Pages

Monday, October 24, 2011

2 Kursus Pendidikan Catur akan dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise

Sukacita dimaklumkan bahawa Cerdik Catur Enterprise dalam peringkat persiapan untuk menganjurkan 2 kursus pendidikan catur yang hebat. Sebanyak lebih 10 ribu sekolah rendah, sekolah menengah, institut pendidikan tempatan awam dan swasta, badan berkanun dan syarikat swasta akan dijemput untuk sertai program ini. Surat jemputan dan tawaran akan mula diedarkan dalam masa terdekat ini.
Kursus ini dijangka akan A) memberi lambaran baru kepada sistem pendidikan sukan catur juga dijangka akan B) mencorakkan semula struktur pembelajaran sukan catur di Malaysia. Maklumat lanjut akan dimuatkan di laman web catur ini dari masa ke semasa.

Biodata Fasilitator
Fasilitator bagi kursus pendidikan catur ini akan diketuai oleh Candidate Master Mohd Fadli bin Zakaria. Beliau telah dianugerahkan gelaran Candidate Master (CM) oleh Persekutuan Catur Dunia (FIDE) pada 26 April 2010. Pernah mencapai fide rating 2250 pada tahun 1995 dah pernah berada dalam kedudukan 5 tempat teratas pemain catur negara dari segi pencapaian fide rating pada tahun 90an.
Mempunyai pengalaman luas dari segi pendidikan catur di sekolah rendah,menengah, universiti dan juga mengendalikan bengkel catur yang terbuka kepada semua peringkat umur. Di universiti, pernah menjadi jurulatih catur Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2007 dan buat pertama kali dalam sejarah, pasukan catur UPSI berjaya mendapat pingat gangsa di kejohanan catur Majlis Sukan Universiti Malaysia 2007 (MASUM).
Pada tahun 2008 dan 2009 pula, menjadi jurulatih pasukan catur Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan buat pertama kali dalam sejarah, pasukan catur UIAM berjaya mendapat pingat perak di kejohanan catur MASUM 2008 dan sekali lagi mendapat pingat perak di kejohanan catur MASUM 2009.
Pada tahun 2010 telah dilantik sebagai jurulatih catur Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan.
Pada tahun 2011 pula, dilantik sebagai Penyelaras Sukan Catur Kokurilulum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pernah dilantik juga sebagai salah seorang jurulatih catur kebangsaan 4th Asean Para Games pada 20-26 Januari 2008 di Nakhon Ratchasima, Thailand dan sekali lagi buat pertama kali dalam sejarah, pasukan catur negara berjaya dapat pingat emas dalam acara sukan catur.
Banyak juga dijemput kendalikan seminar dan bengkel catur di sekolah rendah dan menengah dan juga dijemput mengendalikan bengkel catur anjuran jabatan pendidikan negeri.
Beliau juga banyak dijemput untuk kendalikan kejohanan catur dan berkebolehan untuk kendalikan perisian catur pairing seperti swiss 46 dan juga swiss manager.
Beliau juga telah berjaya memperkenalkan Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 1) dan Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) pada tahun 2009 dan tahun 2010. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails