Pages

Saturday, May 4, 2013

CERDIK CATUR RATING...Ini bukan sekadar rating.. !!!

CERDIK CATUR RATING (RAPID)

Kawalan masa - 15 minit hingga 45 minit

CERDIK CATUR RATING (BLITZ)

Kawalan masa - 5 minit hingga 10 minit

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PENGGUNAAN CERDIK CATUR RATING...

1. Ranking pemain mesti gunakan senarai terbaru Cerdik Catur Rating. Sekiranya pertandingan tersebut akan diadakan pada bulan Jun, maka senarai Cerdik Catur Rating bulan Jun mesti digunakan.

2. Terdapat 2 kategori Cerdik Catur Rating iaitu Cerdik Catur Rating (Rapid) dan Cerdik Catur Rating (Blitz)

3. Bagi Cerdik Catur Rating (Rapid), sekiranya pemain masih tiada rating dalam senarai nama di Cerdik Catur Rating, initial rating 1400 akan digunakan untuk pemain atas 18 tahun, 1300 untuk bawah 18 tahun dan 1200 untuk bawah 12 tahun.

4. Bagi Cerdik Catur Rating (Blitz), sekiranya pemain masih tiada rating dalam senarai nama di Cerdik Catur Rating, initial rating 1400 akan digunakan untuk semua kategori pemain iaitu U12, U18 dan atas 18 tahun.

5. Sekiranya ada pemain yang ada titile seperti NM, FM atau IM yang ingin sertai pertandingan Cerdik Catur Rated Event, syarat item no. 3 dan no. 4 masih digunakan dan title tersebut akan meletakkan mereka di ranking atas sekali dalam kategori rating initial seperti 1400 dan sebagainya... Program Swiss Manager akan secara automatik menyusunkannya.

6. Cerdik Catur Rating adalah PERCUMA dan pihak Cerdik Catur Enterprise iaitu yang mengendalikan Cerdik Catur Rating, tidak akan kenakan apa-apa bayaran atau 'cukai' kepada mana-mana penganjur yang ingin menggunakannya.

7. Sila emel kepada (cerdikcatur@yahoo.com) untuk memohon penggunaan rating tersebut.

8. Sila rujuk laman blog Cerdik Catur Rating iaitu www.cerdikcaturrating.blogspot.com untuk maklumat terkini dan list peserta yang terdapat dapat Cerdik Catur Rating.

9. Setakat ini iaitu awal bulan Mei 2013, seramai lebih 300 nama sudah ada dalam senarai nama di Cerdik Catur Rating (Blitz dan Rapid) dan pihak Cerdik Catur jangkakan pada akhir bulan Disember 2013 nanti, seramai lebih 1,000 nama akan berada dalam senarai tersebut.

10. Berbanding dengan rating lain yang senarai peserta sudah melebihi beribu-beribu nama dalam rating mereka sejak lebih bertahun-tahun dan dicampur adukkan peserta yang aktif dan tidak aktif, Cerdik Catur Rating pula adalah baru dan segar dan nama-nama yang dimasukkan dalam senarai rating CCR nanti adalah dianggap paling aktif setakat ini. Untuk mengekalkan CCR bersifat DINAMIK dan sentiasa mempunyai nama-nama peserta yang aktif, setiap 2 tahun, sekiranya pemain tidak sertai minima 1 pertandingan Cerdik Catur Rated Event, nama mereka akan dikeluarkan dalam senarai nama dalam CCR. Dan kemasukkan nama semula dalam senarai adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan baru yang akan sentiasa dimaklumkan perubahannya dari masa ke semasa.

INSENTIF CERDIK CATUR RATING

1. Banyak insentif akan disediakan dari masa ke semasa iaitu insentif yang sudah diluluskan iaitu 5 pemain pertama yang berjaya cecah CCR (Rapid) 1600 akan meneri RM100 seorang. Mana-mana peserta yang berjaya capai kenaikan CCR (Rapid) 250 akan menerima hadiah-hadiah yang menarik dari pihak Cerdik Catur Rating.

 KEISTEMEWAAN CERDIK CATUR RATING

1. Berbanding dengan rating lain yang update 3 atau 4 bulan sekali, Cerdik Catur Rating dikemaskinikan sebulan sekali iaitu setiap awal bulan dan akan dimuatkan senarai nama terkini di laman blog Cerdik Catur Rating di minggu pertama setiap awal bulan.

2. Cerdik Catur Rating tidak mengutip duit dari peserta atau kenakan cukai kepada penganjur yang hendak gunakan CCR tapi CCR menyediakan hadiah/wang tunai kepada peserta.

3. Statistik pencapaian para peserta dapat dijalankan secara lebih terperinci kerana maklumat DATA perubahan rating dapat dikumpul dan dibuat carta yang menarik setiap bulan bagi peserta yang aktif dalam penyertaan pertandingan Cerdik Catur Rated Event . Anda boleh jadikan CCR anda sebagai salah satu bahan rujukan untuk pantau peningkatan/pencapaian permainan catur melalui pertandingan catur yang anda sertai.

FORMULA CERDIK CATUR RATING

Ramai pihak bertanya kepada pihak Cerdik Catur Rating, formula apa yang digunakan oleh Cerdik Catur Rating untuk mendapatkan rating pemain.

Persoalan yang banyak ditanya ialah sekiranya pemain handal yang ada FIDE Rating yang tinggi, adakah FIDE Rating mereka dijadikan sebagai Initial Rating untuk CCR? Jawapannya ialah tidak. Semua peserta akan diberikan INITIAL RATING seperti di SYARAT & PERATURAN PENGGUNAAN CCR, item no. 3 dan 4.

Soalan lain ialah kenapa gunakan Harkness Rating System dan bukan gunakan ELO Rating System yang digunakan oleh FIDE ? Jawapannya ialah kenaikan rating kalau gunakan Harkness Rating System adalah lebih cepat berbanding ELO Rating System kerana ELO Rating System ada K-Faktor dan beberapa formula matematik lain. Jawapan lain ialah pihak kami ingin para peserta rasainya sejarah permulaan rating ini yang bermula pada tahun 1950. Iaitu merasai KEASLIAN rating ini mula-mula digunakan.

MODIFIKASI CERDIK CATUR RATING

Dari Harkness Rating System kepada ELO Rating System...

Ini sangat menarik kerana salah satu tujuan menggunakan Harkness Rating System dahulu ialah supaya pemain-pemain yang handal dan kurang handal akan berlumba-lumba untuk menaikkan rating Cerdik Catur Rating secepat mungkin. Pihak kami merancang akhir tahun ini atau pertengahan tahun depan, rating peserta bagi bulan terakhir yang menggunakan Harkness Rating System akan dijadikan Initial Rating untuk kiraan CCR menggunakan ELO Rating System. Hebat dan Terbaik !!!!


CERDIK CATUR RATING...BUKAN SEKADAR RATING !!!...

cerdikcatur rating logo
Post a Comment
Related Posts with Thumbnails