Pages

Wednesday, December 30, 2009

2009 Tinggal Kenangan, 2010 Penuh Cabaran

Pejam celik, tinggal satu hari lagi sebelum tibanya 2010. Tentu bermacam2 peristiwa dan pelbagai kenangan pahit & manis telah dilalui sepanjang tahun yang lalu. Di sini SM suka untuk fokuskan dan berkongsi pandangan serta azam tahun baru ke arah meningkatkan pembangunan sukan catur Malaysia.

Kesimpulan yang dapat diambil dari aktiviti catur yang dikendalikan oleh StoneMaster di sepanjang tahun 2009 sungguh membanggakan. Dalam menghidupkan aktiviti permainan catur ini sendiri, SM telah membahagikannya kepada 4 bahagian untuk laksanakannya dengan berkesan iaitu:

1. Pembelajaran Catur

2. Mengadakan kejohanan catur

3. Penjualan peralatan catur

4. Networking


PERTAMA. Pembelajaran catur.

SM menganggap bahawa misi ini berjaya dijalankan dengan jayanya di sepanjang tahun 2009. SM telah dijemput oleh individu, kumpulan, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk kendalikan aktiviti catur tersebut. Kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 dan Tahap 2 yang pertama di Malaysia (menggunakan konsep pembelajaran catur cara StoneMaster) juga berjaya SM wujudkan dan telah dijalankan dengan jayanya.

Nampak mudah dan senang bila kita buat aktiviti catur ini. Tiap-tiap bulan kita dengar dan baca cerita dari blog training stonemaster.info mengenai aktiviti mingguan yang sentiasa SM jalankan. Tapi bila kita huraikan secara terperinci di sini, memang ramai akan mula tertanya-tanya dan mungkin akan kata seperti ini "BIAR BETUL" . Banyaknya projek pembangunan catur yang dijalankan oleh StoneMaster pada tahun 2009. Jawapan SM iaitu "TAU XPE" hehe.

Pada tahun 2010 pula, beberapa projek pembelajaran catur telah SM siapkan kertas kerjanya untuk dilaksanakan peringkat demi peringkat di beberapa negeri dan SM jangkakan akan mula dijalankan pada bulan Februari 2010.

Berikut adalah perancangan projek pembelajaran catur bagi tahun 2010.

  1. Meneruskan kesinambungan pembelajaran catur cara individu, kumpulan, di sekolah rendah, menengah dan universiti.
  2. Melantik beberapa tenaga pengajar catur yang mahir dalam memperkembangkan projek pembelajaran catur ini ke negeri-negeri yang lain.
  3. Mengadakan kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 dan 2 (Khas kepada guru2 dan ibubapa)
  4. Mengadakan Bengkel Cerdik Catur 2010 -Konsep latihan baru yang SM kendalikan.
  5. Pelancaran Program Cerdik Catur Jarak Jauh (PCCJJ). Program ini diilhamkan oleh Stonemaster dan adalah yang pertama kali akan dijalankan di Malaysia serta dijangka akan mendapat sambutan hangat. Sama-sama kita tunggu pelancarannya.
  6. Tumpuan pembangunan catur bagi satu-satu daerah seperti Shah Alam/Lembah Klang, Kuala Krai dan sebagainya.

KEDUA. Mengadakan kejohanan catur.

Untuk tahun 2009, SM hanya sempat anjurkan beberapa kejohanan Catur MINI. Aktiviti kejohanan atau pertandingan catur ini tidak banyak SM jalankan pada tahun 2009. Apa tidaknya. 6 hingga 8 bulan negara kita telah dibelenggu dengan wabak virus H1N1. Ditambahkan lagi dengan masalah ekonomi dunia yang paling teruk di Amerika sampai semua gerun adakah negara kita akan terjebak sama. 2 perkara ni memang menjadi ukuran dan pertimbangan SM untuk menjalankan aktiviti kejohanan catur ini. Lagi satu masalah ialah banyak sangat dah aktiviti kejohanan catur. Tengok saja di Kalendar Kelab Stonemaster...boleh dikatakan tiap2 minggu ada saja kejohanan catur dianjurkan oleh pelbagai pihak. Jadi bukan mudah nak dapat tarikh yang paling sesuai nak anjur kejohanan catur. Untuk elakkan masalah pertindihan tarikh ini berlaku, maka SM telah kurangkan atau tidak buat apa-apa perancangan dalam menjalankan aktiviti kejohanan catur pada 6 bulan terakhir tahun 2009. Tetapi pada tahun 2010 pula, SM sudah rancang akan kendalikan beberapa kejohanan catur yang hebat dan lebih besar. Sama-sama kita tunggu apakah kejohanan tersebut.

Mungkin tempias kegawatan ekonomi dunia dah mula terasa di negara ini. Kejohanan catur di peringkat MSSM telah dibatalkan penganjurannya pada tahun 2010. Walaubagaimanapun, kejohanan catur di peringkat MSS Daerah dan MSS Negeri masih lagi diteruskan seperti biasa. Pada pendapat peribadi SM, pembatalan permainan catur di peringkat MSSM tidak mendatangkan masalah teruk kepada pembangunan catur di Malaysia dan SM jangkakan pada tahun 2010 ini, senario kejohanan catur di Malaysia akan lebih meriah dengan penglibatan lebih banyak pihak yang berminat menganjurkan pelbagai konsep kejohanan catur sama ada secara Terbuka atau mengikut Kategori Umur di Malaysia ini.

KETIGA. Menjual peralatan catur.

Dah nampak banyak pihak dah mula jual jam-jam catur, buku dan set catur. SM pun berminat nak jual peralatan catur. Kalau dah sampai stok akan SM war-warkan di blog catur terbaru SM iaitu www.cerdikcatur.blogspot.com. Blog ini baru SM bina iaitu pada 7 December 2009. Blog ini di bawah naungan syarikat Cerdik Catur Enterprise yang didaftarkan syarikatnya. Tahun 2010 nanti, banyak aktiviti catur SM akan gerakkan atas nama syarikat tersebut. Jengok-jengoklah selalu di blog itu.

KEEMPAT. Networking.

Sudah menjadi pendapat peribadi SM sejak dulu lagi bahawa kebanyakan peminat catur KURANG CELIK dan KURANG CERDIK INTERNET. SM target pada tahun 2010, sebanyak 10 laman blog (SM sudah bina 6 laman blog) akan SM bina untuk wujudkan satu NETWORK GERGASI termasuk juga penggunaan SOSIAL NETWORK seperti facebook, twitter, myspace, my bloglog, friendster dan sebagainya yang boleh memperkenalkan dan menarik minat pemain2 baru serta meluaskan penyebaran sesuatu maklumat terutamanya catur.




Akhir kata, tak perlu takut pada cabaran, tapi takutlah pada kegagalan...Selamat Tahun Baru 2010!


Yang Benar,

Mohd Fadli Zakaria

AKA StoneMaster AKA Coach Fadli

2 comments:

sherrina said...

Coach,

Saya berminat dgn

3. Mengadakan kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 dan 2 (Khas kepada guru2 dan ibubapa)

4. Mengadakan Bengkel Cerdik Catur 2010 -Konsep latihan baru yang SM kendalikan.

Kalau ada nanti, tolong email ya. sherrina_kl@yahoo.com

Nick Jinidu said...

Coach,

Berminat untuk mendapatkan Kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 dan 2 (utk guru dan ibu bapa) ...

Tapi. coach buat juga kursus kalau di Sabah? TQ

Ingin terus dpt info .. email nickjinidu@gmail.com

Related Posts with Thumbnails