Pages

Friday, August 11, 2017

Institut Kecemerlangan Catur (ICE) Sunday Rapid Chess Series (13 OGOS 2017)

Bagi anda yang berkelapangan Ahad ni...jom2 kita main catur di Akademi Catur Kebangsaan!

Institut Kecemerlangan Catur (ICE) Sunday Rapid Chess Series kembali dengan Siri 3 yang dijadualkan berlangsung pada 13 Ogos 2017.

Kategori 3 - FIDE rating antara 1501 - 1800 (30 minit kawalan masa)
Kategori 4 - FIDE rating antara 1201 - 1500 (kawalan masa 30 minit)
Kategori 5 - FIDE rating di bawah 1200 (kawalan masa 15 minit)
Mereka yang tanpa rating FIDE akan bermain di dalam Kategori 5.

Yuran penyertaan adalah RM 20 setiap peserta dan semua peserta akan bermain sekurang-kurangnya 5 pusingan.

Skor 60 peratus dan ke atas dalam tiga kejohanan kategori 5 akan melayakkan pemain sebagai Kategori 4 manakala skor 70 peratus ke atas dalam dua kejohanan kategori 4 akan melayakkan pemain sebagai Kategori 3.
Sijil penyertaan diberikan kepada semua peserta.

*Hadiah (Tajaan Cerdik Catur Enterprise):
Kategori 3 – Juara RM 100
Kategori 4 – Juara RM 100
Kategori 5 – Juara RM 150,  Naib Juara RM 100, Ke-3 RM 50

Tentatif Program  (13 Ogos 2017):
8:00 - 9:00 Pengesahan Pendaftaran
9:30 - 10:00 Pusingan 1
10:15 - 10:45 Pusingan 2
11:00 - 11:30 Pusingan 3
11.45 - 12:15 Pusingan 4
Makan tengah hari
13:30 - 14:00 Pusingan 5
14:15 - 14:45 Pusingan 6
15:00 - 15:30 Pusingan 7
16:00 Majlis Penyampaian Hadiah

*Pihak penganjur berhak meminda peraturan / jadual masa setiap pusingan / menambah hadiah sekiranya perlu.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mr. Peter Long +60 18-368 8662 
Akademi Catur Kebangsaan
Institute for Chess Excellence
69-2 & 69-3, Jalan Puteri 2/3,
Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong New Village,
Selangor, Malaysia

No comments:

Related Posts with Thumbnails