Pages

Saturday, March 26, 2011

Juara-Juara di Klang Parade Chess Championship 2011

Rasa-rasanya apa persamaan antara ketiga-tiga juara KPCC 2011?

Kejohanan Catur Klang Parade 2011 (KPCC 2011) telah berjaya diadakan dengan meriahnya pada 19-20 Mac yang lalu. Cerdik Catur Ent. telah turut terlibat mengendalikan kejohanan tersebut. Sejumlah 65 peserta telah mengambil bahagian di dalam Kategori Peringkat Umur 18 dan 12 tahun manakala 93 peserta di dalam Kategori Terbuka.


Jasur Madjidov - Juara Kategori Terbuka KPCC 2011 menerima trofi ,wang tunai RM 200 dan sijil yang disampaikan oleh Dato' Mohd Nadzli Othman.

Kam Jing Tze - Juara Kategori Umur Bawah 18 tahun menerima trofi, wang tunai RM 100 beserta sijil.

Leong Zhi Chen - Juara Kategori Umur Bawah 12 tahun menerima trofi, wang tunai RM60 serta sijil.


Ketiga-tiga juara tersebut telah mendapat markah penuh (6/6) di dalam pertandingan ini!

Keputusan penuh pertandingan catur ini boleh dilihat di link-link berikut:

OPEN CATEGORY

AGE-GROUP CATEGORY
 
Kerjasama mantap...StoneMaster Fadli bersama Hamid Majid di KPCC 2011
Lain-lain gambar menarik boleh klik --> KPCC 2011


Post a Comment
Related Posts with Thumbnails