Pages

Tuesday, July 7, 2026

KEJOHANAN CERDIK CATUR B12 BANGI GATEWAY YANG PERTAMA (26 JULAI 2026)

 ♟️🏆IBU BAPA YANG HEBAT, JOM UJI BAKAT & KEYAKINAN ANAK ANDA! 🏆♟️

Adakah anak anda minat bermain catur? Atau sedang belajar dan ingin mencabar diri di pentas pertandingan sebenar?

🌟 Kejohanan Cerdik Catur Bawah 12 Tahun kini dibuka untuk penyertaan! 🔗

📅 26 JULAI 2026 (Ahad) 
📍 BANGI GATEWAY SHOPPING COMPLEX https://share.google/Yo7oTCPOeM2U219EO
⏰ 9.30 pagi – 5.00 petang

Mengapa ibu bapa patut daftarkan anak?🧑‍🧑‍🧒‍🧒

✅ Meningkatkan fokus, disiplin dan kemahiran berfikir ✅ Belajar mengawal emosi ketika menang atau kalah ✅ Menambah pengalaman pertandingan sebenar ✅ Bertemu rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama ✅ Peluang membawa pulang wang tunai, medal dan sijil ✅ Bermain dlm suasana yang ceria dan selesa sambil membeli-belah 

💰 Yuran penyertaan hanya RM25 sahaja!

Tidak kira anak anda baru bermula atau sudah berpengalaman, kejohanan ini adalah platform terbaik untuk membina keyakinan dan mengasah bakat mereka.

📢 Tempat adalah terhad! Daftarkan anak anda sekarang dan berikan mereka peluang untuk menyerlah di papan catur 👉🏼 https://forms.gle/ejATGanCYy1QLAkC6

♟️ Setiap grandmaster bermula dengan langkah pertama. Mungkin langkah itu bermula di Bangi Gateway!

📞 Info/pertanyaan: Puan Zarina Cerdik Catur: 017-695 2169

 


Monday, June 15, 2026

KEJOHANAN CATUR TERBUKA PIALA DATUK BANDAR PETALING JAYA 2026 (13 Jun 2026)

 LAPORAN RASMI

KEJOHANAN CATUR TERBUKA PIALA DATUK BANDAR PETALING JAYA 2026

1.0 PENGENALAN

Kejohanan Catur Terbuka Piala Datuk Bandar Petaling Jaya 2026 telah berjaya dianjurkan pada hari Sabtu, 13 Jun 2026 bertempat di Dewan Banquet, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), No.1 Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya, Selangor.

Program berlangsung bermula jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta dan pengagihan cenderamata. Pertandingan diteruskan sehingga selesai pusingan terakhir sebelum Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Bandar Petaling Jaya pada jam 5.00 petang.

Selain pertandingan catur, program turut dimeriahkan dengan sesi Cabutan Bertuah yang diadakan pada jam 12.00 tengah hari sebelum bermulanya Pusingan Keempat serta Cabutan Bertuah Utama selepas majlis penyampaian hadiah.


2.0 OBJEKTIF KEJOHANAN

1. Menggalakkan perkembangan sukan catur dalam kalangan masyarakat.

2. Mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan catur.

3. Menyediakan platform pertandingan yang kompetitif kepada pemain pelbagai peringkat umur.

4. Mengeratkan hubungan antara komuniti catur dari seluruh negara.

5. Mempromosikan Petaling Jaya sebagai pusat penganjuran kejohanan catur bertaraf kebangsaan.


3.0 PENCAPAIAN DAN FAKTA MENARIK

Kejohanan ini merupakan kali ke-3 berturut-turut diadakan di lokasi yang sama iaitu Dewan Bankuet MBPJ dan telah mencatatkan kejayaan yang amat memberangsangkan dengan penyertaan seramai 501 orang peserta dari seluruh negara.

Antara pencapaian utama kejohanan ialah:

• Berjaya mencapai sasaran 500 peserta.
• Penyertaan daripada sekurang-kurangnya 10 negeri dan wilayah.
• Hampir 90% peserta datang dari Lembah Klang.
• Kategori Bawah 14 Tahun dan Bawah 11 Tahun menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan penyertaan.
• Penyertaan wanita melebihi 100 orang peserta.
• SRAI Taman Keramat muncul sebagai kontinjen sekolah terbesar.
• Menjadi antara kejohanan catur terbuka terbesar di Lembah Klang bagi tahun 2026.


4.0 ANALISIS PENYERTAAN

4.1 Penyertaan Mengikut Negeri

Negeri

Bilangan

Selangor

348

Wilayah Persekutuan

100

Pahang

13

Negeri Sembilan

9

Perak

9

Johor

7

Melaka

5

Kedah

3

Kelantan

3

Pulau Pinang

1

Jumlah

501

Selangor merupakan penyumbang terbesar dengan 348 peserta atau 69.5% daripada keseluruhan penyertaan. Jika digabungkan dengan Wilayah Persekutuan, kedua-dua kawasan ini menyumbang hampir 90% daripada jumlah peserta.

4.2 Penyertaan Mengikut Kategori

Kategori

Bilangan

Bawah 14 Tahun (B14)

124

Bawah 11 Tahun (B11)

129

Terbuka

92

Bawah 08 Tahun (B08)

49

IPT

59

Bawah 17 Tahun (B17)

48

 

 

Jumlah

501

Kategori Bawah 11 Tahun merupakan kategori paling popular dengan 129 peserta, diikuti kategori Bawah 14 Tahun dengan 124 peserta.

4.3 Penyertaan Mengikut Jantina

Jantina

Bilangan

Lelaki

397

Perempuan

104

 

 

Jumlah

501

Penyertaan wanita melepasi angka 100 orang, menunjukkan perkembangan positif penglibatan pemain wanita dalam sukan catur.


5.0 KEPUTUSAN KEJOHANAN

Kejohanan telah mempertandingkan enam kategori utama iaitu:

1. Terbuka

2. IPT

3. Bawah 17 Tahun

4. Bawah 14 Tahun

5. Bawah 11 Tahun

6. Bawah 08 Tahun

Keputusan penuh bagi semua kategori dilampirkan dalam Lampiran Keputusan Rasmi Kejohanan.

Rujuk link di chess-results >> https://s2.chess-results.com/tnr1433709.aspx?lan=1&art=79&turdet=YES&SNode=S0&tno=1433709&zeilen=99999

 


6.0 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN

Kejohanan telah dikendalikan oleh pasukan pengurusan dan pengadil yang berpengalaman bagi memastikan perjalanan pertandingan berjalan lancar, teratur dan mematuhi Undang-undang Catur FIDE.

Tugas utama melibatkan:

• Pendaftaran peserta.
• Pengurusan keputusan dan pairing.
• Pengurusan dewan pertandingan.
• Pengendalian cabutan bertuah.
• Penyelarasan majlis penutup dan penyampaian hadiah.
• Kawalan teknikal pertandingan.


7.0 GAMBAR

Boleh lihat gambar-gambar menarik di link2 berikut:

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=libpkpj&set=a.1434317475385895

t.me/caturmbpj

 


8.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Kejohanan Catur Terbuka Piala Datuk Bandar Petaling Jaya 2026 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti catur seluruh negara.

Penyertaan seramai 501 orang peserta membuktikan kejohanan ini mempunyai daya tarikan yang tinggi dan berpotensi untuk terus berkembang sebagai salah satu kejohanan catur utama di Malaysia.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), para penaja, pegawai pertandingan, sukarelawan, ibu bapa, guru-guru serta semua peserta yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran kejohanan ini.

 

Disediakan oleh,

Johaari bin Ismail
FIDE Arbiter (FA) – FIDE ID 5763991
Tournament Director & Chief Arbiter
Cerdik Catur Enterprise

 



 

Monday, April 27, 2026

KEJOHANAN CERDIK CATUR B12 KIPMALL DESA COALFIELDS 8.0 (10 Mei 2026)

 ♟️ KEJOHANAN CERDIK CATUR B12 KIPMALL DESA COALFIELDS 8.0 ♟️
📅 10 Mei 2026 (Ahad)
📍 KIPMall Desa Coalfields, Sg Buloh
🔥Terbuka khas untuk anak-anak bawah 12 tahun!

🏆 Hadiah menarik menanti:
💰 Wang tunai + hampers + medal + sijil
🎉 2 pemain terbaik setiap kategori umur & pemain perempuan terbaik
🌟 Anugerah khas:
Pemain terbaik murid berkeperluan khas (OKU)
(minimum 3 peserta dalam kategori ini)
🎁 Hamper + medal + sijil
⚠️ Tempat TERHAD! Jangan lepaskan peluang!
📲 Daftar sekarang: https://forms.gle/u1SjZzsiYurZ2Aev7
📞 Zarina (Cerdik Catur): 017-6952169
👉 Update 27 April: 22 slot kosong ..Siapa cepat, dia dapat tempat! ♟️🔥

 


 

 

 

Tuesday, December 16, 2025

BACK TO BACK CHESS COMPETITION AT KIPMALL !!

Berita baik buat ibu bapa dan pemain catur bawah 12 tahun...

Dua event catur khas kanak-kanak bakal diadakan di Kipmall dengan lokasi dan tarikh berbeza. Acara pertandingan catur yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pemain muda dalam suasana pertandingan yang sihat, menyeronokkan dan membina keyakinan diri.

Ayuh daftar segera!! 

 
♟️✨ Kejohanan Cerdik Catur Kipmall Desa Coalfields Kali ke-7 (B12) ✨♟️

📅 10 Januari 2026 (Sabtu)
🕘 9.30 pagi – 5.00 petang
📍 KipMall Desa Coalfields, Sungai Buloh

👦👧 Khas untuk anak² lahir tahun 2014 & selepasnya
🎁 Hadiah wang tunai, hamper, medal & sijil menanti hingga TOP 10!
🌸 Saguhati khas untuk pemain terbaik perempuan & setiap kumpulan umur
📜 Sijil penyertaan disediakan.
💸 Yuran: RM25 sahaja deposit ke MAYBANK 564810006279 
🔗 Ayuh daftar cepat ➡️ https://forms.gle/uu9QFPe76DDCX6Rh7

⏳ Tutup 9 JAN @ kuota penuh 80 peserta!

📞 Pertanyaan:
Puan Zarina Cerdik Catur 017-6952169 🥰
 
 =========================================================
 

♟️ KEJOHANAN CERDIK CATUR B12 KIPMALL BANGI 6.0♟️
👦👧 Terbuka kepada kanak-kanak lahir 2014 & selepasnya!

📅 Tarikh: 11 Januari 2026 (Ahad)
📍 Tempat: Tingkat 2, KipMall Bangi https://share.google/38kFnB8pYzRfZcb88
💰 Yuran: RM22 sahaja
♟️ Format: 6 Pusingan Swiss Sistem, 20 min.

🏆 Hadiah Menarik Menanti!
🥇 Johan: RM200 + Medal
🥉 Wang tunai utk Top 10, Terbaik Perempuan & Terbaik Umur
🎁 Lucky Draw: Hamper
📜 Sijil penyertaan disediakan.

✨ Asah minda, bina keyakinan & cipta pengalaman berharga untuk anak anda!
Jom daftar sekarang!‼️👉🏼https://forms.gle/R9r9939tefLVPPr79

⛔ Tutup 9 Januari 2026 atau cecah 70 peserta

📞 Pertanyaan: Pn. Zarina 017695 2169 
Terima kasih🥰


Thursday, August 14, 2025

Kejohanan / Pertandingan Catur yang seterusnya...

Salam Sejahtera semua..berikut adalah senarai ringkasan Acara Kejohanan Catur yang dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise 😎

✌️
♨️ 17 Ogos 2025: Kejohanan Cerdik Catur B11 Pinnacle Sri Petaling Mall 👉🏼 https://forms.gle/EMUKUa4D8focHuTH8
 
♨️ 30 Ogos 2025:
Kejohanan Cerdik Catur Kilat Ambang Merdeka Meru 👉🏼https://forms.gle/qD19iwj6qFTbbHGi9
 
♨️ 6 Sept 2025:
Kejohanan Cerdik Catur B12 Pasaraya Borong Matahari Nilai 👉🏼https://forms.gle/3GXmdZac45Si2RkY6
 
️‼️Bersedia semua Sept/Okt ‼
👉🏼 3rd Cerdik Catur Skypark Subang Chess Challenge
👉🏼 Kejohanan Cerdik Catur B13 Kipmall Desa Coalfields 6.0
👉🏼 Kejohanan Cerdik Catur B12 Kipmall Bangi 5.0
 
🔥 25 OKTOBER 2025:
Kejohanan Catur Terbuka Shah Alam City (Individu) https://forms.gle/y8K7cxEarvNrbqip8
 
🔥26 Oktober2025 Kejohanan Catur Terbuka Shah Alam City -Berpasukan TRIO https://forms.gle/y8K7cxEarvNrbqip8
♟️♟️♟️🥰
Info: Zarina Cerdik Catur 0176952169
 
🫱🏼‍🫲🏻Terima kasih atas sokongan ANDA 🫰🏼

Thursday, July 17, 2025

Kejohanan Cerdik Catur B11 Pinnacle Sri Petaling Mall

 ♟️ Salam sejahtera ...Hai 👋🏻adik-adik pandai main catur?
JOM Sertailah Kejohanan Cerdik Catur B11!

📍 Pinnacle Sri Petaling Mall https://share.google/7PYHnAaXy9fCIfGHf
📅 Ahad  17 OGOS 2025
💰 Sejumlah RM1,000 + Medal + Sijil untuk dimenangi!
🧒👧 Untuk pemain bawah 11 tahun je tau!

🎟️ Yuran: RM30 (DAFTAR AWAL, DISKAUN RM2!)
💳 Deposit ke: Cerdik Catur Enterprise Maybank: 564810006279
📅 Tutup penyertaan: 11 Ogos @ bila cukup 80 peserta

📲 DAFTAR SEGERA
👉🏼 https://forms.gle/EMUKUa4D8focHuTH8

📞 Info lanjut: 017-6952169 (Zarina Cerdik Catur)
🧠 Mari uji minda, bina keyakinan & kumpul pengalaman!

Semua peserta akan terima sijil penyertaan. Jangan lepaskan peluang ini🥰


 🎉♟️ JOIN THE FUN! KEJOHANAN CERDIK CATUR B11! ♟️🎉
🧠 Are you a young chess master in the making? Ready to show your skills? This is YOUR moment!

📍 Pinnacle Sri Petaling Mall
📅 Sunday 17 August 2025
👦 Category: Under 11 Years Old (Born 2014 onwards)

🔥 Exciting Prizes Await! 🔥
💰 RM1,000 in Cash Prizes!
🏅 Medals + Certificates!
🏆 Prizes up to 10th Place + Special Awards for Top Girl & Age Group Champions!

🎯 Entry Fee:
Only RM30 per person (Get RM2 OFF if you register before 3 AUGUST 2025)
💳 Pay to: Cerdik Catur Enterprise
Maybank: 564810006279

🕹️ Tournament Format:
7 Rounds | Swiss System
⏱️ Time Control: 20 minutes per player
📜 Rules: Based on FIDE & Tournament Regulations

📌 REGISTRATION CLOSES: 11 AUGUST 2025 or when 80 players are reached!

📲 REGISTER NOW!
👉 https://forms.gle/EMUKUa4D8focHuTH8

📞 Contact: 017-6952169 (Zarina Cerdik Catur)

🎯 Don't wait! Limited slots available!

Monday, May 5, 2025

Aktiviti Pengendalian Kejohanan / Pertandingan Cerdik Catur Seterusnya...

 Salam Sejahtera semua..berikut adalah senarai ringkasan Acara Kejohanan Catur yang dikendalikan oleh Cerdik Catur Enterprise 😎✌️

♨️ 24 Mei 2025: Kejohanan Cerdik Catur B12 Kipmall Bangi 4.0 👉🏼 bit.ly/kipmallbangi4

♨️ 31 Mei 2025: Kejohanan Catur Terbuka Berpasukan 3Campuran MBSJ 👉🏼 bit.ly/triomixmbsj2

♨️ 14 Jun 2025:
Kejohanan Catur Terbuka Piala Datuk Bandar PETALING JAYA 👉🏼 bit.ly/caturmbpj11

♨️ 21 Jun 2025:
Kejohanan Cerdik Catur U13 Kipmall Desa Coalfields 5.0 👉🏼 bit.ly/caturkipmalldc5

Bersedia semua‼️‼️👉🏼
🔥 25 OKTOBER 2025:
Shah Alam City Trio Team Chess Championship  ♟️♟️♟️🥰

Info: Zarina Cerdik Catur 0176952169
🫱🏼‍🫲🏻Terima kasih atas sokongan ANDA 🫰🏼

 

 



 

Related Posts with Thumbnails