Pages

Sunday, December 23, 2012

Kejohanan Catur Amatur Kompleks 3C 2012–gambar dan keputusan

Kejohanan Catur Amatur Kompleks 3C 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu 22 Disember yang lalu. Seperti tahun lalu, sambutan tetap mantap iaitu seramai 160 peserta telah mengambil bahagian di dalam kejohanan yang telah diadakan untuk kali ke-2 di Kompleks 3C ini. Berikut adalah beberapa gambar suasana ketika berlangsungnya kejohanan tersebut.

 

Keputusan penuh kejohanan ini boleh dilihat di chess-results.com (KLIK SINI)

Thursday, December 20, 2012

REMINDER : 140-150 PESERTA SUDAH DAFTAR KEJOHANAN CATUR KOMPLEKS 3C, MPSJ@ 22 DISEMBER 2012 (SABTU)

REMINDER : 140-150 peserta sudah daftar Kejohanan Catur Kompleks 3C, MPSJ yang akan diadakan pada 22 Disember 2012 (Sabtu) di Kompleks 3C, Bandar Sunway. Nama-nama peserta yang sudah daftar dan buat bayaran akan dimuatkan di www.stonemaster.info jam 10 malam ini. ANDA dinasihatkan supaya SEMAK nama dan butiran lengkap anda di senarai nama tersebut. Sekiranya ada kesilapan, sila sms kepada CM Fadli (014-2312370) untuk pembetulan.

Kepada yang berminat sertai kejohanan ini, anda masih boleh daftar lagi. Tarikh tutup pendaftaran nama dan bayaran yuran penyertaan ialah pada jam 6 petang (Jumaat) 21 Disember 2012. Sekiranya nama dan bayaran yuran penyertaan dibuat selepas tarikh dan masa tersebut, DENDA RM 5 dikenakan kerana lewat daftar (tertakluk kepada kekosongan tempat). 

Pihak kami akan cuba keluarkan pairing pusingan pertama pada hari esok (Jumaat) antara jam 11-12 malam sekiranya tiada masalah teknikal. Peserta yang lambat daftar iaitu daftar selepas jam 6 petang (Jumaat), force pairing/pairing secara manual di pusingan pertama akan dilakukan kepada peserta-peserta tersebut.

Sunday, December 16, 2012

PETA LOKASI KEJOHANAN CATUR KOMPLEKS 3C DI BANDAR SUNWAY PADA 22 DISEMBER 2012 (SABTU)

Dimuatkan peta lokasi Kejohanan Catur Kompleks 3C yang akan diadakan pada 22 Disember 2012 di Bandar Sunway. Diharap tidak ada peserta yang tersesat jalan nanti semasa mencari tempat kejohanan ini.

 

Friday, November 30, 2012

KEJOHANAN CATUR TERBUKA KOMPLEKS 3C, MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA @ 22 DISEMBER 2012 (SABTU)

Pada 22 Disember 2012 (Sabtu) nanti, satu kejohanan catur yang menarik akan diadakan di Kompleks 3C, Majlis Perbandaran Subang Jaya. Lokasi Kompleks tersebut terletak berdekatan dengan Sunway Pyramid. Juara akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 500.00 WOW !!!. Dimuatkan borang kejohanan seperti dibawah untuk rujukan para peserta yang berminat. Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta.

Yuran penyertaan ialah Pelajar Sekolah – RM15 / IPT – RM20 / Lain2 – RM25. Diskaun RM5 kepada peserta yang telah sertai Pertandingan Catur Karnival Sukan Untuk Semua pada 25 November yang lalu.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 Disember 2012 (Khamis). Pendaftaran nama dan bayaran yuran penyertaan selepas 20 Disember akan dikenakan DENDA RM5 (Tertakluk kepada kekosongan tempat). Pairing akan dikeluarkan pada 21 Disember 2012 jam 10 malam iaitu sehari sebelum kejohanan bermula. Walaubagaimanapun, bergantung kepada tiadanya masalah nama-nama peserta yang didaftar seperti tidak lengkap, butiran salah dan sebagainya. Sekiranya pairing pusingan pertama tidak dapat dikeluarkan pada 21 Disember 2012 jam 10 malam , maka pairing pusingan pertama akan dikeluarkan pada sebelah pagi sebelum mula pertandingan.

FLYER KEJOHANAN 

Jangan ketinggalan !!! Peserta yang mendaftar secara ’online’ menggunakan borang ini akan mendapat diskaun yuran penyertaan RM1

Monday, November 26, 2012

Keputusan Pertandingan Catur Karnival Sukan Untuk Semua 2012

Hebat dan meriah !!! Pertandingan catur ini telah mendapat sambutan yang begitu luar biasa sekali dengan penyertaan seramai 280 orang yang meliputi pelbagai peringkat umur, sekaligus mencatatkan rekod baru bagi jumlah peserta paling ramai untuk kejohanan catur terbuka (satu kategori) di Malaysia, memecahkan rekod Kejohanan Catur Amatur StoneMaster yang diadakan pada bulan September lepas ! Tahniah dan syabas !

Cerdik Catur Enterprise kini terbukti sebagai organisasi catur PALING CEMERLANG dan PALING AKTIF dan PALING BERJAYA di Malaysia dari segi jumlah sambutan penyertaan peserta di mana semua 8 kejohanan catur terbuka tahun ini yang melibatkan Cerdik Catur Enterprise dari segi kendalian/promosi catat penyertaan atas 100 peserta dan juga mencatatkan rekod luar biasa di mana 4 kejohanan catur terbuka berturut-turut catat penyertaan melebihi 200 peserta. 

Rekod juga tercipta apabila gadis cilik yang baru berusia 11 tahun, Puteri Munajjah Az-Zahraa binti Azhar telah muncul juara di dalam pertandingan catur ini dengan mendapat mata penuh (8/8) dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 500 beserta piala iringan dan medal.

Berikut adalah nama-nama pemenang hadiah di kejohanan tersebut.


Sila rujuk www.stonemaster.info (KLIK SINI) bagi mengetahui keputusan penuh Pertandingan Catur Karnival Sukan Untuk Semua yang telah diadakan pada hari Ahad (25/11/12) di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7 Shah Alam. Acara tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan Selangor dan dikendalikan bersama oleh Cerdik Catur Enterprise.

Thursday, November 15, 2012

UPDATE BORANG P @ 14/11/12 PENDAFTARAN PERTANDINGAN CATUR KARNIVAL SUKAN UNTUK SEMUA 2012

UPDATE BORANG P @ 14/11/12. Seramai 120 peserta sudah daftar nama setakat ini bagi pertandingan catur karnival sukan untuk semua 2012 yang akan diadakan pada 25 November ini di Shah Alam. Kepada peserta yang ingin daftar,sila bagi maklumat penuh seperti nama penuh, tarikh lahir, n.rating, kategori hadiah dan juga maklumat bayaran yuran kalau sudah buat bayaran. Sila rujuk juga www.stonemaster.info dan link di facebook iaitu http://www.facebook.com/events/481319175224520/ . Yuran catur - RM5 untuk pelajar sekolah/oku ; RM10 untuk lain-lain. Sila maklumkan kepada pihak kami sekiranya ada kesilapan mengenai maklumat anda mengenai kelayakan hadiah, tarikh lahir, bayaran yuran dan etc....

Friday, November 9, 2012

UPDATE BORANG P @ 9 /11/12. PENDAFTARAN PESERTA PERTANDINGAN CATUR KARNIVAL SUKAN UNTUK SEMUA 2012

UPDATE BORANG P @ 9/11/12. Kepada peserta yang ingin daftar,sila bagi maklumat penuh seperti nama penuh, tarikh lahir, n.rating, kategori hadiah dan juga maklumat bayaran yuran kalau sudah buat bayaran. Sila rujuk juga www.stonemaster.info untuk maklumat terkini.

Sila maklumkan kepada pihak kami sekiranya ada kesilapan mengenai maklumat anda mengenai kelayakan hadiah, tarikh lahir, bayaran yuran dan etc....

 
Related Posts with Thumbnails