Kejohanan catur StoneMaster Rapid Blitz yang pertama dianjurkan oleh Cerdik Catur Enterprise ini telah berjaya dijalankan di Dato’ Arthur Tan Chess Center (DATCC), Wilayah Kompleks Kuala Lumpur pada Ahad,9 Mei 2010. Seramai 36 peserta mengambil bahagian di mana peserta bermain selama 10 minit seorang, sebanyak 10 pusingan Swiss.
Hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk kejohanan catur cepat kilat ini.
Acara penutup tepat dijalankan mengikut jadual iaitu kira-kira pada pukul 4.15 petang.
Chan Sheng Yip – Best Secondary School (RM 40), Ahmad Firdaus b Mohd Rodzi – Best IPT Student (RM 40)
Tiong Kung Meng – 10th place, Ong Chong Heng – 9th place
Jonathan Selvam – 8th place, Chek Kin Keuw – 7th place
Abd Salam Ma’amor – 6th place, Tang Wei Chiat – 5th place (RM 80)
Nor Izzuddin Norazman – 4th place (RM 90), Joshua Selvam – 3rd place (RM 100)
Syed Abd Rahman – 2nd place (RM 150)
Dan juara bagi 1st SM Rapid Blitz Chess Tourney ini adalah....
Abd Shukor Arajah – Champion (RM 200)
Ada lagi hadiah....
Yang ini pula adalah para pemenang hadiah cabutan bertuah….Tahniah!!
Nampaknya peserta2 masih gian bermain dan atas permintaan ramai, satu lagi pertandingan catur blitz (5 minit) telah diadakan sebaik sahaja selesai majlis penyampaian hadiah utk peserta2 Rapid Blitz.
Seramai 24 peserta ambil bahagian dalam pertandingan blitz (5 minit) yang dijalankan sebanyak 7 pusingan ini. Dan para pemenangnya adalah….
Razak Saidin – tempat kelima, Alfred Ting – tempat keempat
Abd Shukor Arajah – tempat ketiga, Chan Sheng Yip – tempat kedua
Tidak lain tidak bukan…juara blitz (5 minit), Najib Abd Wahab gembira menerima hadiah kemenangannya.
Semua peserta bersurai kira-kira pukul 6 petang dan kelihatan berpuas hati kerana sudah dapat 'melepaskan gian' & menggegarkan minda main catur kilat di hujung minggu... :)
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah terlibat di dalam kejohanan catur cepat kilat kali ini.
No comments:
Post a Comment