Pages

Thursday, May 29, 2014

Bazaar catur di Gula Perlis Open Chess Challenge 2014


SM telah dijemput oleh pihak penganjur kejohanan iaitu Gula Perlis untuk membuka bazaar peralatan catur di kejohanan catur terbuka yang terbesar di Perlis ini yang telah diadakan pada 24 Mei yang lalu bersempena sambutan Keputeraan DYMM Raja Perlis yg ke-71.

SM bergambar bersama beg-beg yang sarat berisi peralatan catur sebaik saja tiba di Stesen Keretapi Arau dan menginap di Hotel Putra Palace, di mana kejohanan catur Gula Perlis Open Chess Challenge diadakan.  



Kena serbu...Sebaik saja SM letakkan barang-barang untuk jualan di atas meja, ramai yang serbu...

Laku macam goreng pisang panasss...


Pemandangan di dalam dewan pertandingan




Selepas hanya satu jam bazaar dibuka, hanya ini saja yang tinggal...

Makan tengahari di restoran dalam hotel.



Selepas tamat pertandingan catur, SM telah dijemput makan bersama di meja.VIP.. Yg sebelah tu, En Md Faudzi bin Rashid (Ketua Jabatan Pentadbiran/Perjawatan), YB Senator Tn. Hj. Abdul Shukor bin Sultan (penasihat kilang gula), Tn. Hj Ismail bin Samsu (pengurus besar kilang gula) dan En. Syaifulzamani bin Ismail....sedap betul nasi berani lauk kambing...hehe :)
Post a Comment
Related Posts with Thumbnails