mendengar dan semoga terhibur.

Anda boleh dengar lagu ini juga iaitu video klip album reach nyanyian gloria estefan di SINI




Thursday, September 9, 2010

Kejohanan Catur Terbuka Ampang Aidilfitri 2010

Sempena bulan Syawal ini, satu kejohanan catur terbuka anjuran bersama Chess Club @ Ampang dan Cerdik Catur Enterprise akan diadakan pada hari Sabtu, 2 Oktober 2010 di Galeri Tingkat 4, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah Kuala Lumpur. Kejohanan catur terbuka rapid sebanyak 7 pusingan Swiss ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 2140. Butiran kejohanannya boleh dilihat di poster di bawah:


Klik imej untuk kelihatan lebih jelas

URUSETIA KEJOHANAN :

Abdul Hakim bin Noordin – Pengarah Kejohanan

Mohd. Fadli bin Zakaria – Ketua Arbiter

Mohd Faisal bin Zakaria – Penolong Ketua Arbiter

‘Datin’ – Pairing Arbiter

Nurul Farah Omar – Pengurus Bazaar Peralatan Catur yang ke-12

CARA PENDAFTARAN

Sila sms/emel (014-2312370/seme_event@yahoo.com) nama lengkap dan tarikh lahir. Sila maklumkan juga kategori anda seperti pelajar IPT atau kakitangan kerajaan atau cikgu atau pelajar sekolah rendah atau menengah kerana terdapat hadiah-hadiah sampingan bagi kategori-kategori tersebut. Selepas itu sila semak nama anda di laman web catur www.stonemaster.info di artikel PRA-DAFTAR dalam masa 2 hari selepas anda sms/emel nama anda. Sekiranya nama anda masih tiada lagi dalam senarai nama PRA-DAFTAR, sila maklumkan sekali lagi.

Lain-lain perkara :

1. Sijil penyertaan hanya akan diberikan kepada peserta yang memohon 2 hari sebelum kejohanan bermula.

2. Hadiah tambahan akan juga disediakan sekiranya perlu nanti.

Hadiah-hadiah menarik dan Jamuan Hari Raya disediakan! Jadi apa yang ditunggu lagi…jom daftar sekarang!

KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK MUAT TURUN BORANG KEJOHANAN


Related Posts with Thumbnails