Pages

Monday, April 30, 2012

Sambutan Hangat di Kejohanan Raja Catur KSN 2012!

Kejohanan Raja Catur Kompleks Sukan Negara 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 April 2012 bertempat di foyer Stadium Juara Bukit Kiara. Seramai 128 peserta telah mengambil bahagian di dalam kejohanan catur yang julung kali dianjurkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia ini di mana Cerdik Catur Enterprise telah dilantik untuk bersama mengendalikan kejohanan yang cukup meriah ini.

Pencarian Raja Catur KSN tahun ini berakhir apabila Muhd Syakir Syazmeer Azhar dari Selangor telah dinobatkan sebagai Raja Catur KSN yang pertama. Beliau yang baru berusia 17 tahun telah menunjukkan prestasi permainan catur yang hebat sekali dan mendapat markah tertinggi (6.5/7) di kejohanan ini. Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa berlangsungnya acara ini.

Set catur jenama SHAHS yang digunakan ini ditaja oleh Syarikat Permainan Malaysia (SPM)



Kamaluddin Yusof VS Izza Hasrina di papan pertama pusingan ke-2





Kelihatan antara beberapa 'muka baru' dalam pertandingan catur



Para urusetia kejohanan sedang sibuk di meja hadapan

Perkhidmatan St.John Ambulans turut disediakan untuk membantu jika ada sebarang kemalangan atau kecemasan.



 
CM Fadli selaku ketua arbitor sedang memerhatikan permainan para peserta

Nasib baik para peserta tak hangit...huhuuu

Walaupun silau terkena panahan sinaran matahari petang tetapi para peserta tetap menunggu dengan sabar acara penutup dan penyampaian hadiah.


Post a Comment
Related Posts with Thumbnails