Pages

Tuesday, December 10, 2013

SENARAI PEMENANG HADIAH KEJOHANAN CATUR TERBUKA PIALA YDP MPSJ 2013

Seramai 320 telah daftar nama. Walaubagaimanapun, hanya 252 diterima sertai kejohanan ini yang boleh dianggap yang TERBESAR di Sunway dari segi hadiah WANG TUNAI, Piala Iringan, Sijil Pemenang dan Sijil Penyertaan. Dijangka pihak penganjur iaitu MPSJ akan meningkatkan lagi hadiah-hadiah bagi tahun 2014 memandangkan sambutan LUAR BIASA dari peserta-peserta.
Pihak Cerdik Catur menjangkakan tahun depan, ketiga-tiga dewan yang terdapat di Kompleks 3C akan digunakan dan boleh muat seramai 350-400 peserta. Bagi tahun ini, hanya 2 dewan sahaja digunakan iaitu Aras LG yang boleh menampung seramai 170-200, dan Dewan G seramai 80-100 peserta Dewan 1 yang boleh menampung seramai 80-100 peserta tidak digunakan tahun ini.
Memandangkan Komuniti Cerdik Catur yang mempunyai CCR No. sudah cecah 1 ribu nama dalam masa 8 bulan sejak diperkenalkan pada bulan April 2013 dan dijangka cecah 2 ribu nama peserta aktif catur pada tahun depan iaitu 2014, pihak kami meramalkan kemungkinan besar ada pertandingan catur yang diitiraf sebagai CCR Rated Event yang akan dikendalikan pihak Cerdik Catur tahun depan akan cecah 500 peserta..Terima kasih atas sokongan ANDA..




No comments:

Related Posts with Thumbnails