Pages

Tuesday, October 5, 2010

Laporan bergambar di sekitar Kejohanan Catur Terbuka Ampang Aidilfitri 2010

 

Kejohanan Catur Terbuka Ampang Aidilfitri anjuran bersama Chess Club @ Ampang dan Cerdik Catur Enterprise telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Oktober 2010 (Sabtu) yang lalu. Lokasi kejohanan adalah di Galeri tingkat 4, Menara MPAJ, Pandan Indah Kuala Lumpur.

SAM_0531  SAM_0532

6 hari sebelum bermulanya kejohanan ini, hanya terdapat lebih kurang 40 nama sahaja yang pra-daftar. Walaubagaimanapun 2 hari berikutnya, semakin ramai yang mula mendaftar nama tapi sehari sebelum kejohanan bermula, sudah 12 orang terpaksa menarik diri kerana tidak dapat hadir. Hampir 20 orang yang mendaftar tidak muncul tapi akhirnya, tercapai juga target bilangan peserta di mana seramai 115 peserta telah datang mengambil bahagian di dalam kejohanan yang meriah ini.

SAM_0535  SAM_0534

Peserta di kejohanan ini bermain di dalam satu kategori sahaja (Kategori Terbuka) mengikut sistem Swiss 7 pusingan dengan kawalan masa 25 minit setiap seorang.

SAM_0536

Seeding permulaan para peserta disusun berdasarkan Rating Kebangsaan terbaru (keluaran Oktober 2010). Hanya terdapat 4 meja yang ‘upset’ di pusingan pertama.

SAM_0533

Pusingan pertama-Ian Udani (NR 2171) bertemu adik Fahim Al-Faqeh Saleh (NR 1172). Ian Udani berjaya menduduki tempat ke-3 setelah menang kesemua 6 game dan kecundang di tangan seorang pemain Sabah, Abd Shukor Arajah di pusingan ke-4.

Di papan ke-2 pula kelihatan seorang penuntut UiTM, Amirul Rahimi Shamsudin (NR 1165) VS Kamaludin Yusof (NR 1985). Kamaludin tidak dapat melayakkan diri untuk menang tempat teratas di kejohanan kali ini setelah beliau ‘tunduk’ kpd Zarul Shafiq dan Syed Abd Rahman di dua pusingan terakhir. 

SAM_0538

Mat Zaki Yeop VS Muhd Nabil Azman Hisham. Muhd Nabil tidak berjaya menduduki tempat ke-10 teratas tapi beliau menjadi peserta terbaik kategori pelajar sekolah menengah dengan memperolehi 5/7 mata. Kelihatan di sebelah mereka adalah Fadzil Nayan VS Mohd Razil Zaini.

SAM_0539

Muhd Syakir Shazmeer (baju petak) –NR 1878 telah menunjukkan tahap permainan yang cemerlang (prestasi 2094) dan muncul juara dengan rekod tanpa tewas. Beliau seri dengan Zarul Shafiq di pusingan terakhir. Muhd Syakir juga telah turut menjadi juara bagi Cabaran Cerdik Catur Terbuka yang diadakan pada 8 Ogos lalu.

SAM_0540

Kelihatan peserta terbaik wanita di kejohanan ini, Camillia Johari dan peserta terbaik veteran, A.Jalal Md Shah (kekal bertopi)..

SAM_0545   SAM_0548 

Memang berbaloi betul bila semua peserta turut dijamu dengan sarapan dan makan tengahari Nasi Beriyani Special yang sedap. Semuanya disediakan percuma untuk peserta dan juga ibu bapa yang mengiringi anak2 mereka.

 SAM_0542

Cikgu Nik Mohd Azrihan (kanan) yang datang dari Kuala Krai, Kelantan berjaya mendapat ‘duit raya’ setelah terpilih sebagai peserta terbaik Guru Sekolah di kejohanan ini.

SAM_0551

Salah satu tarikan di sini adalah adanya bazaar jualan peralatan catur yang ke-13 oleh Cerdik Catur Enterprise

SAM_0537  SAM_0552 

Pelbagai barangan termasuk topi dan baju T-shirt turut dijual dengan harga yang berpatutan. Set catur serta buku-buku catur turut laris dibeli oleh peminat dan pengunjung yang datang.

SAM_0544

Salah seorang peserta dari Majlis Daerah Kuala Selangor, Mohd Zahari Jemain bersama adik Sri Raam Gunalingam yang berusia 7 tahun dan baru didedahkan kepada pertandingan catur terbuka.

SAM_0543   SAM_0541

SAM_0554

 

Pengarah Kejohanan, En.Abd Hakim Noordin nampaknya sedang sibuk menandatangani sijil penyertaan dan sijil untuk para pemenang.

 

 

SAM_0559 

 

 

Kelihatan Candidate Master Mohd Fadli Zakaria A.K.A. StoneMaster sedang memberi ucapan di Majlis penutup dan penyampaian hadiah yang berlangsung kira-kira pukul 6 petang.

SAM_0560SAM_0561

No comments:

Related Posts with Thumbnails