Pages

Monday, April 16, 2012

Preparation For CM Fadli Chess Challenge@28 April 2012 (Saturday) at Stonemaster Home Chess Training Centre (Candidate Master Fadli VS Solomon Nyurang Juk)

 

          StoneMaster Home Chess Training Centre

 

Pada 28 April 2012, jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari , akan bermulanya CM Fadli Chess Challenge. Kali ini Candidate Master Fadli (International FIDE Rating – 2024 / National Rating – 1815) akan bermain putih menentang Solomon Nyurang Juk (International FIDE Rating -  1760 / National Rating - 1609) yang akan bermain hitam. Ia akan diadakan di StoneMaster Home Chess Training Centre iaitu di apartmen kediaman SM di Bandar Baru Sentul, KL. Kawalan masa ialah 1 jam 30 minit seorang dengan masa tambahan 30 saat bagi setiap pergerakan. CM Fadli Chess Challenge ialah 1 lagi konsep aktiviti latihan catur yang diperkenalkan oleh CM Fadli untuk memperbanyakan lagi permainan dan melatihkan diri kita mengunakan kawalan masa kejohanan catur FIDE rated. Selepas tamat permainan, 10-20 minit akan digunakan untuk analisa permainan ini dan permainan ini akan dimuatkan di laman web catur iaitu www.stonemaster.info dan www.cerdikcatur.blogspot.com. Yuran penyertaan bagi sertai CM Fadli Chess Challenge ialah RM30 bagi setiap perlawanan.

cmfadliiimage

           Candidate Master Fadli                 Solomon Nyurang Juk

 

 

                   Bilik ‘mini library’ dan depan ruang tamu apartmen SM sentiasa kemas kalau tiada    

                  apa2 persediaan kejohanan catur atau bengkel catur dalam minggu itu,hehehe

No comments:

Related Posts with Thumbnails