Pages

Wednesday, July 16, 2014

Memartabatkan & membudayakan sukan catur kilat di negeri Selangor

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kejohanan catur kilat iaitu PeBT MBSA, Department of Arts, Culture & Sports (DACS) dan juga Belia Ehsan Selangor dan juga pihak SelangorKU..Ramadhan Chess Blitz Fighter SelangorKU telah diadakan pada cuti umum Nuzul Quran 15 Julai 2014 (Selasa) bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 2.30 petang. Kejohanan kali ini diadakan di Dewan Merbau, Seksyen 17 Shah Alam, Selangor.

Seramai 54 orang peserta dari pelbagai peringkat umur telah menyertai aktiviti ini..Pertandingan dijalankan mengikut format 14 pusingan Swiss dengan kawalan masa 5 minit seorang. Di Malaysia, konsep permainan catur seperti 5 minit seorang ini sangat digemari oleh kebanyakan peminat catur dan mempunyai pengikutnya sendiri tetapi jarang sekali diadakan..walaupun negeri Selangor mempunyai persatuan catur negeri dan juga beberapa penggerak/pengiat catur lain di negeri Selangor, tapi malangnya dan sedihnya, ia tidak mendapat perhatian malah diabaikan langsung..dan pada pendapat peribadi CM Fadli..mungkin 'mereka' asyik syok sendiri dengan 'National Rating' mereka ..kerana boleh mendapatkan pendapatan lumayan hasil daripada mengenakan cukai2 NR seperti RM2 sekepala dan juga levi2 baru seperti RM300 setiap kejohanan...

Di Malaysia, kejohanan catur kilat ini boleh dikira dengan jari jumlah diadakan sejak 3 tahun kebelakangan ini..maka di sini seperti biasa, Cerdik Catur Enterprise sekali lagi tampil dengan idea2 dan usaha untuk mewujudkan satu lagi komuniti catur baru yang gemar bermain catur kilat..antara usaha yang sedang dijalankan ialah dengan KERAP membuat kejohanan catur kilat, sentiasa berusaha mendapatkan DANA dari pihak penganjur/penaja dan yang TERBAIKnya sekarang ialah kini Komuniti Cerdik Catur Kilat sudah ada RATING CATUR KILAT iaitu CCR Blitz sendiri..setakat ini, seramai 263 peserta sudah ada dalam senarai CCR Blitz..HEBAT !!!..dan lagi MENARIKNYA pula, Komuniti Catur Kilat mempunyai laman blog caturnya sendiri..wow! wow! sila layari www.caturblitz.blogspot.com. 

Yuran penyertaan catur kilat juga sentiasa dikekalkan kepada kadar harga yang murah..bukan seperti beberapa pengiat catur lain yang dah mula naikkan yuran penyertaan catur sampai ke tahap yang membimbangkan iaitu RM30 hingga RM60 seorang dengan alasan kos pengendalian mahal dan terpaksa menggunakan duit yuran untuk pemberian hadiah2 dan caj pengendalian tanpa mereka usaha mendapatkan penaja2 untuk mendapatkan DANA untuk aktiviti seperti ini..

Diharap bulan hadapan ini iaitu bulan Ogos, sekiranya mendapat kelulusan daripada pihak penganjur Komuniti Catur Kilat dan ada tarikh baru yang sesuai akan dapat berkumpul sekali lagi untuk beradu minda untuk aktiviti catur kilat ini..

Sekali lagi, diucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Muriza Hazrul yang begitu berminat dan sentiasa membantu pihak Cerdik Catur untuk pastikan aktiviti catur yang diadakan di Negeri Selangor berjalan dengan lancar dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu pengurusan aktiviti catur setiap tahun di negeri Selangor...
Ini kalilah !!!..



  
Untuk membaca dan melihat gambar2 menarik semasa acara Ramadan Chess Blitz ini diadakan, sila klik di SINI  

 


Saturday, July 5, 2014

RAMADHAN CHESS BLITZ FIGHTER @ 15 JULAI 20149 (SELASA)





Hebat !!! Ke arah memartabatkan & membudayakan sukan catur kilat di negeri Selangor..satu jenis permainan yang penuh dengan STRATEGI dan TAKTIK yang luar biasa dan menggerunkan yang memerlukan penggunaan kedua-dua otak kiri & kanan kita untuk menyelesaikan masalah yg wujud dalam mana-mana situasi keadaan posisi permainan itu..Maklumat lanjut, sila layari www.caturblitz.blogspot.com


Thursday, July 3, 2014

RAMADHAN CHESS BLITZ FIGHTER 2014

Ramadhan Chess Blitz Fighter..pada 15 Julai 2014 (Selasa) bertempat di Dewan Merbau, Seksyen 17 Shah Alam..Masa 10 pagi hingga 1 petang..yuran penyertaan RM15 sahaja..Anjuran : Penggerak Belia Tempatan (PeBT) MBSA & DACS Selangor/Dikendalikan oleh : Cerdik Catur Enterprise..Hadiah keseluruhan wang tunai+hamper bernilai RM1 ribu ..ANDA boleh daftar dengan cara emel/SMS/wasup dengan beri maklumat nama penuh,kategori kelayakan dan no. hp..kepada (CM Fadli - 0142312370) ..pembayaran boleh dibuat pada hari kejohanan..JUARA akan menerima RM300..





Related Posts with Thumbnails