Pages

Saturday, January 1, 2011

Cabaran Cerdik Catur ke-2 @ 5 Feb 2011 di DATCC Kuala Lumpur

Khas untuk peminat2 catur tanahair, Cerdik Catur Enterprise akan menganjurkan sekali lagi 'Cabaran Cerdik Catur' pada hari Sabtu, 5 Februari 2011 bertempat di Dato' Arthur Tan Chess Centre (DATCC), Tingkat 4 Wilayah Kompleks, Kuala Lumpur.

Kali ini, hadiah wang tunai RM 400 ditawarkan untuk Juara. Selain hadiah untuk 10 tempat teratas, terdapat juga beberapa hadiah wang tunai untuk peserta terbaik dalam kategori tertentu seperti 5 hadiah untuk peserta terbaik Amatur (NR 1401-1650), 5 hadiah untuk peserta terbaik Novis (NR 500-1400), 2 hadiah untuk peserta terbaik tanpa rating dan 1 hadiah setiap satunya bagi peserta terbaik penuntut IPT, wanita, veteran (berumur 45 tahun keatas), guru sekolah, pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah.

Seperti biasa, acara kejohanan catur ini juga akan disertai dengan Bazaar jualan peralatan catur Ke-15 oleh pihak Cerdik Catur Enterprise. Anda boleh dapatkan pelbagai barangan seperti set buah catur, papan catur, jam catur digital/analog, chess demo board, buku score sheets, buku-buku catur dan sebagainya dengan harga yang sangat berpatutan.

Flyer Cabaran Cerdik Catur Ke-2

Ada lagi ... Para peserta juga berpeluang menang hadiah-hadiah menarik dalam acara Cabutan Bertuah yang akan diadakan di penghujung acara penyampaian hadiah nanti. Sebiji telefon bimbit menanti untuk diberikan kepada peserta yang bertuah pada hari tersebut.

Sempena tahun baru 2011 ini juga, tawaran istimewa - YURAN PERCUMA - diberikan kepada peserta pertama yang mendaftar melalui emel untuk menyertai kejohanan ini.

Jadi apa yang ditunggu lagi, BERANI TAK SAHUT CABARAN INI...???

Nota Istimewa: Cabaran Cerdik Catur Ke-2 ini terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.


No comments:

Related Posts with Thumbnails