Pages

Sunday, May 2, 2010

StoneMaster Rapid Blitz @ 9 May 2010!

a_blitzIni adalah kali pertama sejak tahun 2006, CM Fadli di bawah syarikat caturnya menganjurkan kejohanan catur cepat kilat ini. Apakah tujuan menganjurkan kejohanan seperti ini? Dahulu pada awal tahun 1990, CM Fadli memang kemaruk main catur kilat (selalunya main 3 atau 5 minit seorang). Boleh dikatakan setiap hari CM Fadli main catur kilat dengan kawan-kawan di ceruk-ceruk warung, rumah kawan dan sebagainya.

Antara salah satu sebab CM Fadli meningkat catur ialah kerana main catur kilat. Bagaimana kita hendak improve catur dengan bermain catur kilat? Anda boleh improve opening dan sekaligus tingkatkan skill time management. Sekiranya anda banyak hafal opening, bila anda main catur kilat, anda tidak akan buang masa baru nak ingat opening yang betul.

Lama-kelamaan, bila selalu main catur kilat, anda sudah jimat masa dalam peringkat opening dan boleh banyak tumpukan perhatian dalam peringkat middle game yang penuh dengan perangkap, strategi, taktik dan perancangan dan juga kombinasi. OK…Jumpa anda di DATCC pada 9 Mei nanti. Jom datang ramai-ramai dan ‘gegarkan’ Kuala Lumpur dengan kepantasan dan ketajaman minda kita!

SM Rapid Blitz

KLIK IMEJ UNTUK KELIHATAN LEBIH JELAS


No comments:

Related Posts with Thumbnails