Pejam celik, lagi beberapa hari akan  masuk tahun baru 2012. Dikenangkan semula aktiviti catur yang melibatkan  Cerdik Catur Enterprise pada tahun 2011, boleh dikatakan mencapai  sasaran pihak kami iaitu berjaya menggerakkan aktiviti catur kepada 3  saluran fasanya iaitu 1. Anjuran kejohanan catur 2. Bengkel/Seminar  Catur dan 3. Jualan/sewaan peralatan catur.
Pada tahun ini juga, pihak kami berjaya  mewujudkan kerjasama baru dengan beberapa organisasi baru iaitu seperti  Klang Parade, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, Kompleks 3 C, Majlis  Perbandaran Subang Jaya dan beberapa organisasi lagi. Persefahaman dan  sokongan baru dengan beberapa IPT seperti UiTM Segamat, Uitm Melaka, UKM  , UPSI, UTEM, MMU dan beberapa pihak IPT tahun depan dari segi  penyertaan peserta dan kerjasama anjuran aktiviti catur akan membawa ke  arah pembangunan sukan catur dengan lebih cepat dan akhirnya dijangka  akan membawa penyatuan komuniti catur yang lebar besar lagi di Malaysia.
Pada tahun 2011, penyertaan melebihi 100  peserta bagi kejohanan Catur anjuran Cerdik Catur Enterprise iaitu  seperti Cabaran Cerdik Catur, Cerdik Catur SEMI PRO, Kejohanan Catur  Amatur dan juga penyertaan melebihi 100 peserta bagi aktiviti catur  anjuran bersama dengan Klang Parade, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya  dan Kompleks 3C, MPSJ dan beberapa organisasi lain seperti kejohanan  catur Ole-Ole di Shah Alam yang memerlukan bantuan pihak kami dari segi  teknikal dan pemasaran/publisiti telah berjaya membantu mencapai sasaran  penyertaan melebihi 100 peserta. Ini telah membuktikan sokongan  daripada pelbagai pihak dalam membantu menjayakan aktiviti catur.  Penganjuran kejohanan terakhir kami pada tahun ini iaitu Kompleks 3C  Amateur Chess Championship dengan penyertaan seramai 150 peserta (rekod  jumlah peserta paling ramai bagi 1 kategori acara terbuka di Selangor/KL  dan mungkin di Malaysia) telah juga berjaya membawa beberapa pihak baru  ke arah ingin melibatkan dalam memajukan aktiviti catur mulai tahun  depan.
Peranan dan cara kami menjalankan  pengurusan Cerdik Catur Enterprise mengikut konsep garis panduan seperti  pentadbiran berlandaskan piawaian ISO banyak membantu pihak kami  menjalankan aktiviti catur dengan jayanya. Bermula dengan penyiapan ‘Procedure Manual’ Cerdik Catur Enterprise dan perlaksanaannya dan kemudian daripada berpuluh-puluh NCR (Non-Conformance Report)  yang kami berjaya nampak dan terpaksa keluarkan pada tahun 2010 kepada 3  fasa saluran pentadbiran kami, berjaya juga kami kurangkan kepada tidak  sampai 10 sahaja NCR (Non-Conformance Report) pada  tahun ini. Ini secara langsung berjaya memantapkan kesemua saluran fasa  pengurusan kami ke tahap dan sasaran yang kami dikehendaki. Action Plan yang sentiasa kami perbaharui dan laksanakan, telah banyak membantu ke arah itu.
Pada tahun 2012 pula, beberapa  organisasi baru daripada badan kerajaan dan swasta, beberapa sekolah  rendah dan menengah dan juga beberapa lagi Institusi Pengajian Tinggi  Awam dan Swasta (IPTA/S) telah secara lisannya bersetuju menjalankan  aktiviti catur dengan kerjasama Cerdik Catur Enterprise. Dijangka juga  mulai tahun depan, beberapa persatuan catur negeri akan menjalankan  aktiviti caturnya dengan kerjasama Cerdik Catur Enterprise. Terdapat  juga beberapa individu ahli perniagaan korporat juga yang secara lisan  telah menghubungi pihak kami untuk menaja beberapa kejohanan catur tahun  depan melalui Cerdik Catur Enterprise.
Penyatuan, gabungan dan kerjasama oleh  semua pihak yang disebut di atas dijangka akan mewujudkan dana minimum  RM30 ribu pada tahun depan dalam menjalankan aktiviti catur. Ini secara  tidak langsung telah mewujudkan satu kejutan dan perubahan besar di  dalam konsep kewujudan dana catur melalui gabungan tersebut.
Dengan aktiviti catur yang dijangka akan  lebih bertambah banyak bukan sahaja anjuran Cerdik Catur dan banyak  pihak lain, akan juga merumitkan untuk mendapatkan tarikh yang sesuai  untuk menjalankan aktiviti catur seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun,  pihak kami rasa tidak akan mendatangkan apa-apa masalah bagi negeri  Selangor dan Wilayah Persekutuan kerana kebanyakan aktiviti catur di  kedua negeri ini dijalankan oleh Cerdik Catur Enterprise.
Dengan adanya kerjasama dengan dua pusat  aktiviti catur mulai tahun depan iaitu di DATCC, Wilayah Kompleks, KL  dan juga Kompleks 3C, MPSJ di Subang, tempat menjalankan aktiviti catur  dijangka tidak akan menghadapi apa-apa masalah bagi kawasan Kuala Lumpur  dan kawasan negeri Selangor.
Matlamat pihak kami mulai tahun 2013  ialah dengan sasaran menyatukan lebih 30 organisasi yang ingin terlibat  sama dalam menjayakan aktiviti catur dan akhirnya akan menwujudkan  Konsortium Cerdik Catur yang berkemampuan menganjurkan aktiviti catur  dengan jayanya.
Dengan pentadbiran yang mantap yang  sedang Cerdik Catur Enterprise usahakan setahun demi setahun sehinggalah  pada tahun 2015, konsortium ini dijangka bakal memainkan peranan besar  sebagai ‘payung’ dan paling berpengaruh dan paling hebat di dalam  menjayakan sebarang aktiviti catur di Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Cerdik Catur Enterprise