Pages

Sunday, January 23, 2011

DARE TO TAKE CERDIK CATUR CHESS CHALLENGE ON 5 FEB 2011?

COME, DON'T MISS IT! LET'S BE PART OF THIS PHENOMENAL CHESS EVENT!
Biar betul...! Sudah lebih 120 peserta pra daftar Cabaran Cerdik Catur Ke-2 yang akan diadakan pada 5 Februari 2011 (Sabtu) di Dato' Arthur Tan Chess Centre (DATCC), Wilayah Kompleks Kuala Lumpur. 

Senarai nama pra daftar boleh dilihat DI SINI.

Tempat adalah dijamin sekiranya bayaran yuran penyertaan dijelaskan sebelum 5 Feb 2011. 

Anda berani sahut cabaran ini?? Jadi apa yang ditunggu lagi? 

Monday, January 10, 2011

Penerima Hadiah Cabutan Bertuah Sumbangan Cerdik Catur Enterprise di 17Chess Club Open 9 Jan 2011

Jom tengok siapa yang bertuah...


CM Fadli AKA StoneMaster telah dijemput untuk menyampaikan hadiah cabutan bertuah yang disumbangkan oleh Cerdik Catur Enterprise semasa acara penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan Catur Terbuka 17Chess Club 2011 anjuran Pengurusan Catur Ar Rahman.

 
 

Suasana meriah dan ceria di acara cabutan bertuah.
 
Abdullah Che Hassan - Paling bertuah - Dah lah diisytiharkan Juara, dapat hadiah bertuah lagi  :)


Dengan mempunyai kelebihan mata pemutus seri, Abdullah Che Hassan yang mempunyai markah yang sama dengan Ian Udani dan Ahmad Fadzil Nayan telah menjuarai Kejohanan 17Chess Club Open yang diadakan pada Ahad, 9 Januari 2011. Seramai 54 peserta telah menyertai kejohanan catur rapid 7 pusingan Swiss ini yang berlangsung di Dato' Arthur Tan Chess Centre (DATCC), Wilayah Kompleks Kuala Lumpur.  

Lain-lain pemenang hadiah Terbaik Kategori adalah seperti berikut:
Terbaik IPT-Muhd Syazwan Zulkifli
Terbaik Wanita-Jocelyn Teo Si Xian
Terbaik Bawah 18-Ethan Wong
Ke-2 Terbaik Bawah 18-Roshan Ajeet Singh
Terbaik National Rating U1500-Rohizan Mohd Ali
Ke-2 Terbaik NR U1500-Saleh Abdul Latif

Keputusan penuh kejohanan ini boleh dilihat DI SINI.

Thursday, January 6, 2011

Kata-kata Hikmat untuk Cabaran Cerdik Catur



Menarik bukan? Begitulah kata-kata hikmat yang SM cedok dari Wall Facebook salah seorang sahabat SM iaitu saudara Khairudin Maliki. Mungkin kata-kata tersebut juga boleh dijadikan sebagai perangsang dan motto untuk kita menyahut CABARAN CERDIK CATUR 2011!

Saturday, January 1, 2011

Cabaran Cerdik Catur ke-2 @ 5 Feb 2011 di DATCC Kuala Lumpur

Khas untuk peminat2 catur tanahair, Cerdik Catur Enterprise akan menganjurkan sekali lagi 'Cabaran Cerdik Catur' pada hari Sabtu, 5 Februari 2011 bertempat di Dato' Arthur Tan Chess Centre (DATCC), Tingkat 4 Wilayah Kompleks, Kuala Lumpur.

Kali ini, hadiah wang tunai RM 400 ditawarkan untuk Juara. Selain hadiah untuk 10 tempat teratas, terdapat juga beberapa hadiah wang tunai untuk peserta terbaik dalam kategori tertentu seperti 5 hadiah untuk peserta terbaik Amatur (NR 1401-1650), 5 hadiah untuk peserta terbaik Novis (NR 500-1400), 2 hadiah untuk peserta terbaik tanpa rating dan 1 hadiah setiap satunya bagi peserta terbaik penuntut IPT, wanita, veteran (berumur 45 tahun keatas), guru sekolah, pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah.

Seperti biasa, acara kejohanan catur ini juga akan disertai dengan Bazaar jualan peralatan catur Ke-15 oleh pihak Cerdik Catur Enterprise. Anda boleh dapatkan pelbagai barangan seperti set buah catur, papan catur, jam catur digital/analog, chess demo board, buku score sheets, buku-buku catur dan sebagainya dengan harga yang sangat berpatutan.

Flyer Cabaran Cerdik Catur Ke-2

Ada lagi ... Para peserta juga berpeluang menang hadiah-hadiah menarik dalam acara Cabutan Bertuah yang akan diadakan di penghujung acara penyampaian hadiah nanti. Sebiji telefon bimbit menanti untuk diberikan kepada peserta yang bertuah pada hari tersebut.

Sempena tahun baru 2011 ini juga, tawaran istimewa - YURAN PERCUMA - diberikan kepada peserta pertama yang mendaftar melalui emel untuk menyertai kejohanan ini.

Jadi apa yang ditunggu lagi, BERANI TAK SAHUT CABARAN INI...???

Nota Istimewa: Cabaran Cerdik Catur Ke-2 ini terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.


Related Posts with Thumbnails