Pages

Wednesday, January 22, 2014

Monday, January 13, 2014

LOKASI BARU - BENGKEL KEMAHIRAN INTENSIF CATUR @ 19 & 26 JAN INI..

Lokasi baru -

Peta ke DEWAN BUNGA KERTAS - Bagi bulan Januari 2014, lokasi Bengkel Kemahiran Intensif Catur telah ditukar ke alamat seperti dibawah :

Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

https://www.facebook.com/events/224188857705303/?ref_dashboard_filter=upcoming

Kalau anda dari Lebuhraya Persekutuan, selepas Tol Batu 3 Shah Alam, masuk ke kanan iaitu (Jalan Subang)..kemudian ikut kanan sahaja dan akan jumpa tanda arah ke kanan ke politeknik shah alam dan juga TTDI Jaya (Jalan Monfort) ..jalan terus sahaja iaitu ke TTDI Jaya dan cuba cari Dewan Bunga Kertas Seksyen U2 berpandukan alamat dan peta yang dimuatkan di sini..anda juga boleh rujuk google map untuk mencari lokasi dewan ini..



Friday, January 3, 2014

BENGKEL KEMAHIRAN INTENSIF CATUR@ 19 & 26 JANUARI 2014

Maklumat lanjut mengenai Bengkel Kemahiran Intensif Catur pada 19 & 26 Januari ini di Dewan Merbau, Seksyen 17, Shah Alam, sila layari www.stonemaster.info/training Antara salah satu tujuan diadakan aktiviti bengkel ini adalah untuk menyediakan salah satu lagi platform tambahan latihan catur kepada peserta yang berminat ingin menambahkan lagi pengetahuan permainan catur dan juga meningkatkan permainan catur mereka yang diajar oleh fasilitator yang mempunyai FIDE rating standard yang tinggi (ELO 2000 ke atas) yang dilantik oleh pihak penganjur untuk kendalikan aktiviti ini. 



Wednesday, January 1, 2014

Kejohanan Catur Kilat Lembaran 2014 - Gambar & Keputusan

Menyambut tahun baru 2014 dengan bermain catur kilat di Seksyen 17 Shah Alam!! Acara yang dianjurkan oleh Cerdik Catur Enterprise ini telah mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan iaitu seramai 64 peserta dari pelbagai peringkat umur. Kesemua peserta bermain sebanyak 12 pusingan dengan kawalan masa 5 minit seorang dengan tawaran hadiah yang berupa pelbagai barangan...!! 

   

KLIK SINI UNTUK MELIHAT KEPUTUSAN PENUHNYA --> CATUR KILAT LEMBARAN 2014

Related Posts with Thumbnails