Pages

Monday, September 9, 2013

LOKASI - CABARAN CERDIK CATUR AMATUR 2013/14

Lokasi pertandingan Cabaran Cerdik Catur Amatur 2013/14 pada 12 Oktober ini di Shah Alam ialah...

Tempat bertaraf eksklusif di Shah Alam iaitu KELAB SHAH ALAM. Pendaftaran secara ONLINE akan bermula esok di www.stonemaster.info dan www.cerdikcatur.blogspot.com. Sila daftar nama dan buat bayaran awal. Tempat sangat TERHAD iaitu hanya 130 peserta sahaja..Kepada peserta yang sudah daftar, sila baca nanti peraturan kecil/besar yang mesti dipatuhi yang telah ditetapkan oleh pihak Kelab Shah Alam..

Kemudahan riadah dalam Kelab Shah Alam hanya boleh digunakan oleh ahli Kelab Shah Alam. Sekiranya hendak menggunakan kemudahan lain seperti kolam renang,tenis,badminton dan etc..kena melalui ahli Kelab Shah Alam dengan bayaran tertentu. Nak jadi ahli Kelab Shah Alam, bukan murah.Tak silap SM dalam RM7 ribu..untuk kepastian kena rujuk Kelab Shah Alam.

Tapi kita ke sana nak main catur. Tempat di area melawati link (pemandangan swiming pool). Voucher diskaun makanan disediakan nanti kepada para peserta sahaja kalau nak makan di Kelab Shah Alam. Kalau tiada vouches diskaun, harga makanan lebih 30%. Dengan voucher makanan itu, boleh dapat makanan seperti nasi goreng bawah RM10 .

Makanan luar tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam kelab. Waktu tengahari nanti, anda ada pilihan makan sahaja di restoran kelab tersebut menggunakan voucher diskaun makanan atau keluar dari kelab naik kereta dalam 5-10 minit ke TESCO berdekatan makan di sana.


No comments:

Related Posts with Thumbnails