Pages

Sunday, August 13, 2017

Catur Amatur Bagan Lalang @Sepang sempena Pesta Pantai 2017


🔜10 September 2017 (Ahad) Kategori Terbuka & Bawah 12 Khas untuk WARGANEGARA MALAYSIA sahaja. Hanya untuk Amatur: ELO 1750 dan ke bawah atau tiada FR. 🎁Hadiah berjumlah RM 3000++(wang tunai/trofi/medal)
💰Yuran diskaun RM 5 jika daftar dan bayar sebelum 1 September!
🌟Terhad 150 org Peserta
Jom... let's go

DAFTAR ONLINE DI SINI (KLIK)
 

Friday, August 11, 2017

Institut Kecemerlangan Catur (ICE) Sunday Rapid Chess Series (13 OGOS 2017)

Bagi anda yang berkelapangan Ahad ni...jom2 kita main catur di Akademi Catur Kebangsaan!

Institut Kecemerlangan Catur (ICE) Sunday Rapid Chess Series kembali dengan Siri 3 yang dijadualkan berlangsung pada 13 Ogos 2017.

Kategori 3 - FIDE rating antara 1501 - 1800 (30 minit kawalan masa)
Kategori 4 - FIDE rating antara 1201 - 1500 (kawalan masa 30 minit)
Kategori 5 - FIDE rating di bawah 1200 (kawalan masa 15 minit)
Mereka yang tanpa rating FIDE akan bermain di dalam Kategori 5.

Yuran penyertaan adalah RM 20 setiap peserta dan semua peserta akan bermain sekurang-kurangnya 5 pusingan.

Skor 60 peratus dan ke atas dalam tiga kejohanan kategori 5 akan melayakkan pemain sebagai Kategori 4 manakala skor 70 peratus ke atas dalam dua kejohanan kategori 4 akan melayakkan pemain sebagai Kategori 3.
Sijil penyertaan diberikan kepada semua peserta.

*Hadiah (Tajaan Cerdik Catur Enterprise):
Kategori 3 – Juara RM 100
Kategori 4 – Juara RM 100
Kategori 5 – Juara RM 150,  Naib Juara RM 100, Ke-3 RM 50

Tentatif Program  (13 Ogos 2017):
8:00 - 9:00 Pengesahan Pendaftaran
9:30 - 10:00 Pusingan 1
10:15 - 10:45 Pusingan 2
11:00 - 11:30 Pusingan 3
11.45 - 12:15 Pusingan 4
Makan tengah hari
13:30 - 14:00 Pusingan 5
14:15 - 14:45 Pusingan 6
15:00 - 15:30 Pusingan 7
16:00 Majlis Penyampaian Hadiah

*Pihak penganjur berhak meminda peraturan / jadual masa setiap pusingan / menambah hadiah sekiranya perlu.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mr. Peter Long +60 18-368 8662 
Akademi Catur Kebangsaan
Institute for Chess Excellence
69-2 & 69-3, Jalan Puteri 2/3,
Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong New Village,
Selangor, Malaysia

Thursday, August 3, 2017

KEJOHANAN TERBUKA CATUR MERDEKA YPC 2017



Terbuka kepada semua penuntut IPT dan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia...
Jom-jom...Jangan lepaskan peluang ini...
Yuran Murah!!! Hadiah Lumayan!!! Hadiah medal, hamper dan Wang Tunai melebihi RM 19,000!!! Ada hadiah individu dan ada hadiah utk Pasukan Terbaik!!! Cabutan Bertuah!!! Sarapan dan makanan tengahari PERCUMA!!! Sijil Penyertaan disediakan!!! 
Tempat Terhad... Siapa Cepat Dia Dapat!!! Daftar Sekarang!!!

PENDAFTARAN SECARA ONLINE--->KLIK SINI

Tuesday, August 1, 2017

Senarai pemenang hadiah Kejohanan Catur PAKGAM 2017

Menepati sasaran! Sejumlah 120 peserta telah beradu minda di Kejohanan Catur PAKGAM sempena Karnival Gitaris 1Malaysia yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Klang pada 30 Julai yang lalu.



  
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai dan menjayakan acara yang julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Amal Kebajikan Anak Malaysia (PAKGAM) ini. 

Related Posts with Thumbnails