Pages

Thursday, November 28, 2013

TERIMA KASIH !! PENDAFTARAN NAMA CECAH 200 PESERTA !!

TERIMA KASIH SEMUA !! Pendaftaran nama bagi Kejohanan Catur Terbuka Piala YDP MPSJ 2013 yang akan diadakan pada 7 Disember ini sudah cecah 200 peserta. Pendaftaran masih dibuka lagi..sila daftar ONLINE di www.catur3c.blogspot.com

Untuk maklumat semua, kategori TERBUKA dan Bawah 12 Tahun akan bermain di Aras LG (Tingkat Bawah) - jumlah peserta 160 orang dan Bawah 18 Tahun akan bermain di Aras Atas (akan dimaklumkan Tingkat G atau 1) - jumlah peserta 50 orang. Jumlah keseluruhan peserta ialah 210 orang.

Selepas cukup 210 peserta yang bagi nama, peserta yang seterusnya iaitu 211 akan dimasukkan dalam senarai WAITING LIST. Sekiranya 210 peserta terawal yang sudah bagi nama dan tidak buat bayaran yuran penyertaan selewatnya 5 Disember, peserta waiting list mulai 211 akan dimasukkan dalam senarai 210 peserta tersebut untuk menggantikan nama peserta yang tidak buat yuran penyertaan selewatnya 5 Disember ini.

Senarai nama semua peserta yang sudah daftar nama dan juga senarai nama dalam waiting list akan dimuatkan di www.catur3c.blogspot.com, www.stonemaster.info dan juga www.cerdikcatur.blogspot.com pada hari Ahad (1 Disember) ini.
 
Post a Comment
Related Posts with Thumbnails