Jom sertai “THE ONLY AMATEUR CHESS TOURNAMENT IN MALAYSIA THIS YEAR“. Kejohanan ini akan dianjurkan oleh Cerdik Catur Enterprise iaitu organisasi catur PALING AKTIF di Malaysia.
99.99% kejohanan catur yang diadakan di 
Malaysia adalah terbuka. Kalau bukan terbuka, penganjur catur akan buat 
beberapa kategori seperti terbuka, sekolah menengah dan juga rendah. 
Tapi kalau diperhatikan betul-betul bagi kategori terbuka, semua 
hadiah-hadiah utama seperti top 15 atau top 10 akan dimenangi pemain 
catur yang bertaraf PRO (NR 1700 +) dan SEMI PRO (NR 1600 +). Dan ini berlanjutan tahun demi tahun. Pemain bertaraf AMATUR (NR 1600 dan ke bawah )
 hanya mampu jeling jauh-jauh dan cuma dapat memenangi hadiah terbaik 
kategori sahaja. Sampai bila pemain AMATUR boleh dapat rasai nikmat 
pemain catur bergelar juara ? Inilah penyelesaiannya. Inilah jawapannya.
 Kejohanan catur HANYA UNTUK PEMAIN AMATUR.
Diharap dengan adanya kejohanan seperti ini, akan dapat memeriahkan lagi aktiviti catur di Malaysia.
“CATUR MEMBINA MINDA CERDAS“
Flyer dan borang kejohanan


