Pages

Sunday, January 6, 2013

Pertandingan Catur AMATUR Sempena Karnival Masjid Dan konsert Sinar Maulidur Rasul 1434H

Pertandingan Catur AMATUR Sempena Karnival Masjid Dan konsert Sinar Maulidur Rasul 1434H - Kejohanan catur AMATUR yang dijangka hebat dan meriah ini akan diadakan di Stadium JKR, Seksyen 17, Shah Alam pada 24 Januari ini (Khamis).

Dianjurkan oleh Masjid Riadhussolihin Sek 17, Shah Alam dan akan dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise. Kepada para peserta yang pernah cecah national rating/rating kebangsaan 1600 dan ke bawah dan tiada rating bagi keluaran Oktober 2012 atau Januari 2013 (sekiranya keluaran sebelum 24 Januari 2013), ANDA boleh sertai pertandingan ini. Sijil penyertaan akan disediakan kepada setiap peserta. 41 hadiah disediakan kepada para pemenang. Bagi kejohanan catur amatur kali ini, 15 hadiah utama akan disediakan kepada para pemenang.

Pertandingan DAM AJI juga akan diadakan pada tarikh tersebut. Borang DAM AJI akan dimuatkan di www.mydamaji.blogspot.com dan juga www.stonemaster.info dalam masa terdekat ini.
Cara pendaftaran dan bayaran yuran penyertaan, sila rujuk borang kejohanan. Sila layari www.stonemaster.info atau www.cerdikcatur.blogspot.com atau www.stonemaster.info/kelab untuk maklumat lanjut.






No comments:

Related Posts with Thumbnails