Peminat catur cilik dijemput menyertai Kejohanan Bintang Cilik Cerdik Catur 2026 pada 21 November 2026 di Bangi Gateway. Kejohanan ini terbuka kepada pemain yang lahir pada tahun 2014 dan selepasnya, dengan yuran penyertaan RM25 sahaja.
Pertandingan akan berlangsung dari 9.30 pagi hingga 4.30 petang menggunakan Sistem Swiss sebanyak tujuh pusingan. Setiap pemain diberikan kawalan masa 15 minit dengan tambahan 3 saat bagi setiap gerakan. Hadiah menarik menanti, termasuk hadiah wang tunai untuk 10 pemain terbaik, hadiah bagi kumpulan umur dan hadiah khas perempuan. Sijil penyertaan juga disediakan untuk semua peserta.
Tajaan hadiah daripada Puan Khairul Bariah membawa makna yang cukup istimewa. Anak-anak beliau, Mohd Sameer dan Mohd Shahir, pernah aktif bermain catur sekitar tahun 2013 hingga 2017, ketika berusia kira-kira 9 hingga 15 tahun. Pada waktu itu, beliau sering membawa mereka menyertai kejohanan catur di pelbagai tempat, termasuklah kejohanan2 catur anjuran Cerdik Catur Enterprise (di bawah kendalian arwah StoneMaster Fadli).
Kini, walaupun anak-anaknya tidak lagi aktif bertanding, kenangan perjalanan bersama mereka tetap dekat di hati. Sumbangan beliau untuk kejohanan ini lahir daripada hasrat untuk mengimbau kembali kenangan indah tersebut dan memberi sokongan kepada generasi pemain catur cilik yang baharu.💖💖💖
Kejohanan ini dianjurkan oleh Cerdik Catur Enterprise dengan Bangi Gateway sebagai penaja lokasi. Penyertaan terhad kepada 100 peserta. Pendaftaran ditutup pada 18 November 2026 atau lebih awal jika kuota penuh.
Daftar di sini: https://forms.gle/Gy8cLWEFksHSJRMJ8
Untuk pertanyaan, hubungi Puan Zarina di 017-695 2169.


No comments:
Post a Comment