Pages

Tuesday, April 30, 2013

CERDIK CATUR RATING (BLITZ) LIST OFFICIALLY RELEASED @ 1st MAY 2013

Sila SEMAK Cerdik Catur Rating (Blitz) ANDA...sila rujuk juga rating di www.stonemaster.info dan juga di www.cerdikcaturrating.blogspot.com. Seramai 83 peserta sudah berada di dalam senarai nama di Cerdik Catur Rating (Blitz) sejak mula diperkenalkan pada awal bulan April 2013.

Cerdik Catur Rating....Ini bukan sekadar rating !!!


Monday, April 29, 2013

Senarai Pemenang Hadiah Pertandingan Catur Kilat Sempena Revolusi Merdeka Anak Muda Paya Jaras


Keputusan penuh pertandingan ini boleh dilihat di www.stonemaster.info (KLIK SINI)

Sunday, April 21, 2013

Jom kita main CATUR KILAT !!!


Keputusan Pertandingan Catur Terbuka Tun Syed Zahiruddin 2013

Pertandingan Catur Terbuka Piala Tun Syed Zahiruddin telah berlangsung dengan meriahnya pada 20 April 2013 dengan disertai oleh sejumlah 140 peserta dari pelbagai peringkat umur. Untuk tahun ini, CM Fadli telah dilantik sebagai Ketua Arbitor dan format pertandingan juga turut diubah kepada 3 kategori iaitu Kategori Terbuka, Bawah Umur 16 dan Bawah Umur 12 tahun. Untuk kategori terbuka, para peserta boleh mewujudkan pasukan yang dianggotai oleh 4 orang setiap kumpulan untuk merebut hadiah khas yang ditawarkan.

 

PUTERI DELISYA

KL CHESS KIDS

CANDY CRUSHES SAGA

Puteri Munajjah Az-Zahraa - Juara Kategori Bawah 12 tahun

Puteri Rifqah Fahada Azhar - Juara Kategori Bawah 16 tahun

Robert Legaspi - Juara Kategori Terbuka

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menyokong dan menjayakan acara ini. Keputusan penuh pertandingan ini boleh dilihat di www.stonemaster.info (KLIK SINI)

Sunday, April 14, 2013

Keputusan Pertandingan Catur Fiesta Sukan Untuk Semua 2013

Pertandingan Catur Fiesta Sukan Untuk Semua Selangorku telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 13 April 2013. Pihak Cerdik Catur telah diberi notis pengesahan untuk mengadakan pertandingan ini pada jangkamasa yang amat singkat iaitu hari Rabu lepas dan memandangkan jadual kerja dan aktiviti harian yang cukup ketat, pihak Cerdik Catur telah mencadangkan agar pertandingan ini dibuat di sebelah malam. Sambutan yang agak memberangsangkan telah diterima daripada peminat2 catur untuk turun beradu minda dan bersengkang mata di Tanjung Karang di mana sejumlah 67 peserta telah datang mengambil bahagian. Pertandingan bermula pada pukul 9 malam di mana para peserta bermain dengan kawalan masa 15 minit seorang sebanyak 7 pusingan Swiss dan acara penyampaian hadiah telah diadakan tepat pada pukul 2.30 pagi.

CM Fadli bergambar kenangan    


Senarai keputusan penuh bagi pertandingan ini boleh dilihat di www.stonemaster.info (KLIK SINI)


Thursday, April 11, 2013

Pertandingan Catur Fiesta Sukan Selangorku 2013 @ JUARA akan terima RM 700 !!!

Kepada peserta yang berminat sertainya, sila SMS kepada CM Fadli (014-2312370) nama penuh, tahun lahir dan kategori hadiah yang layak seperti IPT, k.tangan kerajaan, veteran, pelajar sekolah rendah/menengah atau anak selangor.

  Yuran penyertaan hanya RM5 untuk pelajar sekolah rendah/men dan OKU. RM 10 – Lain-lain. Bayaran yuran boleh dbuat pada hari pertandingan. Tarikh pertandingan ialah pada hari Sabtu ini (13 April 2013) bermula pusingan pertama dari jam 9 malam hingga 1.30 pagi. Tempat pertandingan ialah di Dewan Dato’ Hormat, Tanjung Karang.

Maklumat lanjut, sila layari www.stonemaster.info

PERTANDINGAN CATUR FIESTA SUKAN SELANGORKU 2013 @ 13 APRIL (SABTU) /MASA : 9 MALAM - 1.30 PAGI


Tuesday, April 9, 2013

Gambar-gambar menarik di Klang Parade Chess Championship (KPCC) 2013

Kejohanan Catur Klang Parade kali ke-12 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 & 7 April 2013. Ini merupakan kali ke-3 Cerdik Catur Enterprise bekerjasama dengan pihak Klang Parade untuk mengendalikan kejohanan ini. Penyertaan yang sangat menggalakkan telah diterima untuk kedua-dua kategori iaitu seramai 105 peserta untuk kategori peringkat usia (bawah 12 & 18) manakala 87 penyertaan untuk kategori terbuka.


SAM_6664SAM_6665SAM_6666SAM_6667SAM_6668SAM_6669SAM_6670SAM_6671SAM_6672SAM_6673SAM_6674SAM_6675SAM_6676SAM_6677SAM_6678SAM_6679SAM_6680SAM_6681SAM_6682SAM_6683SAM_6684SAM_6685SAM_6686SAM_6687SAM_6688SAM_6689SAM_6690SAM_6691SAM_6695SAM_6697SAM_6698SAM_6699SAM_6700SAM_6701SAM_6703SAM_6704SAM_6705SAM_6707SAM_6708SAM_6709SAM_6710SAM_6711SAM_6712SAM_6713SAM_6714SAM_6715SAM_6716SAM_6717SAM_6718SAM_6719SAM_6720SAM_6721SAM_6722SAM_6723SAM_6724SAM_6725SAM_6726SAM_6727SAM_6728SAM_6729SAM_6730SAM_6731SAM_6732SAM_6733SAM_6734SAM_6735SAM_6736SAM_6737SAM_6738SAM_6739SAM_6740SAM_6741SAM_6742 
Keputusan penuh kejohanan ini boleh dilihat di www.stonemaster.info (KLIK SINI)
Related Posts with Thumbnails