Pages

Friday, July 2, 2010

Bazaar jualan peralatan catur ke-9 oleh Cerdik Catur Enterprise di Telok Gong



Ahad ini (4 Julai 2010) SM akan berada di Telok Gong sempena Kejohanan Catur PRO-AM (butirannya DI SINI). SM ke sana bukan sebagai penganjur atau pengendali kejohanan tetapi SM ke sana untuk turut sertai kejohanan tersebut di samping mengadakan bazaar jualan peralatan catur secara besar-besaran di sana nanti hehe. Satu ruang khas akan disediakan oleh pihak penganjur kepada team Cerdik Catur untuk jualan barangan peralatan catur. Pelbagai barangan seperti set catur, papan vinyl pelbagai saiz, jam catur, buku score sheet, uncang buah catur, buku-buku taktik, buku-buku Grand Master dan sebagainya akan dijual di sana. Buku catur edisi pertama dari Candidate Master (CM) Fadli sendiri yang berjudul 'How to Improve Your Chess' juga akan mula dijual selepas Hari Raya nanti.


En Azhar Mohd Said - salah seorang yang terlibat sebagai urusetia di dalam kejohanan catur Telok Gong PRO-AM ini. Walaupun tarikh pendaftaran telah ditutup (26 Jun) tapi kalau ada yang masih berminat untuk menyertai kejohanan ini, boleh hubungi StoneMaster Fadli di 014-2312370.


No comments:

Related Posts with Thumbnails