Pages

Saturday, August 14, 2010

Hebatnya Cabaran Cerdik Catur Terbuka 2010

Cabaran Cerdik Catur Terbuka yang Pertama telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Ogos 2010 di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam. Seramai 102 peserta dari pelbagai peringkat umur yang mana hampir 50 peratus peserta adalah terdiri daripada pelajar2 sekolah menengah dan rendah telah menyahut cabaran kali ini.

SAM_0049 SAM_0046

Suasana di dalam dewan yang cukup besar dan selesa yang disediakan oleh Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor.

SAM_0055 SAM_0051

Bazaar peralatan catur ke-11 oleh Cerdik Catur Enterprise tetap mendapat sambutan hangat dari para peserta dan pengunjung. Ada promosi harga rendah untuk buku-buku serta jam catur sempena menjelangnya Ramadan.

SAM_0065

HEBAT!! Promosi harga rendah jam catur digital sebelum Raya. Kalau berminat, jangan segan2 hubungi SM

SAM_0060 SAM_0061

Aksi juara Cerdik Catur Terbuka, Muhd Syakir Shazmeer di pusingan ke-3. Beliau menang kesemua 6 permainan dan seri dengan Fadzil Nayan di pusingan ke-6 lalu memungut mata tertinggi dan berjaya merangkul Juara serta memenangi hadiah wang tunai RM 300. (ayat skema hehe..)

SAM_0074 SAM_0057

Kiri: Muhd Hanif Azmi VS Abd Halim

Kanan: Adik Nurul Aina bersila di kerusi sambil menentang Mohd Raimi-peserta yg menduduki tempat ke-4 dlm cabaran ini.

SAM_0066 SAM_0067

azhar

Azhar MS (baju belang hitam) turut meriahkan suasana kejohanan. Kesemua 4 orang anak beliau turut sertai dan menang hadiah wang tunai dalam Cabaran Cerdik Catur ini.

SAM_0068 SAM_0069

SAM_0071 SAM_0072

SAM_0073 SAM_0070

Kiri: Shamsuddin Sabri AKA firey_rook VS Hamizan Yaacob (1-0)

Kanan: Muhd Irfan Hakkim VS Fikri Saleh (1-0)

SAM_0084 SAM_0090

Pelajar2 yang beruniform biru ini adalah dari Sekolah Agama Maahad Hafiz Kelang.

SAM_0076 SAM_0089

SAM_0077 SAM_0082

Jurang usia bukan penghalang-Adik Nik Muhd Haziq Najmuddin (baju hijau) menunjukkan bakat yang cemerlang sambil diperhatikan oleh bapanya, Cikgu Nik Azrihan. Di gambar kanan adalah adik perempuan beliau, Nik Nur Nadzirah. Mereka ni adalah dari Kuala Krai, tiba di KL pukul 4 pagi hari Ahad tersebut semata-mata untuk menyahut cabaran. Syabas dan diharapkan Cikgu Nik teruskan usaha memberi pendedahan catur kepada anak2 beliau di peringkat awal.

SAM_0092 SAM_0096

Antara adik-adik yang berani sahut cabaran… Syabas!

SAM_0080 SAM_0081

SAM_0079 SAM_0083

Kiri: Kelihatan Ketua Arbiter, Faisal sedang memberi amaran kepada peserta yang membuat ‘illegal move’

SAM_0075 SAM_0088

SAM_0095 SAM_0094

Kiri: Haslindah yang kini ‘semakin berbisa’ kerana beliau yang biasanya mendapat tempat Terbaik Wanita telah berjaya melayakkan diri di kalangan TOP 8 dan menang hadiah Utama tempat ke-7. Manakala Puteri Rifqah Fahada telah menjadi peserta Terbaik Wanita dalam Cabaran ini.

SAM_0099 SAM_0100

SAM_0093 SAM_0091

Kiri: Husien Ahmad VS Ibrahim Nash-Beliau yang lama tak kelihatan di pertandingan2 catur tapi telah melakukan ‘comeback’ di Cabaran Cerdik Catur dan mendapat Terbaik Veteran.

SAM_0097 SAM_0098

SAM_0101 SAM_0102

SAM_0106 SAM_0108

Pusingan akhir (pusingan 7) tamat tepat pada pukul 6 petang dan peserta2 sabar menunggu acara penyampaian hadiah.

SAM_0109 SAM_0110

SAM_0085 SAM_0087

Antara hadiah2 yang disediakan kepada para peserta Cabaran kali ini. Selain daripada hadiah wang tunai  dan 5 hadiah cabutan bertuah, pihak Cerdik Catur Enterprise telah menambah 5 lagi hadiah istimewa untuk para peserta. Syabas dan Tahniah kepada para peserta dan penganjur yang tetap HEBAT!

 

No comments:

Related Posts with Thumbnails